ASL [PART 61]

18 1 0
                                    

ARIANA menghulurkan air putih setelah aku membuang 3 butir pil ubat ke dalam mulut. Aku menyambut lantas menghirup air tersebut. Gelas yang sama aku hulur semula.

"Tidur. Aku nak gi makan sekarang. Nanti aku datang balik, temankan kau."

Aku sekadar mengangguk. Ariana melabuhkan kucupan hangat ke dahiku lalu melangkah pergi keluar dari ruang bilik.

Setelah pintu tertutup rapat, aku meludah semula pil-pil ubat yang aku letakkan di bawah lidah. Selimut aku tolak dan jarum di tangan aku cabut sebelum turun daripada katil.

Tidak semena-mena perkara itu terulang kembali di benakku.

Dah nak dekat 5 hari takda siapa datang jenguk aku. Tak macam hari pertama aku sedar semua datang dan bukan main gembira lagi!

Aku melepaskan keluhan kecil. Bosan sungguh asyik terperap kat dalam bilik ni!

Aku turun daripada katil dan mengambil kantung air yang disambungkan ke kekura tangan kiri. Pintu aku kuak dan kepalaku toleh ke kiri dan ke kanan. Kosong.

Tanpa arah aku berjalan, masuk ke dalam lif. Bergerak ke lantai bawah.

Ting!

Dari jauh dapatku lihat sekelompok manusia sedang duduk di lobi hospital sambil berbual. Baru sahaja aku hendak menyapa, senyumanku mati tatkala melihat figura lelaki yang dikatakan hilang tanpa khabar sedang berkumpul dengan The Ambergard yang lain. Ariana turut berada di situ.

Aku pantas bersembunyi di sebalik tiang. Perlahan-lahan mendekati kelompok tersebut.

"Dah nak dekat 5 hari kau balik tanpa khabar. Pergi mana?" Soal Kevin.

Sempat aku membaca riak wajah mereka sebelum aku tersedar tidak ada kehadiran Hazeeq di situ.

Haih, satu dah ada. Satu pula lagi yang hilang?

"Aku ada masalah keluarga sikit."

"Kenapa? Bapa kau dah sedar ke?"

Telinga aku tegak. Kai?!

Suasana bertukar hening.

"Ha'ah. Sejurus sahaja dia sedar, dia terus lesap. Tu yang aku datang ke sini."

"Eh, lesap?! Macam mana boleh lesap? Bukan kah pasukan elit AAC yang jaga dia?" Ariana bertukar panik.

"Jail tu dah hancur, Rina."

Jawapan itu cukup membuatkan rahang kami terjatuh. Jail yang dimaksudkan oleh Adam ialah penjara rahsia yang dikendalikan oleh Ambergold Army Camp. Sangat ketat dan dilengkapi oleh alat teknologi keselamatan yang canggih.

Pandanganku bertukar gelap. Kai sendiri memang berpotensi untuk menghancurkan penjara itu.

Aku memandang Adam sekilas. Jadi selama ni dia hilang tanpa berita sebab dia di jail itu.

"Aku masih ingat kata-kata terakhir dia." Jeda di situ, Adam mengertap rahang seolah-olah sedang meredam kemarahan yang memuncak di lubuk hatinya.

"Dia kat AAC, kan?"

"Dia yang Kai maksudkan, Wiyah?" Selena meneka dan mendapat anggukan daripada Adam.

Liat juga nyawa orang tua tu. Aku dah kelar leher dia, kot! Tak mati-mati lagi?

Aku membuka almari baju di sudut bilik. Seluar, baju lengan pendek, dan jaket hitam aku sarungkan ke tubuh. Rambut aku yang sudah panjang ke paras pinggang aku potong paras leher.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now