"KENAPA? Aku tolak bini kau ke?" Hazeeq mengoyak senyum tajam. Wajah Adam merah padam menahan marah.
Erk? Bini? What the fuck?!
Tak ada modal nak kenakan orang ke tu?
"Jangan merepek!" Tangan kiri merengkuh kolar baju Hazeeq,manakala tangan kanannya sudah dikepal. Hanya tunggu masa untuk dilayangkan.
"Oh,Adam. Kau tak rasa hidup kau menyedihkan ke? Lepas apa yang dah jadi dekat arwah adik kau.." Hazeeq bersuara dengan penuh sarkastik. Adam mengetap bibir lantas mencelah.
"Diam,Hazeeq!" Tangan kanan Adam mengepal tumbukan dengan semakin erat. Jelas kelihatan urat-urat yang berselirat di sebalik kulit lengannya yang terdedah.
Aku mula tidak senang duduk. Topik yang dibangkitkan Hazeeq kedengaran sangat sensitif. Arwah? Agak-agaklah nak sebut pasal orang yang dah tak ada pun!
Hazeeq masih kelihatan tenang dengan riak wajah yang tersenyum sinis. Dia menyambung semula.
"Sekarang kau nak perempuan tu ingat semuanya. Atau lebih tepatnya ingat semua kenangan korang. Walaupun kau tahu,cin.."
BUK!
Seperti yang dijangka,Adam melayangkan tumbukan padu tepat ke wajah Hazeeq. Hazeeq terundur.
Crap! Kuat gila bunyi dia! Patah tulang hidung wo kalau aku yang terkena!
Tidak cukup dengan itu,Adam yang dikuasai api kemarahan itu menumbuk perut dan muka Hazeeq lagi dan lagi. Hazeeq tidak berdiam diri,dia membalas tumbukan Adam.
Adam terlempar ke rak kasut. Rak kasut yang kosong terjatuh di atas tubuh Adam. Patah riuk. Aku yang asalnya duduk bersila,lantas berdiri. Duduk kat tengah-tengah alam macam tu,kang aku ikut terpukul sama.
Adam berdiri,rak kasut itu ditolak dengan kasar. Sebilah pedang dilemparkan ke hadapannya. Adam faham dan mengambil pedang tersebut. Aku terkedu.
Mata aku fokuskan ke arah Hazeeq yang menarik keluar sebilah pedang dari sarungnya. Berkilat dan kelihatan sangat tajam.
"Hei,korang. Stop this bullshit!" Aku cuba meleraikan pergaduhan mereka lagi. Apa ni? Tak kan sebab aku datang sini nak berbunuhan? Alasan tak munasabah!
Malangnya,mereka sudah berlaga pedang. Dentingan demi dentingan terhasil. Pergerakan mereka sangat laju dan tangkas. Aku diam.
Kekuatan mereka setara. Tidak ada sebarang peluang diberikan dan setiap serangan dapat dipatahkan dengan mudah.
Tiba-tiba pedang milik Adam menembusi pertahanan milik Hazeeq dan melukai bahu kirinya. Darah segar mengalir di pedang milik Adam. Aku menekup mulut.
Oh god! They are so fucking serious!
Hazeeq tidak menunggu lama segera melancarkan serangan mengejut dan melukai lengan kiri Adam. Adam terundur seraya mengetap bibir. Aku turut terkejut.
"Adam!" Aku terjerit. Jantung berdegup dengan laju sehingga membuatkan dada terasa senak.
Lengan Adam koyak besar! Darah segar mengalir keluar dan membasahi lantai. Hazeeq tersandar di dinding dengan tangan menekap bahu.
Kaki aku berlari mendekati Adam. Kedengaran lif berbunyi dan pintu lif terbuka.
"What the hell is going on here?!!" Satu suara memetir. Aku menghiraukan jeritan itu.
"Adam..." Aku mencapai satu tuala yang berada di satu rak yang menempatkan pelbagai jenis tuala. Lengannya aku balut. Adam meringis kesakitan.
"Apa korang buat ni,hah?! Sampai nak berbunuhan?!" Kali ini aku menoleh dan aku terpempan.
Wanita separuh abad itu datang dan menampar Hazeeq. Hazeeq terteleng ke kanan dan diam tidak berkutik.
"Bawa dia ke klinik!" Arahnya. Seorang lelaki membawa Hazeeq masuk ke perut lif.
Bukan tamparan itu yang mengejutkan aku. Hazeeq memang layak kena tampar pun. Namun,wanita itu ialah wanita yang berada dalam mimpi aku.
Gaya rambut messy bun itu masih sama walaupun warna rambutnya mula bertukar kepada warna putih. Tubuh yang tinggi lampai dan berpakaian serba hitam. Dua senjata api terselit di pinggangnya. Kiri dan kanan.
Dia menoleh ke arah Adam pula. Adam tunduk. Kemudian matanya terarah kepada aku. Pandangan yang asalnya bengis bertukar lembut. Aku sedikit terusik.
"Adam!" Dia menjerit marah. Pandangannya terarah semula kepada Adam. Raut wajah marah kembali semula.
Dia mendekati Adam dan
PANG!
Lempangan yang sama hinggap di pipi Adam. Adam terteleng ke arahku. Aku turut memandang ke arahnya.
Kuat gila bunyi! Nasib baik tak pecah kaca mata kau! Tangan naik menyentuh pipi sendiri. Seakan aku juga terasa sakitnya.
"Last!" Kata wanita itu. Namun,Adam yang masih merenungku langsung tidak mengendahkan wanita itu. Namun,dia bertindak untuk menngenyit mata ke arahku. Aku tersentak.
Dia mengukir senyum nakal. Kurang ajar! Sempat kau ya!
"Bawa dia ke klinik!" Arah wanita itu lagi. Tubuh Adam ditarik menjauhi aku. Dia turut dibawa masuk ke dalam lif yang bersebelahan dengan lif yang dimasuki oleh Hazeeq.
Aku melepaskan keluhan kecil. What a bad day. Eh,sekejap. Selain aku,ada lagi wanita yang turut berada di sini. Dia wanita yang pernah muncul dalam mimpi aku.
Apa kaitan dia dengan aku? Kenapa? Aku tak ingat tentang dia.
Susuk tubuh yang membelakangi aku itu masih kelihatan bertenaga walaupun sedikit rambutnya sudah mula bertukar warna. Wajahnya juga tidak dimamah usia. Seperti wanita yang baru memasuki umur 30-an. Lantang suaranya memberikan arahan untuk membersih dan mengemas semula ruangan yang berselerak itu.
Sedang aku merenungnya,dia berpaling ke arahku. Aku lantas tersentak. Satu senyuman menghias wajahnya. Aku terpinga-pinga. Siapa wanita ini?
"Wiyah sihat?" Dia menyapa aku.
Eh? Dia kenal aku?
Aku mengorak senyuman. Segan.
"Sihat. Em,awak siapa?" Aku menyoal semula. Dia menarik tanganku lantas mendakap tubuhku. Aku terpempan.
Aroma yang datang dari tubuhnya,aku hirup. Mata aku pejam. Rasa pedih menjalar ke relung hati. Tidak tahu apa sebabnya namun aku terasa sebak. Bau ini,familiar.
"Dah lama acik nak jumpa dengan Wiyah.." Berhenti di situ,dia meleraikan pelukan. Tangannya naik menyentuh pipiku. Aku membalas renungan itu dengan pandangan kekeliruan.
"Nama acik,Maream. Panggil Acik Yam. Acik,ibu Adam. Sahabat Mawar,arwah ibu kamu." Tenang sahaja dia menjawab soalanku. Aku terdiam.
Acik Yam. Ibu Adam?
Budak lelaki itu,Adam?
"Saya.." Terasa air mata mengalir di pipi. Pantas aku menyapunya menggunakan jari.
"Saya,tak ingat." Aku bersuara lirih. Maream tersenyum manis seraya mengusap kepalaku.
Aku hanya diam. Wanita ini,menggelar dirinya sebagai sahabat arwah ibu. Dia orang yang paling dekat dengan arwah ibu.
Barulah aku faham. Tempat ini,menyimpan banyak rahsia yang tidak dapat aku ingat. Masih ada orang yang aku tidak ingat namun merupakan insan penting dalam hidup aku.
Adam. Maream.
Hazeeq?
Siapa mereka bagi aku dahulu?
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...