DI SAMPINGNYA aku berjalan tenang. Enam orang lelaki berseragam hitam berada di belakang kami. Setia mengekori ke mana sahaja langkah aku dan Maream pergi.
"Ini kawasan untuk seni bela diri. Taekwando dan Silat adalah antara seni bela diri yang ada di sini. Setiap satu daripada seni bela diri,akan ada lima tenaga pengajar." Maream menerangkan serba sedikit tentang kawasan Ambergold ini kepada aku.
"Berapa martial arts yang ada?" Aku menyoal spontan.
"Lapan." Kami berhenti di hadapan gelanggang besar. Kelihatan dua orang lelaki yang berpakaian kelabu terang sedang berdiri berhadapan. Pakaian khas untuk seni bela diri Karate hanya untuk tentera Ambergold tersarung kemas di tubuh keduanya. Jelas sulaman lambang Ambergold yang lebih kurang sama dengan lambang Ambergold Highschool di bahagian dada kiri.
Orang mula berkemurun menyaksikan perlawanan yang akan bermula. Mereka mula menjerit kepada dua orang lelaki yang berdiri di atas gelanggang tersebut.
"Kick his ass,Leonard!!"
"Jangan bagi malu sama Room 15,Grey!!"
"Ready?" Mataku langsung beralih ke suara lantang itu. Terasa dada memainkan rentak halus yang agak laju dari degupan jantung biasa.
Lelaki itu berdiri tidak jauh dari gelanggang. Berdiri gagah bersama beberapa orang lagi lelaki yang berdiri di kiri dan di kanan. Segi wajah yang tajam itu seringkali mempamerkan riak wajah beku. Tidak ada senyuman sekali pun yang pernah terlayar di hadapan mataku. Hanya senyum sinis.
Sedang mataku merenungnya,dia menjerit lantang lagi. Loceng pun berbunyi. Aku segera tersedar.
"Fight!!"
TING!!!
Leonard dan Grey memasang kuda-kuda. Pandangan mereka bertukar. Riak wajah yang cukup serius dipasang. Jeritan kuat dilantunkan oleh Grey lantas dia melayangkan tendangan. Leonard mengelak. Bunyi libasan kaki Grey kedengaran.
Perhatianku terganggu apabila aku rasa seperti sedang diperhati. Pantas mataku melihat ke arah Hazeeq. Wajah ketat itu fokus menikmati perlawanan. Bukan dia.
Ah,aku berharap dia perhatikan aku ke? Kau gila,ye Wiyah? Rasa nak tampar dahi sendiri.
Mataku melilau ke sekeliling. Tajam. Tidak ada seseorang yang mencurigakan. Tapi naluriku tidak pernah salah. Ada yang sedang memerhatikan aku.
"Kenapa,Wiyah?" Maream menyoalku. Wajah aku dongak seraya menggeleng.
"Tak ada apa-apa. Mungkin perasaan aku sahaja." Maream mengangguk.
"Jom." Maream mula melangkah. Tanpa sepatah kata,aku menurut. Kami meninggalkan kawasan gelanggang Karate itu.
"Taekwando,Silat,Wushu,Karate,Aikido,Muay Thai,Judo,dan Kendo." Maream berhenti sejenak kemudian dia menyambung semula.
"Biasanya,seorang tentera yang dilatih di sini akan menguasai sekurang-kurangnya dua daripada seni bela diri yang ada di sini. Setiap tentera yang tamat latihan,akan dihantar ke agensi kepolisan rahsia seluruh negara." Aku tekun mendengar. Setelah lebih lima minit berjalan,kami sampai pula ke kawasan seni bela diri Silat.
Bilangan tentera pelatih yang ada lebih kurang sama sahaja bilangannya dengan bilangan tentera pelatih yang ada di kawasan seni bela diri Karate. Bezanya hanya baju mereka. Walaupun warna yang sama,namun fesyennya mengikut gaya seni bela yang dipelajari.
Kali ini,tidak pula Maream berhenti. Aku menantikan sambungan perbicaraanya.
"Ada juga yang tamat sahaja latihan,meneruskan kehidupan seharian mereka,sambung belajar,membuka pusat seni bela diri sendiri,dan lain-lain. Namun,identiti sebenar mereka sebagai ahli perisik negara dirahsiakan. Hidup sebagai orang biasa."
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...