ASL ♡ [PART 2]

49 4 0
                                    

KRINGG!!!

Ah,finally! Aku meletakkan kepala di atas meja beralaskan lengan. Kedengaran semua murid kelas 5A-5 berdiri dan berterima kasih kepada guru yang masih berada di hadapan.

Amboi,tak sabar nak balik ke apa? Cikgu tu belum cakap suruh keluar pun,diaorang ni nak berterima kasih terus. Aku mengangkat kepala semula. Tangan kanan aku angkat lalu menongkat kepala. Pandanganku jatuh kepada belakang orang hadapan.

Kelebihan orang pendek,bila orang tinggi berdiri kat depan kau akan tertutup. Jadi,aku tak perlu berdiri untuk berterima kasih kat cikgu tu sebab cikgu tak akan nampak. Dah lah orang depan aku ni boleh tahan tinggi.

Aku menukar kepada tangan kiri untuk menongkat kepala. Pandanganku jatuh keluar tingkap. Aku memejam mata sejenak.

"Weyh,Wiyah. Tak nak balik ke?" Balqis yang merupakan rakan semejaku menegur. Tanpa menoleh aku menjawab pendek.

"Jap lagi." Kedengaran kerusi meja Balqis ditolak masuk ke bawah meja.

"Okeylah. Aku balik dulu tau. Kau jangan lama-lama kat sini pula. Keluar nanti jangan lupa matikan aircond dan lampu. Jap lagi ada pengawas datang tengok kalau tak dimatikan aircond dan lampu,nanti kelas kita akan dikenakan amaran." Panjang lebar Balqis bercakap. Aku mengerutkan dahi lantas menoleh ke arahnya yang sedang menggalas beg sekolahnya.

"Kalau kena amaran apa jadi?" Soalku sambil mengangkat kening kanan. Balqis memanah mataku tajam. Aik? Aku salah cakap ke?

"Kelas kita tidak akan dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti yang diadakan oleh sekolah." Jawab Balqis lalu membaiki lipatan tudungnya. Aku mengangkat bahu dan menjungkit bibir. Look like I care. Aku pun bukan hadap sangat nak ikut aktiviti-aktiviti sekolah ni.

Balqis menggelengkan kepala tanda menyerah. Aku senyum segaris.

"Dah lah. Aku gerak lu. Assalamualaikum." Pamit Balqis lalu beredar dari kelas yang sunyi. Aku menjawab salam dalam hati.  Cepatnya semua orang pergi. Sedar-sedar tinggal aku dalam kelas. Hanya kedengaran bunyi aircond dan sayup-sayup suara dari luar. Aku mengeluarkan telefon dari laci meja apabila ia bergetar-getar hebat. Panggilan Ariana aku sambut.

"Kau kat mana?" Soal Ariana. Aku mengerling jam tangan di pergelangan tangan kiri. 2:30.

"Masih kat kelas. Asal?" Soalku semula.

"Aku ada kelas tambahan pula ni. Kau balik dululah ya." Aku ingin melepaskan keluhan namun aku batalkan niat. Masa macam ni juga cikgu kau nak buat kelas tambahan. Typical budak sains tulen.

"Okey." Pendek aku menjawab lalu talian diputuskan oleh Ariana. Aku mengemas barang-barang sekolah yang bertaburan di atas meja. Buku Matematik dan Sejarah aku tinggalkan di dalam laci memandangkan esok ada masa kedua matapelajaran tersebut.

Mueheheheheh.. Kat sekolah lama selalu dah buat macam ni. Tak pernah sekali kena tangkap. Sebab apa? Sebab pengawas kat sana semua takut dengan aku. Tak percaya? Terserah...

Selesai mengemas,aku bangun dan kerusi aku tolak masuk ke bawah meja. Beg aku sandang di bahu kanan. Botol air aku pegang menggunakan tangan kiri. Kaki aku langkah kemas keluar dari kelas. Oh,koridor dah sepi. Kelas sebelah pun dah tak ada orang. Cepatnya budak sekolah ni balik. Disiplin ke atau tak sabar nak balik?

"Hoi!" Langkahku terhenti. Kening kanan aku angkat. Siapa lah pula yang menjerit macam nak terkeluar anak tekak ni? Fikirkan tinggal aku kat koridor ni. Aku memusingkan badan ke belakang. Aku terkedu.

Langkah yang kemas diatur menuju ke arahku. Tangan kanannya memegang buku nota warna hitam. Tangan kirinya naik melonggarkan tali leher. Tubuh sasanya tersarung kemas vase warna navy blue dan lambang sekolah Ambergold disulam pada dada kiri. Sempat aku membaca tag namanya. Adam Muhammad.

Mataku naik ke arah wajahnya. Cak! Rasa mataku terlanggar sesuatu dan rasa nak tenyeh mata berkali-kali. What the? Mata empat? Nerd! Sayangnya muka dah terlajak kacak. Tapi,berkaca mata. Oh,god! Rasa nak tampar dahi sendiri. Aku tak tahu kenapa aku anti dengan budak berkaca mata. Maybe sebab musuh lama aku pun berkaca mata. Maybe.

Mata berwarna coklat terang itu memanah mataku. Air mukanya kelihatan tenang namun terasa pandangan itu menembusi retinaku. Ni apa kes pandang orang macam nak telan?

"Apa?" Aku menyoal samseng. Pandangan aku liarkan ke belakangnya dan sekeliling kami. Hanya tinggal kami berdua. Aku sudah bersedia kalau ada apa-apa terjadi. Kadang pengawas pun bukan boleh percaya sangat. Berdasarkan pengalaman akulah.

"Ini kelas kau kan?" Soalnya lalu mengerling kelas 5A-5. Aku turut sama mengerling sebelum aku tersedar sesuatu. Oh,damn it! Aku lupa nak tutup aircond dan lampu. Hek eleh! Tu aje ke kesalahan aku. Terasa nak menjulingkan mata ke atas namun aku batalkan niat. Overlah pengawas ni. Dahlah tinggi macam tiang sesat berjalan.

Aku terpaksa mendongak dan Adam terpaksa menunduk untuk mata kami bertembung. Macam ni,tinggi aku 149 cm dan Adam mungkin dalam 169-170 cm. Kenapa aku pendek dan Ariana tinggi? Mudah sahaja,sebab aku tak suka minum susu waktu kecil dan anti dengan sayuran hijau.

"Kau tutuplah aircond dan lampu tu. Nak kecoh kenapa?" Aku membalas lalu menjungkitkan bibir. Riak muka menyampah aku pamer. Kisah aku kalau dia nak bagi amaran kat kelas ni. Aku peduli apa? Aku sekolah kat sini setahun sahaja. Adam tenang menyelak buku notanya. Nak baca peraturan sekolah ke apa ni?

"Rabiatul Adawiyah. Sekolah asal,Henry Gurney. Pernah terlibat dalam kes buli,bakar makmal sekolah,pejabat sekolah dan bilik guru? Oh,interesting. Kes gaduh ni dah biasa sangat. Tapi sampai ada seorang budak perempuan bunuh diri sebab tak tahan kena buli. Macam dalam drama pula. Mesti teruk kan kau buli dia? Sampai guna pisau lipat." Adam bersuara tenang dengan penuh sarkastik. Pandanganku yang asalnya kosong bertukar tajam. Nampaknya aku salah gelar dia budak nerd tadi.

Adam tersenyum sinis. Dia mendekatiku dan hampir sahaja hujung kasut kami bersentuhan. Bau Calvin Klein menembusi rongga hidungku.

"I like those eyes. Nampak misteri dan tajam. Dah lama aku tak nampak pandangan mata macam tu." Erk? Memuji ke mengutuk? Dengar macam badboy punya percakapan.

"Alright,listen here Adawiyah. Mulai dari esok, kau di bawah pemerhatian aku. Sebelum nak bertindak fikir dulu. Hari ini,tak apa aku maafkan sebab hari pertama kau kat sekolah aku. So,kau boleh hembuskan nafas lega sebab aku lepaskan kau. Now,you can go." Selesai berkata,Adam tersenyum segaris. Hampir-hampir aku nak terjelopok jatuh. Senyuman dia,semanis madu. Amboi,overnya kau Wiyah!

Ingat handsomelah senyum macam tu? Tapi memang handsome pun. Eei,stop it your dirty mind! Get lost!

Aku menjeling wajah Adam dan memusingkan badan. Tubuh aku peluk dengan wajah yang angkuh.

"Macam ni lah,apa kata kau tak payah sibukkan diri dengan hal aku? Tak payah nak perhatikan aku macam aku ni pesalah terbesar. Plus,aku belum buat kes lagi kat sekolah kau ni. Tak ada sebab kau nak perhatikan aku. Aku bukan budak kecil." Dingin aku bercakap lalu mencebikkan bibir. Adam tergelak sinis. Kening kanan aku angkat.

Adam kelihatan memandangku dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Oh,ini dah lebih! Terasa darah menyerbu ke muka disebabkan rasa marah yang membuak-buak. Pantang orang nak memperlekehkan fizikal aku.

Aku maju setapak dan hujung kasut kami bertemu. Tangan kanan aku angkat dan kolar baju Adam aku tarik kasar. Automatik Adam tertunduk dan nafasnya menampar roman kulit wajahku.

"Apa masalah kau,hah? Kau nak aku tumbuk muka kau ke?" Aku menyoal dingin. Mataku mencerun memanah mata hazel itu.

Adam tersenyum sinis.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now