PANG!!
Terkedu. Tergamam. Terkejut. Tangan kanan naik menyentuh pipi kanan aku yang baru sahaja kena lempang oleh Ariana.
"Why is it so hard to became normal?! Perangai tak pernah berubah. Kenapa ponteng kelas? Kenapa lawan cakap cikgu? Kenapa,RABIATUL ADAWIYAH?!!" Jerit Ariana tepat di hadapan wajah aku. Aku memejamkan mata. Terasa sekujur tubuhku menggigil hebat.
Walaupun ini bukan pertama kali Ariana memarahiku kerana langgar peraturan sekolah. Tapi,ini adalah pertama kali Ariana mengangkat tangan kepadaku. Kenapa dia nak marah sangat ni?
"Ambergold bukan Henry Gurney,Wiyah. Itu bukan sekolah kau,yang boleh suka-suka hati kau nak buat masalah. Disebabkan kau,aku yang kena tahu tak?! Sebab kau,aku yang dapat malu!! Kenapa susah sangat kau nak ikut peraturan?! Kenapa susah sangat untuk menjadi normal? Kenapa?!!" Ariana menyambung lagi untuk memarahiku. Aku hanya tunduk memandang lantai sambil mengepal kedua tanganku.
"Kau tu yang kenapa,Rina?" Aku bersuara lantas mengangkat kepala. Air mataku bergenang namun riak wajahku beku.
"Aku macam tak kenal dengan kau yang sekarang." Sambungku lalu melepaskan keluhan kecil. Kak Leya berdiri jauh dari kami sambil memeluk tubuh. Seperti biasa dia hanya akan memerhati. Tapi,bila menyaksikan tingkah Ariana sebentar tadi. Jelas Kak Leya turut terkejut.
Ariana duduk di atas sofa lalu tunduk menekup muka. Aku hanya berdiri tanpa bergerak. Rasa sedih dan kecewa meruap-ruap dia dada. Kami baru sahaja balik dari sekolah dan belum sempat aku nak naik ke bilik,Ariana tarik aku ke ruang tamu dan melempang aku.
"Aku tertekan,tahu tak. SPM tinggal berapa bulan. Kat Ambergold tu,ada 2000 orang murid. Macam-macam perangai nak kena handle. Lepas tu tadi aku dapat tahu kau ponteng kelas dan hilang entah ke mana. Kau tahu tak berapa puluh orang pengawas digerakkan semata-mata nak cari kau? Boleh tak fikir pasal orang lain juga,Adawiyah? Kenapa pentingkan diri? Tolonglah berubah." Kata Ariana tanpa memandang ke arahku.
Aku pelik. Dah kenapa Ariana pula yang macam ketua pengawas ni? Adam tu mana? Curi tulang?
"Adam mana? Tak kan semua benda kau nak kena handle?" Aku menyoal. Ariana mengerlingku sekilas.
"Dia ambil cuti tadi. Dia jatuh tangga. Teruk juga sampai berdarah hidung." Aku mengangkat kening.
Jatuh tangga? Pft! Nak menipu pun agak-agaklah. Dah pakai cermin mata pun masih tak nampak? Tahulah malu sebab kena belasah dengan perempuan,tapi nak menipu pun janganlah guna alasan klise.
"Kau akan dikenakan amaran pertama. Esok,jumpa Madame Liu Xi minta maaf dan sudah tentu akan terima denda. Jangan lewat ke sekolah." Kata Ariana lalu berdiri. Tangan kanannya naik menyentuh pipiku. Bukannya sakit sangat pun. Dia tampar ke main tepok amai-amai dengan pipi aku?
"Aku minta maaf. Aku terbawa-bawa emosi. Nasib baik tak luka." Kata Ariana. Aku menepis tangannya.
"Kau lupa ke? Aku pernah masuk Henry Gurney. Aku pernah kena lagi teruk dari ini. Setakat tamparan 'manja' kau ni tak buat kulit aku menjerit lah." Kataku angkuh seraya tersenyum sinis. Ariana tersenyum nipis. Dia tunduk dan mencium dahiku.
Ya,macam itu lah selalunya. Kami akan bergaduh sekali-sekala dan akan berbaik selepas itu. Aku rasa bukan aku dan Ariana sahaja macam tu,semua adik beradik di luar sana akan berbaik lepas bergaduh lima minit yang lalu. Bergaduh macam mana pun,air dicincang tidak akan putus.
That's why,kita mesti hargai mereka yang tersayang selagi mereka masih ada di hadapan mata. Yang pergi,biarkan pergi Teruskan hidup dan hargai apa yang ada di hadapan mata.
SEPERTI yang diarahkan,aku datang awal ke sekolah semata-mata hendak menghadap Madame Liu Xi. Awal-awal lagi aku dah tercegat di hadapan bilik guru ini sambil bingung sendiri.
Tanganku naik menggaru kepala yang tidak gatal. Aku mana tahu meja Madame Liu Xi tu di mana. Nanti kalau aku masuk,dia jerit aku terus macam mana? Buat malu sahaja. Eh,bagus kalau dia jerit sahaja,kalau dia buka gelanggang WWE nanti macam mana? Alah,aku on sahaja kalau nak bertarik rambut dengan guru sains itu.
Tapi kalau dia suruh aku macam-macam nanti macam mana? Suruh bersihkan makmal ke,buat rumus sepuluh muka surat ke,macam mana?!!!
Tangan aku yang ingin memusing tombol pintu,aku tarik. Kemudian,tangan yang sama naik menampar dahi. Overthinking minded betullah aku ni! Banyak pula 'kalau' yang aku fikirkan. Lantak dia lah,dia nak buat apa dengan aku.
Dah memang salah aku kan. Aku buat macam ni pun,buang masa pergi jumpa cikgu di bilik guru ini semata-mata sebab Ariana. Kalau tak,tak kuasa aku nak tunjuk muka kat sini. Mana pernah seorang Rabiatul Adawiyah buat benda-benda mengarut macam ni!
"Em,hello! Kau nak buka pintu tu ke atau nak tunggu pintu tu terbuka sendiri?" Satu suara garau menyapaku dari belakang. Aroma Calvin Klein memenuhi rongga hidungku.Aku menoleh dan pupil hazel itu jatuh ke wajahku.
Ah,sudah! Pagi-pagi lagi dah jumpa tiang berjalan ini. Aku menjeling wajahnya. Serius,mood baik aku terus pakai kasut dan berlari lintang-pukang bila nampak si bermata empat ini.
"Apa? Kau fikir kau aje yang menyampah bila nampak muka aku? Aku tak menyampah bila nampak muka minion macam kau ni?" Kata Adam lalu menyeluk tangan kanan ke dalam poket. Tangan kirinya mencekak pinggang dengan penuh santainya mulutnya mengukir senyum senget ke arahku.
See? Belum apa-apa lagi dia dah ada modal nak gaduh dengan aku. Siap panggil aku minion pula tu. Dah banyak kali dah!
"Apalah yang malang sangat nasib aku jumpa orang macam kau ni! Dah lah tinggi macam tiang lampu,mulut loji! Kenapa kau panggil aku minion,hah?! Kau nak makan penumbuk lagi? Nak tengok darah lagi?!!" Suaraku naik seoktaf. Aku mengepal tangan seraya memeluk tubuh. Nafas cuba aku atur supaya bertenang.
"Tak tengok cermin,ya? Sesuailah gelaran minion tu untuk kau. Tengoklah kaki kau yang sama tinggi dengan kaki kerusi tu. Kalau kau ingat aku serik lepas kena penumbuk kau tu,kau silap oranglah. Aku bagi kau chance sahaja semalam. Lepas ni,baru kita fight fair and square. Baru adil kan." Kata Adam lalu mengenyit mata kepadaku. Mata aku terpejam sesaat. Euw! Apa main kenyit-kenyit ni?! Gelilah!!
Aku menayang muka jijik. Bibir aku cebik dan riak wajah aku tayang muka taik kepadanya. Biar dia terbakar terus. Biar dia tahu,aku tak terkesan dengan kenyitan mata dan kata-kata dia itu.
Kelihatan Adam tergelak kecil lalu meniru riak wajah aku sebentar tadi. Aku cuba untuk tidak ketawa. Dia tiru riak wajah aku ke,riak wajah beruk? Tak ada beza pun muka dia dengan muka beruk bila buat macam tu!
"Apa kau cakap? Kaki aku sama tinggi dengan kaki kerusi? Hei,tak sedar diri! Tengoklah kau yang macam tiang lampu berjalan yang entah macam mana boleh tembus masuk sekolah ini. Dahlah tinggi macam tiang,ada hati nak kutuk ketinggian orang. Aku tak pendek,kau yang tinggi!" Aku mengarahkan jari telunjuk ke wajahnya seraya memeluk tubuh.
Adam melihat ke wajahku sekilas lalu tangan kirinya naik menutup mata. Aku mengangkat kening. Apa hal ni?
Tanpa kuduga,Adam melepaskan tawa besar sambil menutup matanya. Aku pelik. Aku berfikir,tang mananya aku buat lawak tadi? Kemudian,aku terkelu sendiri. Apa aku cakap tadi? Kenapa ayat aku macam mengarut tahap minta kaki?
Nak memutar belitkan fakta punya pasal aku boleh cakap benda mengarut macam itu? Buat jatuh air muka aku je lah!
Aku memusingkan badan menghadap pintu bilik guru semula. Telinga aku tegak mendengar tawa Adam yang masih bersisa. Terasa telinga dan pipi aku merah menahan malu.
"Haih,minion. Minion. Nak cakap tak fikir dulu. Macam minion betullah!" Aku menekup telinga sambil memejamkan mata. Laju tangan aku memutar tombol pintu dan masuk ke dalam bilik guru.
Tak pernah aku memalukan diri aku depan orang sampai macam ni sekali. Tak fahamlah! Kenapa bila depan Adam Muhammad,aku rasa macam bukan diri aku sendiri?
Where is the old Wiyah? Where is the ice girl Wiyah?
YOU ARE READING
A Silent Love
Dla nastolatkówWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...