ASL ♡ [PART 37]

31 3 0
                                    

BREK tangan ditarik. Mata aku naik ke atas memandang wajah seorang wanita. Dia tersenyum ke arahku.

"Kita dah sampai." Aku terpinga-pinga. Aku memandang keluar tingkap kereta. Aku di mana? Kenapa kawasan ini asing sangat bagi aku?

Eh,wait a minute!

Aku memandang tubuh aku sendiri. Sejak bila aku jadi budak kecil pula ni?! Apa yanh dah jadi?!!

Mata aku memandang cermin sisi kereta. Aku terkedu. Ini,wajah aku sewaktu aku masih kanak-kanak.

Pintu di samping aku ditarik. Aku terkejut. Wanita tadi.

"Wiyah? Are you okey? Kamu tak macam selalunya. Kenapa ni?" Prihatin wanita itu menyoalku. Tangan lembutnya menyentuh dahiku. Aku terkebil-kebil.

Apa ni? Mimpi ke?

"Mari." Tangannya menggenggam tangan kecilku. Menarik aku turun dari kereta. Aku lengkap berpakaian serba hitam. Seluar dan t-shirt hitam. Rambut panjang aku disanggul ekor kuda dan bertopi yang juga berwarna hitam.

Ini baju yang selalu aku pakai tatkala aku berlatih dengan arwah ibu.

Langkah kecil aku mengikuti langkah besar wanita itu. Siapa wanita ini? Kenapa aku tidak ingat raut wajahnya sama sekali?

Tubuhnya yang tinggi lampai dan mempunyai raut wajah berbentuk bujur sireh. Rambutnya diikat gaya messy bun. Pakaiannya serba hitam dan belakangnya tegak menunjukkan dia seorang yang berani dan yakin.

Di pinggangnya tersangkut beberapa buah pistol yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna. Hitam dan putih.

Adakah dia merupakan separuh dari memori aku yang hilang? Apakah ini mimpi atau memori aku?

Masuk ke dalam gedung yang selalu aku kunjungi pada hujung minggu,kami menaiki lif untuk ke tingkat empat. Gedung ini hak milik persendirian. Milik arwah ibu.

Sampai ke sebuah bilik,wanita itu menolak pintu yang dibuat daripada besi itu. Buka sahaja pintu,aku terdengar dentingan yang mengilukan.

"To slow! Tak bertenaga! Ini yang kau cakap bermain pisau? Macam sotong!!" Suara itu memetir memarahi seseorang. Aku tersentak.

Ting!

Ting!

Ting!

"Kalau macam ni lah potensi kau,kau jangan mimpi nak kalahkan aku!" Suara itu semakin giat memprovok. Suara yang datang dari seorang wanita. Suara yang tidak asing bagi aku.

Tangannya dengan tangkas menangkis setiap hunusan pedang seorang budak lelaki.

Ting!

Ting!

Ting!

"Beb,perlahanlah sikit. Anak aku tu!" Wanita di sampingku menjerit. Dentingan pedanh berhenti.

Aku menahan debaran di dada.

"Eh,dah sampai?" Wanita berjilbab itu menoleh. Jantung aku berdegup kencang. Terasa hati aku hancur berkeping-keping.

Luluh dan mengilukan.

Suara yang aku rindu.

"Dah lama sampai dah."

"Adawiyah!" Wanita yang aku rindui itu tersenyum manis ke arahku. Senyuman yang sangat ikhlas dan cukup menggembirakan aku.

Sekaligus membuatkan parut yang sedia ada di dasar hati berdarah semula.

Ibu.

Wiyah rindu ibu.

MATA aku celik. Nafas dalam aku tarik. Mimpi.

Aku bermimpi.

Atau memori?

Aku di mana ni? Atap dan kawasan sekeliling aku scan. Ah,bilik rawatan sekolah.

Aku bangun. Serentak dengan itu seorang lelaki muncul di sebalik tirai yang mengelilingi aku.

Adam Muhammad.

"Dah lama bangun?" Dia mengambil duduk di kerusi sebelah katil aku.

"Dah lama aku pengsan?" Soalan berbalas dengan soalan.

"Kau okey?"

"Macam mana aku boleh ada kat sini?"

"Kepala kau sakit lagi?"

"Kenapa kau kat sini?"

"Kenapa kau pengsan?"

"Hazeeq mana?"

Adam terkesima. Aku mengangkat kening kanan. Cat got your tounge huh?

"Lama jugalah kau pengsan. Hazeeq yang angkat kau ke sini. Aku cuma nak pastikan kau tak mati je. Hazeeq,dia dah pulang ke rumah. Tak ada mood katanya." Sekali nafas Adam menjawab semua soalan aku.

Aku hanya diam. Wajah aku sedikit merah. Hazeeq angkat aku?

Series lah?

"Korang buat apa? Sampai kau pengsan. Hazeeq pula macam marah je. Apa sebenarnya yang berlaku?" Aku melihat wajah Adam. Lama. Adam mengerutkan dahi. Matanya redup membalas pandanganku.

"Aku tak tahu. Aku nak rehat. Tolong keluar. Aku nak bersendirian." Aku baring semula. Membelakangkan Adam.

Keadaan sunyi seketika. Tidak ada bunyi yang menandakan Adam berganjak pergi meninggalkan aku. Dia masih duduk di belakang aku. Dapat juga aku rasa dia sedang merenung aku.

Tak faham bahasa Melayu ke?!

"Kenapa kau menangis?" Soalan itu menyentak hati aku. Tangan naik meraba wajah. Basah. Tidak perasan aku!

Aku menangis?

Patutlah aku rasa pandangan aku kabur sahaja dari tadi. Air mata aku mengalir semasa bercakap dengan Adam.

Terasa pisau belati mencucuk-cucuk hati kecilku. Membuatkan air mataku semakin deras mengalir.

Semakin laju aku mengesat air mata,semakin deras pula mata aku mengepam air jernih itu. Aku bangun semula.

Sapu tangan aku tarik dari poket vase. Aku menekup wajah. Hati aku sedih. Hati aku berdarah. Aku menangis. Tapi tidak pula aku teresak. Hanya mengalirkan air mata.

Kemudian,baru aku tersedar. Pandangan yang beransur pulih aku fokuskan ke arah sapu tangan yang berada di tanganku. Sulaman AM di hujungnya.

Wajah aku dongak mencari wajah Adam. Dia turut merenung sapu tangan yang ada di tanganku lalu matanya lembut melihat ke arahku.

Bibirnya mengorak senyuman nipis.

"Siapa kau?"

Kali kedua aku melemparkan soalan itu. Kali ini,Adam kelihatan tenang sahaja dan pandangannya lembut menyapa wajahku. Tangisanku sudah berhenti.

"Rehatlah minion. Aku nak keluar. Nanti,aku panggil kakak kau." Sejurus sahaja berkata seperti itu,Adam terus pergi. Aku diam tidak berkutik.

Again.

Again and again!

Shit!

Kali kedua dan dia masih enggan menjawab soalan itu. Kenapa? Kenapa dia mengelak?

Apa sebenarnya yang aku lupa?

Apa yang aku tidak ingat?

Somebody please! I need an answers!!

The silence is killing me.

And it's hurt.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now