AKU mencelikkan mata. Terkelip-kelip memandang siling putih. Bau ubat-ubatan serta-merta menyengat deriaku. Automatik segala perkara yang berlaku tentang Hazeeq dan benda yang menimpa sahabat-sahabat aku terlintas kembali di layar minda.
Pantas aku bangun. Pandanganku jatuh ke arah jarum yang menyalurkan air ke tubuh badanku dicucuk pada kekura tangan. Nak cabut? Ingat tak sakit?
"Oi,ingatkan dah mati." Suara seorang perempuan menegurku. Aku mengangkat wajah. Farah dengan dahi bertampal menyapa penglihatanku.
"Farah! Aulia. Aulia mana?!" Jeritku. Mataku mula nak berair. Jantung memainkan peranan dengan degupan yang semakin giat menendang dada.
"Eh,sabar boleh? Bawa bertenang lah!" Shila yang duduk di sebelah kiri katil aku lihat. Kemudian,jatuh ke arah Erika yang sedang baring di atas sofa.
Aku mengerutkan dahi seketika. Perbualan anggota polis yang bercakap di kedai mamak itu aku ingat kembali. Bukan dua orang mati ke? Ni semua hidup lagi!
"Kerut apa? Ingat kitaorang dah mati?" Soal Shila seraya menjentik dahiku. Aku berdecit kecil. Tapi muka blur masih aku pamerkan.
"Aulia kat bilik sebelah. Nasib dia baik,luka tak dalam. Jauh dari bahagian vital. Dia okey." Aku memejamkan mata. Rasa lega merayap ke relung hati mendengar penyataan dari Farah.
Aku baring semula. Tingkap aku kerling. Dah malam. Terasa pedih di bahu kiri. Oh,baru tahu rasa sakit! Tadi blur tak ingat dunia. EHEHEHEH...
"Tapi,polis tu kata dua orang mati. Tiga orang nyawa-nyawa ikan. Siapa?" Soalku sambil melihat ke arah siling. Rasa malu sendiri mengamuk kat dalam ambulans tadi. Beria-ia nak mati. Rupanya kawan aku hidup lagi. Alhamdulillah..
Itulah orang kata.
Husnudzon.
Hadehlah,Wiyah!
"Sebenarnya masa kitaorang tengah syok bersilat dengan Hazeeq,ada juga orang nak tolong. Tulah yang ada benda yang tak terduga terjadi. Hazeeq mengamuk sebab dia sorang je. Tapi serius,dia taklah sampai nak membunuh." Shila mula membuka cerita. Aku sekadar memasang telinga. Farah menyambung pula.
"Ye. Dua orang yang mati tu,satu orang tu pacik-pacik kena serangan sakit jantung. Satu lagi keracunan makanan. Tak guna,betul! Nasib kita tak sempat makan kat kedai tu,tau! Satu hari dua orang mati kat kedai dia. Lingkup lah jap gi!"
"Betul. Aulia pula,tak disengajakan. Bergelut. Tu yang tak sedar dah tercacak entah ke mana." Shila mengambil giliran untuk menjelaskan perkara sebenar pula.
"Tapi Hazeeq tu boleh tahan hebat jugak,kan. Pukulan dia padu siot!" Erika yang sekian lama berdiam diri,bersuara. Namun keadaannya masih sama. Berbaring sambil lengan menjadi alas kepala. Namun bezanya,matanya dicelikkan melihat ke arah aku.
"Ye,tho. Kau tengok ni,dah lama aku tak kena sampai macam ni. Bergegar otak aku,kena tumbukan tangan besar dia tu." Shila menyua pipinya yang sedikit lebam. Farah dan Erika tergelak besar. Aku senyum geli hati.
"Betul juga. Dah lama tak jumpa lawan kuat macam dia."
"Aku nak jumpa Aulia. Tolong." Aku cuba untuk bangun namun dihalang oleh Shila dan Farah. Dah dua orang ni duduk kiri dan kanan. Tak boleh nak turun dari katil pun. Sudahnya aku duduk berpeluk tubuh di atas katil.
"Apa?!" Aku menjerit. Tak kan nak jumpa kawan sendiri,pun tak boleh?
"Dia tengah rehat. Sikit lagi nak mati tadi." Gelisah aku dibuatnya.
"Kenapa?" Aku menyoal Farah.
"Dia banyak hilang darah." Shila yang menjawabnya. Aku terkedu seketika. Dalam keadaan aku tidak sedarkan diri,sahabat aku sedang berada di ambang maut. Semuanya sebab aku.
Aku memejamkan mata dan wajah aku sembamkan ke lengan yang aku letak di kepala lutut. Terasa tangan kanan aku disentuh oleh jari-jemari halus milik Shila. Keadaan jeda sejenak.
"Bukan salah kau,Wiyah."
"Aulia yang nak bela kau. Tu keputusan dia."
"Tapi asbabnya aku." Terasa perih di hujung hati. Setitis air mata keluar dari kelopak mata aku yang tertutup.
"Aku ni,selalu susahkan orang." Terasa satu tangan lagi mengusap kepala aku. Esakan kecil mula keluar dari mulutku.
"Kau tak pernah susahkan kitaorang pun." Suara Erika yang mendekat semakin menambahkan rasa hiba di relung hati. Segala rasa yang sekian lama terpendam terasa sangat sakit. Pedih. Bisa.
Air mata semakin lebat mengalir keluar. Terasa lengan aku mula basah. Esak tangis cuba aku tahan.
"Menangislah,Wiyah."
"Lepaskan semua."
"Aku kuat." Suaraku kedengaran tenggelam timbul.
"Kadang orang kuat pun perlu menangis. Untuk bina semula semangat yang kian luntur. Aku tahu kau dah banyak pendam rasa sakit tu."
"Sampai bila kau nak pendam semua tu sekali?"
"Bila kali terakhir kau menangis?"
Shila,Farah,dan Erika bergilir-gilir bercakap denganku. Aku berfikir sendiri.
Ya,kali terakhir aku menangis waktu kena pukul dengan Selena dan kawan-kawan dia. Bukan. Itu just air mata sebab sakit yang bukan kepalang. Tapi orang kata,luka di jari boleh diubati. Luka di hati?
Kali terakhir aku menangis untuk meluahkan rasa sedih di hati waktu hari pengebumian arwah ibu.
"Aku risau dekat Aulia." Terasa tubuhku di peluk. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Esakan tangis yang kian menggila sedaya-upaya aku tahan. Mengundang rasa berat di kerongkong. Sakit. Bisa.
"Aku risau dekat korang.."
"Aku takut kehilangan..."
"Tak ada siapa akan tinggalkan kau,Wiyah." Shila bersuara dengan nada yang sedikit bergetar. Aku tahu. Dia juga menangis.
"Aku...."
Bibir bawah aku gigit. Air mata setia menemani suasana malam yang hening itu.
"Aku rindu ibu aku.." Esakan aku pecah jua. Erika dan Farah meluru memelukku yang berada di dalam dakapan Shila.
"Kitaorang tak akan tinggalkan kau,Wiyah. Kitaorang kan dah janji." Erika mula banjir dengan air mata. Farah menyeka air mata. Shila menahan air mata dari jatuh.
"Aku penat. Sejak aku masuk sekolah tu. Tak ada satu benda baik pun yang aku dapat. Masing-masing nak menghina aku,hina mak aku,hina ayah aku. Aku tak larat."
"Bagitahu aku,siapa? Biar aku lenyapkan satu keluarga terus!" Farah marah namun dia masih mengalirkan air mata.
"Aku penat. Hari-hari menghadap benda yang sama. Ada sahaja orang nak ganggu aku. Panggil aku pembunuh!"
"Siapa,Wiyah? Biar aku jahit mulut dia!" Erika pula menjerit marah.
"Dan diaorang. Nak berkawan dengan aku sebab darjat. Nak terkenal sebab dapat berkawan dengan Raa. Gadis psiko yang viral membunuh seawal umur 12 tahun." Aku tergelak perit. Pedih. Bisa.
"Dah." Shila mengusap belakang aku. Aku mengangkat wajah dan membalas pelukan mereka bertiga.
Aku bersyukur.
Diaorang sentiasa ada.
Sahabat-sahabat yang sentiasa mendengar. Sentiasa ada.
Susah dan senang.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...