ASL ♡ [ PART 11]

41 4 0
                                    

AKU menahan sakit kepala yang semakin mencengkam kepala. Terasa hidung aku mengalirkan sesuatu yang panas. Pasu bunga yang pecah di hujung kaki aku,kelihatan berganda-ganda.

Aku mulai hilang keseimbangan diri kemudian terduduk. Tangan aku menongkat badan dari jatuh menyembah Bumi.

"Woi,apa kau buat ni?!" Kedengaran suara mereka yang lain terkejut beruk. Aku cuba melawan sakit yang mencengkam kepala aku. Gerangan yang masuk campur pergaduhan aku dan Kevin aku cari.

"Kalau dia mati macam mana?!" Mereka yang lain mendekatiku dan menyentuh bahuku. Aku cuba mengembalikan kesedaran aku tatkala terasa aku mulai hendak pengsan. Oh,come on! Di HG pernah kena pukul dengan penutup pam tandas yang keras itu sampai terbelah dua. Tak lah teruk mana,kena ada 37 jahitan juga dan sedikit memori aku hilang.

"Lepaskan aku." Kataku lalu menolak tangan mereka yang menyentuhku. Rimas! Perlahan aku bangun dan pandanganku meliar mencari gerangannya. Aku jumpa. Dia memandangku dengan muka yang pucat. Ramona.

Aku tersenyum tajam. Darah yang mengalir dari kepala mengalir ke wajah lalu membelah bibirku. Aku jilat. Ramona terkejut. Begitu juga mereka yang lain. Raa is here! 

"Psiko!" Seorang perempuan menjerit histeria. Aku mengendahkannya. Aku mendekati Ramona,Ramona berlari. Ah,no! No! No! Wrong choice,dear! Aku mengejar langkahnya dan menarik rambutnya kasar. Ramona lantas terbaring kerana rentapan kasar aku.

"RAA!!" Jerit seseorang lagi. Aku mengulum senyum. You got that! Mereka yang lain tergamam. Sempat aku melihat Kevin yang turut sama terkejut. Dia diam tidak berkutik. Now,you know who you mess with. I'll take care about you after this.

"Stop!" Jerit mereka yang lain cuba menahan tubuhku untuk mendekati Ramona. Namun,aku merentap setiap tangan yang menahanku.

"Siapa yang berani masuk campur," Tangan aku menyeluk poket seluar trek yang aku pakai lalu mengeluarkan sesuatu. Mereka terkedu dan tiada satu pun cuba untuk mendekatiku lagi.

"Aku bunuh dia." Sambungku dingin dan pisau lipat kesayangan aku,aku kucup. Ramona serasa hendak menangis. Dia menjerit minta tolong namun tiada siapa berani untuk masuk campur.

Perlahan-lahan aku melangkah mendekatinya. Ramona menyeretkan badannya ke belakang cuba untuk menjauhiku. Pernah rasa ketakutan yang maha hebat sampai rasa kaki tak bagi kerjasama? I think Ramona feels that now.

Aku mengukirkan senyuman dengan lebih tajam. Jari aku bermain dengan pisau lipat kesayangan aku sambil mata tajam merenung ke arah Ramona yang pucat lesi.

Sampai di hadapannya aku mencangkung. Paha Ramona tempat aku melabuhkan punggung dan dengan santai aku memainkan pisau itu di wajah tidak berdarah Ramona.

Nafas mereka yang lain kedengaran tajam dan still tidak ada yang berani untuk masuk campur.

"Why,Ramona? Why?" Aku menyoalnya dengan kening terangkat. Senyum manis aku pamerkan. Namun racun bagi mereka.

"Kenapa masuk campur? Hm?" Soalku lembut seraya memegang rambut Ramona. Ramona terdongak. Pisau aku tekapkan di lehernya. Empangan air matanya pecah. Penuh penyesalan. Penuh ketakutan. Aku tersenyum lagi.

Suara mereka yang lain kedengaran cemas. Teriakan histeria mula kedengaran dan aku sama sekali tidak terusik. Raa is here.

Pada pandanganku hanya ada Ramona. Terbayang aku mengelar lehernya. Mengupas kulitnya dan mengeluarkan semua darah yang ada di dalam tubuhnya. Tapi,aku tidak akan buat macam itu. Cukuplah sekali. Tindakanku sekarang hanya ingin menggertaknya dan menunjukkan kepada mereka yang lain akibatnya bila cari hal dengan aku.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now