ASL ♡ [PART 60]

28 2 0
                                    

"AKU INGAT LAGI..."

Huh? Siapa tu?

"Kau betul-betul dah tak serupa orang dah hari tu. Hazeeq pun dah..."

Kedengaran ceria sahaja suara itu sedang bercerita. Tapi tidak ada pula sahutan daripada suara lain. Walaupun kedengaran sayup-sayup. Tapi aku boleh agak suara itu kepunyaan siapa.

Tidak sampai seminit, deriaku dapat menghidu haruman ubat-ubatan namun tidak terlalu menyengat kerana adanya bauan Lavendar yang menenangkan.

Aku di mana?

Suara lelaki itu masih rancak berceloteh seorang diri. Apa yang dia bahaskan pun, aku sendiri tidak faham.

Aku cuba untuk membuka kelopak mata namun terasa berat. Berhenti sejenak, kemudian mencoba lagi. Baru sahaja kelopak mataku terbuka sedikit, berduyun-duyun cahaya mencoba untuk menerobos masuk ke dalam mata sehingga membuatkan mataku sedikit silau dan kabur.

Siling kelabu gelap. Aku menggerakkan bebola mata ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Dalam beberapa saat, aku dapat tahu aku sedang berada di ruang rawatan Ambergold Army Camp.

"Wiyah, dah sebulan lebih kau koma. Apalah yang kau tengah mimpi agaknya sampai kau tak nak bangun-bangun?" Mataku jatuh ke arah pemilik suara itu.

Duduk tepat di samping katilku, sedang mengupas buah oren dengan penuh khusyuk. Rambutnya yang panjang menutupi wajah kacukan itu yang sedang tunduk. Kevin diam sejenak. Fokus benar mengupas buah!

Kemudian, aku mengerling Jessica yang sedang tidur di atas sofa. Majalah The Most menutupi wajahnya.

Terasa perih tekak aku, tak usah nak cakap. Baru sahaja aku hendak memanggil Kevin, kata-kata yang keluar dari mulutnya memaksa aku untuk membatalkan niat.

"Dah lama aku tak nampak Adam."

Adam? Maksudnya apa?

"Hari terakhir aku nampak dia pun kat pulau tu. Tulah juga hari terakhir dia hubungi aku. Aku.."

Kedengaran nafas berat dilepaskan. Tangan kanannya dijatuhkan di atas katil seketika. Dia mendongakkan kepala ke arahku sambil berkata.

"Aku tak tahu dia kat mana arghhh!!!" Terlempar buah oren yang dah togel di tangan kiri lelaki itu sampai terpelanting ke belakang jatuh macam nangka busuk dari kerusi dek kerana terkejut.

Dah kenapa macam nampak hantu?! Terkejutlah!!

Jeritku dalam hati. Yalah, nak jerit guna suara, tekak masih kering ni. Perit nak mampus!

"ADAWIYAH!!!" Jerit Kevin tidak percaya setelah melihat aku sudah mencelikkan mata. Jessica yang turut terjaga lantas berlari keluar setelah hampir-hampir sahaja nyawa dia nak melayang setelah mendengar jeritan Kevin.

"Air." Tanpa melihat, aku memberikan arahan kepada Kevin yang masih terduduk di atas lantai.

Pantas dia berdiri dan menyambar segelas air di atas meja bersebelahan katil lalu menyuakan kepadaku. Seteguk ke tiga ketuk. Lega.

Serentak dengan itu, kedengaran derapan kaki beberapa orang memasuki ruang bilik. Kevin menjauhkan badan dan jelas kelihatan figura Ariana yang dah banjir dengan air mata memelukku. Aku kejung. Terkejut sendi-sendi badan aku. Lenguh woy..

"Alhamdulillahh.." Rintihnya dalam esakan tangis yang sedang ditahan. Nada suaranya menghantar satu mesej yang sedikit menyuit hati. Dia terlalu bersyukur sehingga tidak ada lagi perkataan yang mampu untuk diluahkan selain daripada perkataan tersebut.

Tangan kiriku naik menyentuh belakang Ariana kemudian kami tenggelam dalam pelukan hangat ayah.

Sebenarnya, aku pun tak sangka yang aku masih boleh bernafas selepas kejadian itu.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now