ROMEO..
Save me..
Ah,shut up!
Romeo dari mana pula yang nak datang selamatkan kau?
Sedar sikit! Kau sekarang hidup di alam realiti. Bukan dunia Barbie. Bukan fairytale!
Alam realiti ialah alam kenyataan yang di mana kau perlu berdiri atas kaki sendiri. Bergantung kepada keupayaan dan kudrat kau sendiri. Stop dreaming!
"Raa.." Suara garau itu berbisik di telinga aku. Meremang bulu roma aku dibuatnya.
"Apa kau nak dari aku?" Soalku dingin. Aku cuba untuk bertenang walaupun jantung dah rasa nak meletup.
Apa aku nak buat untuk selamatkan diri? Otakku cuba merangka strategi untuk melepaskan diri. Mencari peluang sekiranya Faris terleka walaupun sedetik.
"Aku nak kau." Jawab Faris lembut namun cukup untuk menyentak tangkai hatiku. Apa aku perlu buat sekarang?
Hati tidak berhenti untuk berdoa. Manakala akal masih merangka cara untuk melepaskan diri.
Terasa Faris meletakkan kepalanya di bahu kiri aku dari belakang. Dia sepertinya sedang melepaskan lelah. Aku tersenyum sinis. Pegangan tangan Faris terasa melonggar. Dia leka.
Tanpa menunggu masa,peluang yang ada aku ambil dengan kadar segera. Kekuatan aku kumpul. Aku cuba mengundurkan badan secara mengejut ke belakang.
Faris turut sama terundur. Tangan aku rentap dan genggaman Faris terlepas. Aku mengulum senyum. Easy!
Pada masa yang sama,kawan-kawan Faris memunculkan diri. Aku pasang langkah berjaga. Dalam hati tidak putus berdoa. Fizikal bersiap-siaga untuk mempertahankan diri.
Faris tergelak. Mataku menghelang. Terasa ego tercabar.
Faris maju dan cuba untuk menangkapku. Aku mengundur dan kaki kanan aku angkat tinggi dan lurus sebelum menendang dada Faris. Dia terundur dan terbatuk-batuk. Kaki aku turunkan dan aku pasang kuda-kuda.
Kedua tangan aku kepal. Mata mengawasi pergerakan mereka.
"Aku tak fahamlah,Ris! Kenapa kau nak sangat dengan perempuan samseng ni?" Salah seorang rakan Faris bersuara.
"Dah lah samseng! Garang! Bukan dia ke yang berani pukul TA tu?" Mereka mula berbual. Namun aku tidak akan leka. Masih mencari peluang untuk melarikan diri.
"Ha'ah. Dialah. Aku tak beranilah nak dekat. Korang settle lah cepat. Kata gangster!" Faris mencabar.
Rakan-rakan Faris mula maju. Aku merapat ke dinding. Dengan lafaz bismillah aku melancarkan serangan.
Seorang lelaki berbadan agak tegap cuba menarik tangan kanan aku,namun dengan cekap tangan aku menumbuk dada dan perutnya. Laju dan aku berhenti tatkala melihatkan tiada respon dari lelaki itu.
"Itu aje?" Aku menjerit marah dalam hati.
Aku cuba menumbuk mukanya pula.
Tetap,tidak berdampak besar terhadapnya.
Aku semakin marah. Kaki pantas naik menendang alat sulit lelaki itu dengan kuat.
Pantas lelaki itu jatuh sambil menyeringai kesakitan. Semoga mandul terus! Puas hati aku!
"Arghhh!! Sakit,bodoh! Perempuan sial! Kau tunggu aku,bunuh kau." Lelaki itu cuba untuk bangun dengan dibantu oleh rakannya. Aku cuba untuk tidak tersenyum.
Dalam keadaan macam tu pun nak mengugut lagi? Dah lah kaki pun terkepit-kepit! Berdiri pun tak betul!
"Mari,bunuh aku. Aku nak tengok apa kau boleh buat dalam keadaan kaki terkepit-kepit macam itu." Aku memprovok lelaki itu. Merah padam wajahnya menahan skit dan malu. Kedengaran rakannya meletuskan tawa. Namun segera ditahan.
Aku tersenyum senget.
Dua orang maju,aku bertindak menggunakan kaki dan tangan aku seratus peratus. Tendang dan tumbuk. Sepak dan pelempang. Serang bahagian yang lemah seperti mata,telinga,mulut,leher,lutut,dada dan nak lebih berkesan kelemahan terbesar kaum Adam,alat sulit mereka.
Dua jatuh. Masing-masing tercungap-cungap sambil berundur ke belakang. Siapa lagi?
"Apa korang ni? Tak akan dengan perempuan pun boleh kalah?!" Faris menjerit marah. Aku menjungkit bibir.
Eleh,cakap orang! Yang dia berdiri jauh-jauh tu kenapa? Dia juga yang awal-awal tarik diri.
"Gilalah! Dia pandai seni pertahankan diri. Setiap serangan dia bisa!" Mereka cuba mempertahankan diri.
Tiada siapa berani untuk dekat. Aku sudah boleh berasa selesa dan selamat. Tidak sia-sia ilmu mempertahankan diri yang aku belajar selama ini.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukan dari arah tangga tingkat satu. Diikuti derap kaki yang menaiki tangga.
Siapa? Kawan Faris ke? Ah,nampaknya aku terlalu cepat merasa lega.
"Fantastic!" Tangan yang aku kepal melonggar. Suara itu familiar.
Dia naik dengan langkah yang santai. Tangan diseluk ke dalam poket seluar slack. Nafas aku tersekat di kerongkong.
Mata itu tajam memanah ke arahku. Namun riak mukanya tenang. Manakala wajah Faris dan yang lain pucat lesi.
Sampai ke lantai tingkat dua. Dia menyelit rokok di bibir. Mancis dikeluarkan dari poket seluar dan hujung rokok dibakar. Asap rokok mula memenuhi ruang tangga tingkat dua itu.
"Boleh tahan." Katanya tanpa nada. Aku merengus kecil. Entah kenapa seakan-akan dia sedang memerliku.
Pergerakan lelaki itu sekadar diperhati oleh aku dan yang lain. Rambut yang panjang hingga ke bahu itu disanggul ke belakang gaya ponytail. Rahangnya bergerak setiap kali dia menyedut puntung rokok itu.
Pelbagai persoalan mula muncul di benakku. Kenapa dia boleh ada kat sini? Bukan dia ada di penjara ke?
"Korang blah sekarang. Aku ada benda nak cakap dengan minah ni." Hazeeq Nazrul berkata dengan tenang namun tegas. Ya,Hazeeq.
Orang yang sepatutnya meringkuk dalam penjara sejak tiga hari yang lalu. Tapi macam mana dia boleh di sini???
Dan apa yang dia nak dari aku? Ah,sudah! Keluar mulut buaya,masuk mulut naga!
Kalau nak menghadap Faris dan rakan dia yang lain. Aku yakin,aku boleh selamatkan diri.
Tapi,bila nak beradu tenaga dengan taiko Ambergold di hadapan aku ini. Aku boleh selamat ke?
"Hazeeq.. tak bolehlah macam tu. Aku yang ambil dia dulu. Kau tak boleh potong jalan." Faris membalas. Namun masih kelihatan takut-takut untuk memandang wajah Hazeeq.
Aku tersenyum sinis melihat betapa kecilnya Faris Helmi dan anak-anak buahnya di hadapan Hazeeq Nazrul. Mereka kecut dan tidak ada satu pun yang berani angkat muka.
Hazeeq mengangkat kening kanan. Aku turut mengangkat kening.
Apa ni? Itu tabiat akulah! Apa nak curi-curi?!
"Kau cakap apa?" Soal Hazeeq dengan wajah yang ketat. Dia mendekati Faris. Sampai di hadapan Faris,asap rokok dihembus ke wajah Faris.
Faris masih tunduk. Diam tidak terkutik. Terasa aura milik Hazeeq Nazrul terlalu kuat dan..
Menakutkan..
"Dii..dia aku.." Belum sempat Faris menghabiskan katanya,tangan kekar milik Hazeeq terus mencekik leher Faris dan tubuh Faris dihentak ke dinding.
Aku dan yang lain terkejut. Spontan tangan kanan aku naik menekup mulut. Faris yang kena cekik,aku yang berdebar-debar!
Kelihatan kaki Faris terjingkit memandangkan Hazeeq lebih tinggi. Faris ketakutan dan nafasnya sesak mencari oksigen.
"Kau siapa nak bercakap depan aku?" Soal Hazeeq dingin. Tangannya masih mencekik leher Faris. Aku mula cemas. Tak nak hari aku dicemari dengan kematian sia-sia orang tak guna macam Faris itu.
Kalau nak mati,tolong bukan depan aku.
Kemudian,aku tersedar.
Ini masa untuk aku melarikan diri.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...