LELAKI yang bernama Hanif itu berlari-lari anak masuk ke dalam pondok pengawal. Aku sekadar mengerlingnya seraya telinga aku menangkap bunyi pintu utama tembok itu mula terbuka dengan sendirinya.
Aku diam. Adam berjalan santai dengan kedua tangan menyeluk poket. Hanif keluar dari pondok pengawal dan membuka pula pintu pagar yang mengelilingi tembok besar tersebut. Dia kemudiannya melihat ke arah aku dan Adam. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Aku tidak memberi sebarang reaksi. Ego punya pasal. Aku tayang wajah angkuh.
Excuse me? Who are you I'm have to smile with?! Huh!
Adam menyerahkan kunci kereta kepada Hanif. Aku melihat dengan ekor mata.
"Jom." Adam melepasi pintu pagar. Aku mengikuti langkahnya. Pintu pagar ditutup semula oleh Hanif yang berada di luar. Automatik pagar itu terkunci.
Tepat seperti yang aku jangka. Sistem keselamatan tempat ini sangat ketat. Lihat sahaja berapa banyak kamera pengawasan yang ada di setiap sudut tembok. Siap ada penggera warna merah lagi.
Sekiranya tembok itu menerima hentakan yang kuat,penggera itu akan menjerit dengan nyaring. Pintu pagar dan tembok pula hanya dapat dibuka sekiranya Hanif yang membukanya dari pondok pengawal.
Sempat aku menganalisis dengan sekilas pandang. Cara membukanya menggunakan cap jari Hanif. Gila! Tempat apa ini? Memori apa pula yang aku lupa di tempat seperti ini?!
Masuk sahaja ke dalam tembok, deria penglihatanku dijamah oleh suatu pemandangan yang sangat asing. Aku menahan mulut aku daripada ternganga.
Beberapa buah bangunan warna kelabu terang dan kelabu gelap berdiri dengan sangat gah.
Lelaki berpakaian seragam serba hitam dan mengenakan t-shirt putih berada di mana-mana.
"Welcome to The Ambergold Army Camp!" Adam mendepakan tangan di hadapanku. Dia menjerit untuk menyaingi suara tembakan dan riuh-rendah mereka yang lain.
Aku masih terpinga-pinga.
BANG! BANG! BANG!
Aku menoleh. Kawasan latihan menembak. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang melepaskan berdas-das tembakan kepada sasaran yang berada jauh dari tempat mereka berdiri. Seorang lagi lelaki ber T-shirt hitam dan seluar hitam sedang mengawasi mereka dengan wajah yang ketat.
TING! TING! TING!
Aku menoleh ke arah suara yang tidak asing itu. Dentingan yang terhasil daripada lagaan benda tajam.
Kawasan pertarungan pisau. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian serba hitam sedang berlawan menggunakan pisau lipat. Aku terkedu. Lidah aku kelu. Beberapa bayangan dan pintasan memori yang sangat kabur terlintas dari benakku.
Dentingan pisau itu.
Familiar.
"Wiyah." Aku tersedar. Adam sudah berdiri di hadapan aku. Bau minyak wangi itu menusuk ke hidungku. Menyedarkanku,aku tidak keseorangan di sini. Aku mendongak. Sepasang hazel itu menikam mataku.
"Jom." Dia bergerak menjauhiku. Matanya masih terarah kepadaku. Aku menurut tanpa sepatah kata.
Ya,aku tidak sendiri. Dia ada. Hanya dia yang aku kenal di sini. Tidak ada pilihan lain daripada mengikutinya.
Nak berjalan-jalan sendiri? Tak ada seorang pun perempuan aku nampak kat sini. Semua lelaki!
Sampai ke sebuah gedung serba hitam. Aku melepaskan keluhan berat. Mimpi itu terlayar di minda.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...