AKU melemparkan pandangan keluar tingkap. Pelbagai persoalan sering berlegar-legar di minda.
Apa lagi yang aku kena hadap lepas ni,Ya Allah? Realiti yang mengelirukan? Realiti yang menyakitkan? Atau,realiti yang melukakan?
"Cik Muda?" Lamunanku tersentak.
"Ya?" Aku menyahut. Mataku melihat raut wajah lelaki berkaca mata hitam itu melalui cermin pandang belakang kereta.
"Kita dah sampai." Aku blur. Kemudian mata aku larikan keluar kereta.
"Oh!" Dah sampai rumah rupanya. Rasa nak tampar dahi sendiri!
Beg sekolah aku sangkut ke bahu lalu keluar dari perut kereta. Pintu ditutup oleh Hanif.
"Terima kasih,Hanif." Ucapku lalu senyum segaris.
Lelaki ini nampaknya macam mengenali aku. Lihat sahaja dari raut wajahnya yang tidak segan terhadap aku. Pertama kali aku bersua dengannya,lantas dia mengenaliku.
"Sama-sama,Cik Muda." Dia membalas senyumku.
Aku angguk lalu bergerak menjauhinya. Pintu pagar aku buka namun aku kembali menoleh tatkala namaku diseru.
"Kalau nak datang ke AAC lagi,Cik Muda boleh telefon saya." Dia melangkah mendekatiku. Telefon pintar dihulur. Aku memandang kosong.
"Kau nak nombor aku?" Aku menyoal tanpa nada. Hanif kelihatan terkelu. Aku menjeling dengan wajah angkuh. Ego menguasai diri.
"Aku boleh pergi sendiri. Kau boleh pergi sekarang." Tegas aku memberikan arahan. Hanif menundukkan kepala.
Pantas tangan menolak pagar dan masuk ke halaman rumah. Kemudian,pagar kembali aku kunci. Bibir aku jungkit tanda menyampah.
Fikir senang-senang aku nak bagi nombor pada orang yang tidak aku kenal? Baru jumpa pula itu!
Ada aku kisah kalau dia separuh dari masa lalu aku? Entah kenapa aku kurang selesa dengan lelaki itu.
"Assalamualaikum." Pintu aku tutup.
"Waalaikumussalam." Telinga aku tegak. Satu suara asing. Figura yang baru keluar dari dapur itu aku pandang tajam.
"Awak baru balik? Dah makan?" Soal Aleya lembut. Aku menjelingnya tajam. Beg sekolah aku lontar ke sofa. Langkah aku atur ke dapur dan melanggar bahunya. Sengaja aku berbuat seperti itu.
"Sejak bila pula kau ambil kerja orang tua tu? Kak Leya!!" Suara aku bergema di ruang dapur itu. Gelas aku capai dari rak lalu peti ais aku buka. Coca Cola yang masih berbaki aku tuang ke dalam gelas.
"Kau nak apa,Wiyah? Balik-balik dah memekak!" Kedengaran suara Kak Leya dari arah belakang rumah.
Sah! Dia tengah berkebun.
"Aku nak makan Asam Pedas! Masakkan aku!" Suara aku kuatkan seraya menelan saki baki air yang berada dalam gelas.
"Banyak cantik muka kau. Mandi pun belum. Dah nak dekat senja baru nampak muka! Kau dari mana sahaja ni? Nasib baik Hamzah belum balik lagi." Kak Leya masuk ke ruang dapur bersama sebakul kacang panjang yang baru dipetik.
"Ish,tak payah nak bebel boleh tak?! Aku penat ni. Macam-macam jadi hari ni." Punggung aku hempas atas kerusi. Aleya yang mengambil bakul berisi kacang panjang dari Kak Leya aku kerling.
Teringat waktu pagi tadi masa aku bawa balik budak Aleya ni. Kak Leya malah memarahi aku disebabkan luka yang ada di badan gadis itu. Tak guna punya orang tua!
Lepas aku berterus terang apa yang dah jadi dekat Aleya baru pula tahu diam. Ariana dan ayah pula hanya menurut sahaja bila aku kata budak tu aku jumpa tepi jalan. Pandailah aku reka cerita kata gadis itu dari kampung baru habis kena rompak. Anak yatim piatu dan tidak ada hala tuju. Sudahnya ayah dan Ariana memberikan izin untuk Aleya tinggal dekat sini. Memang sejak azali kedua beranak itu mempunyai perangai yang sama.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...