KEMAS dan cantik. Aku senyum sendiri melihat tulisan tangan aku di atas buku nota. Setiap patah perkataan yang ada di hadapan,aku salin tanpa ada satu pun yang tinggal. Termasuk koma dan noktah.
"Semua sudah salin?" Suara Madame Sutina,guru Kesusasteraan Melayu kelas 5A-5 menguatkan suaranya sekaligus memecahkan suasana sunyi di kelas itu.
"Sudah!" Mereka menjawab. Aku sekadar menongkat kepala sambil tangan kanan masih menulis.
"Baiklah,setiap baris perlu ada tiga orang wakil. Jawab soalan kat depan." Arah Madame Sutina. Kelas mula kecoh. Ada yang sukarela bergerak ke hadapan. Ada yang berebut nak ke depan. Ada juga yang tertolak-tolak. Kau lah jawab. Eh,apa pula aku? Kau lah!
Aku tendang sorang-sorang kang!
"Adawiyah!" Namaku dilaung oleh Madame Sutina. Terus kejung satu badan. Mataku terkebil-kebil melihat wajah guru wanita itu.
"Ya,madame?" Soalku seraya menegakkan badan.
"Saya belum pernah nampak lagi kamu ke depan. Jawab satu soalan sekarang." Kuasa veto dikeluarkan oleh guru kesayangan aku itu. Ya,aku suka guru ini. Sikapnya yang tidak pilih kasih dan lemah lembut dalam mendidik melembutkan hati aku. Amboi,ayat kau!
Ehek!
Mataku tegak ke papan putih. Syafina yang duduk di hadapan aku memuncungkan mulut. Ya,dia murid yang selalu menjawab kat depan setiap kali waktu sastera.
Aku membaca setiap soalan itu dan berkira-kira untuk memilih soalan mana perlu aku jawab. Aku mengangkat punggung dan melangkah ke hadapan.
2. Nyatakan 2 unsur bunyi beserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas.
Unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas ialah asonansi. Contohnya ,
Bintang di langit berjuta-juta.Selain itu,aliterasi. Contohnya,
Bagai bulan jatuh ke riba.Seterusnya,anafora. Contohnya,
Mungkin esok akan hujan,
Mungkin juga esok akan adanya
mentari.Aku menutup pen marker dan meletakkannya semula di meja guru. Walaupun soalan minta dua jawaapan sahaja tapi jalan selamat berilah tiga sebab mana tahu ada salah satu jawapan tu salah. Ada backup satu. Tip untuk students SPM. Tapi bukan semua subjek boleh jawab macam ni. 20% sahaja.
Aku kembali semula ke meja aku. Syafina memusingkan badan ke arahku.
"Kenapa tulisan kau besar sangat,Raa? Tak sama macam kat dalam buku pun!" Syafina menarik buku nota aku. Aku sekadar membiarkan. Tulisan aku pada papan putih aku perhati dengan senyuman geli hati.
Sebab tu lah aku selalu mengelat nak jawab soalan kat depan. Tulisan aku memang tak boleh bawa bincang. Ayam pun tak nak mengaku tu cakar dia tahu!
Tulisan aku kat buku elok je. Kemas dan teratur. Bila kat papan putih,macam gempa bumi. Besar gedabak.
"Aku tak pandailah tulis kat depan. Tak biasa." Balasku seraya menarik semula buku nota aku. Jawapan yang ada di hadapan aku salin semula. Bijak tak? Ahahah!
"Cakar ayam ke,cakar dinasour?" Balqis di tepi mencelah seraya ketawa mengekek. Syafina dan Elvina yang ada di hadapan turut tergelak. Aku senyum nipis.
Balqis,Syafina dan Elvina sahaja yang sudi berkawan dengan aku. Mungkin sebab kami duduk dekat-dekat. Lagipun,diaorang memang sempoi. Kadang,sama-sama masuk air.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...