HARI ini,hari rabu. Guess what? The worst day ever! I hate it! Dari tadi aku duk berkawad dekat tengah-tengah panas ni. Wajah komando St.John Ambulans yang ketat gila nak mampos tu,aku pandang bagai nak telan. Well,obviously bukan aku sahaja yang pasang niat nak bunuh komando tak berhati perut ini. 99% anggota St.John Ambulans yang lain dah tayang muka taik masing-masing. Termasuk aku. Kalau orang kat HG nampak aku macam ni,gelak sampai habis nafas diaorang!
"Dari kaki kiri,hentak kaki!" Suara lantangnya memberikan arahan kepada kami. Aku dengan tahap kemalasan tahap dewa mengangkat sedikit kaki aku dengan jarak 5 cm dari lantai simen itu.
Hm,kali ini hanya aku yang hentak yang tak berapa nak hentakkan kaki aku atas lantai simen ini macam ini. Ahli yang lain angkat kaki 90º dan menghentak kaki dengan penuh bersemangat. Walaupun,dah hampir sejam kami duk berkawad,tak ada pula seorang yang berani nak berkeluh-kesah. Even muka tak boleh blah.
Tapi aku peduli apa? Aku hanya menayang wajah penat yang confirm dah terbakar sebab terlebih vitamin dari Matahari yang panas membahang. Kenapalah Malaysia ni panas sangat?! Aku menggerutu di dalam hati.
"Berhen.......ti!!!" Jerit komando lelaki itu. Pandangan aku mencerun melihat pupil mata kelabu asap itu. Ni apa kes main teriak depan muka aku ni? Hampir tahi telinga aku buka kasut keluar dari telinga aku! Oh,Wiyah. As usual,hambar! Aku menjulingkan mata ke atas.
"Kau ni,dari tadi aku perhati sahaja gaya kau! Kau tengah berkawad ke menari poco-poco,hah?!" Jerit komando lelaki itu tepat di hadapan aku. Aku menayang muka meluat. Ahli yang lain terkejut dek kerana lantunan suara lantang lelaki itu. Aku yang kena jerit,korang yang terkejut beruk kenapa? Siap bahu terangkat lagi!
"Suara kau tak boleh kuat lagi ke?" Perliku lalu meraba-raba telinga aku yang tersorok di balik tudung.
"Nak tercabut telinga aku,dengar suara katak kau." Sambungku dengan nada suara yang maintain cool. Aku mengerling tag nama lelaki itu. Kevin Lee. Anak cina tapi lebih kepada darah Inggeris. Ya,lelaki ini kacukan. Mana aku tahu? Nampak sahaja anak matanya yang berwarna kelabu terang itu. Also muka dia cantik sangat. What?!! Hampir aku nak ketuk kepala aku sendiri.
"Apa kau cakap?!!" Suaranya memetir ke atmosfera di sekeliling kami. Ahli unit beruniform yang lain berdekatan kami mula terjenguk-jenguk. Aku memeluk tubuh dan wajah aku dongakkan dengan penuh angkuh.
"Lah,pekak ke? Oh,kiranya aku pun kena menjerit lah ni bila bercakap dengan kau? Ah,I see. Tapi,aku tak nak bazirkan air liur aku untuk bercakap dengan orang pekak macam kau ni lah. Buang masa aku sahaja." Tenang aku menuturkan kata-kata itu. Kedengaran desah nafas terkejut mereka yang memerhati. Aku mengangkat kening. What? Wajah Kevin yang memerah aku pandang dengan bersahaja.
Tanpa menunggu lama aku mengangkat kaki ingin pergi dari situ. Aku letih. Nak tercabut lutut aku duk berkawad dari tadi. Tengah panas pula itu. Rehat hanya lima minit. Ah,ini semua bukan style aku. Kalau bukan disebabkan Ariana,dah lama aku bawa perangai aku dari HG ke sekolah ini.
Tapi mengenangkan dia itu pengawas dan aku hanya budak baru,aku haruslah menjaga air mukanya juga. Dia sahaja yang aku ada kat dunia ini. Oh,also ayah dan Kak Leya. Haha! Biarpun aku menyampah dengan orang tua itu,tapi dia lah yang jaga aku dan Ariana semenjak dari kecil lagi. Manalah tak sayan* kan. Geli pula aku nak menyebutnya!
"RABIATUL ADAWIYAH!!" Langkahku terhenti. Aku terkejut. Suara lantang itu menjerit macam aku ni curi pemadam dia. Ah,again Wiyah? Hambar! Aku mengipaskan tangan ke muka. Jangan kecam saya.
"Kau pelajar Henry Gurney. Memang tak layak jejak kaki kat Ambergold. Kau pun tak layak nak bercakap depan aku. Kau memang tak reti kenang budi. Kalau bukan sebab ayah kau yang melutut depan ayah aku,kau tak akan dapat hirup udara kat Ambergold lah!!" Darahku menyirap. Seluruh tubuhku terasa menggigil hebat. Automatik darah meruap naik di sebalik roman wajah aku.
Dia hina aku. Dia hina ayah aku. And what the fuck ayah dia? Ah,sebab dia ni anak pengetua sebab tu lah tak ada seorang pun tak berani nak lawan cakap dia. But,not me!!
Aku berpaling dan dengan derap langkah yang laju aku mendekati Kevin yang mengangkat kening mencabarku. Sampai di hadapannya tangan kanan aku naik merenggut kolar bajunya membuatkan dia tertunduk dan wajahnya tepat di wajah aku.
"Mulut kotor macam kau ni,tak layak nak sebut nama ayah aku lah!!" Aku menjerit histeria lalu melayangkan penumbuk padu ke mukanya. Kevin jatuh terduduk di hadapan aku. Aku berpusing dan menyepak kepalanya membuatkan Kevin terlentang di atas simen. Goodnight!
Beberapa orang mendekatiku dan cuba menahanku. Bisikan-bisikan diarahkan ke telingaku berharap supaya aku bertenang.
"Berhentilah weyh! Jangan cari masalah!"
"Kau tak tahu dengan siapa sedang kau cari hal."
"Confirm lepas ni kau dapat surat buang sekolah plus surat saman."
"Sabarlah,aku faham perasaan kau. Tapi bukan macam ni caranya kau nak membalas. Nanti kau yang dapat susah."
"Bagus! Kau strike terus kat kepala dia. Harap lepas ni dia bisu terus."
Aik? Macam itu pun boleh?
Aku meronta-ronta dan mataku membara melihat ke arah Kevin yang mula bangun. Dia meludah saki baki darah yang mengalir keluar dari kerongkongnya. Aku mengetap rahang. Tangan aku yang dipegang aku rentap kasar.
Terlepas sahaja,aku terus meluru ke arah Kevin yang sepertinya lebih bersedia untuk menangkis seranganku. Sampai di hadapannya,Kevin melayangkan penumbuk ingin menumbuk mukaku. Namun,aku mengelak dengan mudah lantas tersenyum sinis. That's what you got?!
Aku tunduk dan menumbuk perut Kevin dengan kuat membuatkan dia tertunduk sambil mengerang kesakitan. Di kesempatan itu,aku menjatuhkan tangan ke bahunya lalu menghentak lutut ke wajahnya. Sekali lagi Kevin jatuh ke simen. Darah memenuhi wajahnya. God! Hidung dia patah. Patutnya aku hentak kuat lagi biar tengkorak sekali pecah! Baru puas hati aku!
Kedengaran sorakan kuat di sekeliling kami. Baru aku sedar yang kami dah jadi perhatian. Murid-murid yang lain sudah mengemuruni kami sambil bersorak suka. Tengoklah,berapa ramai yang menyimpan dendam dengan lelaki ini. Bila Kevin kena pukulan aku,setiap kali itu juga lah mereka bersorak seolah-olah sedang menonton perlawanan WWE secara live.
Kevin melihat ke langit sejenak. Wajahnya kelihatan terkejut dan nafasnya kencang. Dia bangun dan duduk dengan perlahan serta melihatku dengan pandangan yang sarat dengan kebencian. Aku tersenyum tajam.
Tangan aku depakan dan mengerling ke sekeliling kami. Dia tidak turut sama mengerling,sebaliknya matanya tepat ke wajahku. Aku tahu,mesti dalam kepala otak dia nak bunuh aku. But,hey! Orang yang boleh lawan aku belum wujud lagi. Adam?
Em,drop the subject! Dia itu spesies tiang. Bukan spesies manusia.
Cut the crap,Wiyah!!
YOU ARE READING
A Silent Love
Dla nastolatkówWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...