ASL ♡ [PART 29]

28 2 0
                                    

THE AMBERGARD.

Satu kumpulan yang paling berpengaruh dalam Ambergold Highschool. Mempunyai lima orang ahli dan diketuai oleh ketua pengawas sekolah elit tersebut.

Adam Muhammad - Ketua pengawas Ambergold,ketua The Ambergard.

Ahli kedua,co-leader disandang oleh ketua pelajar Ambergold.

Kevin Lee - Ketua pelajar Ambergold,co-leader The Ambergard.

Ahli ketiga,orang kuat Ambergold. Dia paling digeruni di sekolah itu. Dia kejam. Dia belasah orang tanpa mengira umur dan jantina. Dia,taiko sekolah.

Hazeeq Nazrul - Taiko sekolah,ahli ketiga The Ambergard.

Ahli keempat,gadis licik dan diva Ambergold. Mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan tubuh yang menawan. Namun,sifatnya yang licik dan halus permainannya membuatkan orang lain sangat berhati-hati dengan dirinya. Dia digelar Black Cat Ambergold.

Qwinz Selena - Black Cat Ambergold,ahli keempat The Ambergard.

Ahli kelima,gadis kecil molek. Sangat manis dan mencuit hati. Sikapnya yang ceria dan peramah membuatkan dia agak terkenal di Ambergold. Namun,dia tidak kurang liciknya. Sangat mahir dalam penggunaan teknologi. Bijak dan nakal.

Jessica Lee- Ahli kelima The Ambergard.

The Ambergard. Kumpulan pembuli. Itu wajib. Kumpulan pembanteras pembuli. Ya,mereka hanya akan membuli pembuli-pembuli yang ada di Ambergold. Senang cerita,merekalah penguasa di Ambergold Highschool.

Jangan sampai bermusuh dengan diaorang. Sebab sekali bergelar musuh The Ambergard. Menyesal tiada gunanya. Mati? Mungkin itu adalah jalan terbaik.

Terkejut? Terkedu? Terpempan? Terkaku? Dan segala ter lagi aku dah rasa bila tahu identiti sebenar orang-orang yang aku kenal sekadar pada nama dan wajah itu.

Mana aku tahu semua ni? Ariana yang ceritakan semuanya. Aku tidak faham kenapa baru sekarang aku tahu pasal benda ni? Kenapa bukan dari dulu?

Teringat waktu aku berurusan dengan Kevin,Selena dan Hazeeq dulu. Patutlah tidak ada orang yang berani untuk masuk campur. Rupanya aku pukul raja pembuli sekolah.

And guess what?

Selena,Kevin,Jessica dan Hazeeq termasuk Adam selama ini memang merancang nak jadikan aku salah seorang dari The Ambergard sejak dari hari pertama aku masuk Ambergold lagi!

Semua ini tak boleh diterima oleh akal waras yang aku miliki. Kalau nak jadikan aku,salah seorang dari mereka,kenapa perlu melibatkan darah dan nyawa?

Alasan mereka apa?

Nak uji aku. Samada aku layak,ataupun tidak.

Dia orang ni normal ke tidak? Ujian apa sampai melibatkan nyawa? Nyawa dia orang. Nyawa aku. Nyawa orang lain?!

Selepas sahaja Kevin melafazkan yang aku ni 'one of them' dia orang. Aku terus blah dan berjumpa dengan Ariana. Sudahnya,kelas selepas waktu rehat itu,aku tidak boleh fokus sama sekali.

Rungsing memikirkan hal tidak munasabah ini. Cikgu mengajar di hadapan,mata aku tegak ke hadapan. Namun,fikiran aku entah ke mana.

Telinga,aku sumbat dengan earpod. Tangan aku menyalin nota di papan tulis. Walaupun cikgu di hadapan dah menghabiskan berbakul-bakul air liur menerangkan pembelajaran pada hari ini. Satu apa pun aku tak tahu!

Ah,hiperbola sungguh ayat kau.

Apa pula air liur sampai berbakul-bakul?!

Rasa nak tampar dahi sendiri.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now