(Saya ada sertakan one song khas untuk chapter ni👆. Dengar ya untuk lebih penghayatan!😊)
PEDAL minyak aku tekan dengan kuat bagi menambahkan lagi kelajuan kereta. Cermin pandang belakang aku renung tajam kemudian beralih kepada cermin sisi kereta kiri dan kanan. Memastikan aku tidak diekori sesiapa.
Sempat aku mengerling wajah sendiri di cermin pandang belakang kereta sebelum merengus kecil. Rupa aku terlalu comot!
Kesan darah kering dan kesan asap kebakaran yang berwarna hitam mencemari pipi dan dahi aku. Ditambah lagi dengan sisa pasir dan tanah. Belum cakap baju dan seluar aku. Tudung apatah lagi! Dah senget macam dilanda puting beliung!
Fikiran aku serabut dengan pelbagai perkara. Setiap rasa yang terpendam bercantum menjadi satu. Emosi yang bercelaru membuatkan aku sukar untuk berfikir dengan waras ke mana hala tuju kereta yang sedang aku kemudi sekarang.
Shila. Kak Leya. Aleya. Macam mana aku nak selamatkan mereka? Apa yang perlu aku buat? Sendiri??!!
Tangan kanan mengawal stereng kereta,manakala tangan kiri memanjang untuk membuka desk kereta yang berada di hadapan kerusi penumpang sebelah pemandu.
Gula-gula aku ambil kemudian tiba-tiba sehelai gambar terbang keluar dari desk tersebut dan mendarat atas kerusi di hadapan desk itu. Mataku keras melihat lima orang gadis bertudung hitam yang melemparkan senyuman manis.
Hati aku serta merta sakit bagaikan ditikam dengan pisau belati. Aku menyandar di kerusi pemandu dan mata aku hala tepat ke jalan raya. Plastik gula-gula aku buka dan aku sumbat isinya ke dalam mulut.
Mata masih keras ke jalan raya yang sibuk. Namun,tidak sampai beberapa minit mata aku mula masuk habuk. Berkali-kali aku mengerdipkan kelopak mata.
Farah. Erika. Aulia.
Satu per satu nama mereka aku seru di dalam hati. Dada aku terasa pedih menahan tangis yang ingin aku lepaskan. Mata aku mula kabur dengan air mata. Pantas tangan naik menyekanya.
"Kenapalah.. korang tak ikut aku keluar dari rumah tu,hah?" Aku bercakap seorang diri. Setiap air mata yang mengalir laju ke pipi aku seka kasar.
"Kenapalah,korang..." Aku menggigit bibir bawah yang terasa pedih. Bibir bawah aku luka kerana aku sendiri yang menggigitnya. Namun,sakit itu tidak aku endahkan.
"Kenapa korang tak ikut aku keluar?" Soalan yang sama aku lontarkan. Namun kali ini,nada suara aku kedengaran lirih.
Tidak tergambar rasa sakit yang menjerut hatiku tika ini. Sekali lagi. Sekali lagi aku rasa separuh dari diri aku hilang. Soalan aku sekarang hanya satu. Mengapa? Mengapa aku perlu hadap semua benda ni? Mengapa aku diuji terlalu hebat macam ni?
Adakah Dia menyayangi aku? Adakah ini caranya Dia membuktikan kasih sayang-Nya terhadap aku? Dengan cara mengambil mereka yang aku sayang? Ya Allah,apa sebenarnya semua ini? Aku tidak faham...
Keadaan selalu tidak berpihak kepada aku. Mengapa? Apakah aku tidak layak untuk bahagia? Adakah aku tidak layak untuk memiliki mereka yang aku sayang? Mengapa?
Setelah kehilangan mereka bertiga di hadapan mata aku sendiri. Pasti mereka sakit,kan.. Aku tidak mampu tolong walaupun aku nampak.
"Korang,maafkan aku.." Aku bersuara lirih dan akhirnya empangan air mata aku pecah. Tangisan keras aku lepaskan dalam ruang kereta mewah itu. Mewah? Apa gunanya kalau aku sendiri.
Aku sekadar melepaskan semua yang telah aku pendam di dalam hati. Sakitnya. Sakit sangat. Aku tak kuat. Serius,aku tak kuat.
Aku menekan brek kecemasan di bahu jalan. Disebabkan tindakan itu,tubuh aku terdorong ke hadapan dan kepala aku terhantuk di stereng kereta. Terasa cecair panas mengalir membelah dahiku.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...