AKU menggigit bibir bawah. Wajah tanpa riak aku pamerkan. Pandangan aku beku ke arah Cappucino ice yang dah tak ada ais. Air itu terasa tawar kerana ais sudah larut. Aku kacau perlahan menggunakan straw.
Kedengaran loceng rehat bagi murid biasa berbunyi. Adam dan Kevin bangun sementara aku masih duduk di atas kerusi.
"Minion,tak bertugas ke?" Soal Adam membuka kaca matanya. Aku pelik. Dia buka spek,boleh nampak ke? Sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluar dan kaca mata itu dikesat.
Aku melihat murid yang lain. Kebanyakkan pelajar perempuan yang lain melihat Adam yang santai membersihkan kaca matanya dengan penuh minat. Ada yang tersengih-sengih. Bisik-bisik antara satu sama lain. Meletakkan kedua telapak tangan di bahagian dagu dan rahang.
Melting?
Erk?
Aku melihat Adam semula. Kaca matanya dipakai semula. Fokusnya terarah kepada aku semula. Tangan kanan mencekak pinggang. Aku menjungkit bibir.
Tengok orang lap spek pun boleh melting ke?!!
Gila!!
"Aku bertugas jaga kafe. Kau blah lah! Semak!" Balasku acuh tak acuh.
"Tak payah bertugas hari ni. Ikut kitaorang." Kata Kevin meletakkan siku di atas bahu Adam.
"Ke mana?"
"Adalah."
"Tak nak."
"Hoi,minion. Kitaorang tak ajak kau pergi ke tempat yang bukan-bukan lah. Ikut je lah!" Adam mulai baran. Amboi,kau!
Dah lah panggil orang minion! Tiba-tiba menyemak nak makan satu meja dengan aku! Lepastu marah-marah orang suruh ikut dia! Ingat aku ni apa? Tak ada perasaan?
"Kau nak marah ni kenapa? Dah aku tak nak,tak naklah! Apa masalah kau?" Aku bangun dan menyinsing lengan baju. Wajah aku dongak marah sementara Adam duduk kembali.
Dia melihat aku. Kaca mata ditolak ke atas.
"Aku nak bawa kau ke satu tempat. Sekarang ni,kau jangan banyak songeh. Ikut je. Bukan kita berdua sahaja. Kevin pun ada sekali." Wajahnya kembali tenang. Kevin mengangguk. Aku mengangkat kening kanan dengan angkuh.
"Kenapa aku nak kena ikut kau?"
"Sebab kau pasti suka tempat ni. Tempat untuk kau luangkan masa bila kau kena halau keluar kelas. Tempat untuk kau luahkan semua rasa yang terbuku dalam hati kau. Tempat yang lebih mendamaikan dari bilik muzik. Percaya cakap aku." Lembut sahaja Adam menjawab soalan aku. Aku terdiam.
"Kenapa pula aku nak kena percaya cakap kau?" Ego masih menghalang. Namun hati mulai terusik. Apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan?
"Sebab aku tak akan tipu kau." Aku mati kata. Kenapa kata-kata itu macam dejavu? Pernah dengar. Tapi di mana? Siapa?
"Jom." Aku masih berkeras. Adam juga masih duduk di atas kerusi.
"Siapa kau,sebenarnya Adam?" Soalku. Entah kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulutku. Kelihatan Adam mengukir senyum nipis.
"Soalan bodoh apa kau tanya,ni Minion? Aku,Adam. Tak kan dah hilang ingatan?" Ceh!
Rasa nak tampar diri sendiri! Biar sedar sikit.
Tak pasal-pasal dah dapat malu. Ingat,Wiyah! Make sure ini kali terakhir kau malukan diri sendiri!
Kevin tergelak. Aku merengus geram. Adam tersenyum senget.
"Listen here,Adam Muhammad. Nama aku,Rabiatul Adawiyah. Boleh panggil aku,Raa. Bukan MINION. Atau! SMURF. Is that clear?" Aku menjegilkan mata ke arah dua orang lelaki tiang ini.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...