ASL ♡ [PART 35]

28 3 0
                                    

WARGHHH!!!

Tangan kiri naik menekup mulut. Mata sedikit berair aku biarkan. Masuk kali ini,dah lebih lima kali aku menguap pada pagi yang indah ini.

Kelas baru sahaja bermula 30 minit aku dah menongkat kepala dengan mata yang kuyu.

"Ada sesiapa yang boleh terangkan apakah makna jus soli?" Suara Guru Sejarah itu kedengaran sayup-sayup sahaja di pendengaranku.

"Saya,cikgu. Saya!"

Aku terkejut. Gila kuat suara budak ni! Aiman bangkit dengan penuh bersemangat. Aku menjeling. Sikit melayang kasut aku ke muka dia!

Tubuh yang aku tampung di atas meja,aku tegakkan lalu bersandar di kepala kerusi. Wajah aku palingkan ke luar tingkap. Bosanlah!

Aku pantas mengangkat tangan selurus yang mungkin. Perhatian cikgu wanita itu terus tertumpu kepadaku.

"Ya?"

"Izinkan saya ke tandas cikgu."

"Pergilah."

Aku terus angkat kaki keluar dari kelas. Niat asal nak jalan-jalan sebenarnya. Santai aku berjalan sambil tangan aku seluk dalam poket vase.

Masuk lif. Butang 'Ground' aku tekan. Keluar dari perut lif,aku terus ambil lorong untuk ke blok A5. Tandas yang berdekatan lif aku buat-buat tak nampak.

Aku sebenarnya belum habis jelajah lagi sekolah ni. Blok A5 terletaknya segala makmal yang perlu ada di sekolah ini.

Aku menggunakan tangga kecemasan sahaja. Tingkat satu terletaknya dua makmal sains dan makmal fizik. Gila besar gedabak! Aku takjub seketika.

Tingkap aku tolak dan kepala aku mula masuk untuk meninjau ke dalam. Fuh,meja besi berkilat warna biru! Tersusun dan sangat kemas. Kerusi plastik warna putih diletakkan di atas meja secara terbalik.

Barang-barang untuk buat uji kaji pun terlalu banyak. Lengkap dan semuanya aku tak tahu apa benda. Mataku melekat kepada almari berkaca yang memuatkan replika organ-organ manusia dan haiwan.

Wah! Wah! Wah! Replika haiwan pun ada? Kelas kau kucing! Ada pula tengkorak kau kat sini.

Aku menutup kembali daun tingkap. Kemudian,aku meneruskan langkah ke tingkat dua. Terletaknya bilik seni dan bilik muzik. Arh bilik muzik! I miss you!

Tapi hari ini,aku bukan hendak membuta di bilik muzik. Tak ada masa sains hari ini ya rakan-rakan. Urgh! Mata ke atas tangan ke bahu. I hate science! Disebabkan guru yang mengajar,dengan subjek-subjek sekali aku melempiaskan kebencian.

Aku bergerak ke tingkat tiga pula. Tidak pernah lagi aku naik tingkat tiga ni. Ada bilik apa pula ya?

Buka sahaja pintu tangga kecemasan,hidung aku dapat mencium satu aroma yang..

Sedap?

Aku memejamkan mata. Hidung mengambil bau lagi. Bibir aku mengorak senyum. Sedapnya..

Ini bau kek!

Dari mana datangnya ni?

Sampai ke sebuah bilik,aku membaca papan tanda pada pintu. Culinary Art?

Ada jurusan kulinari ke kat sekolah ni? Kenapa aku baru tahu ek?

Dari tingkap yang terbuka,aku cuba menghendap. Siapa yang tengah buat kek pagi-pagi ni?

Mata aku melingas ke kiri dan kanan ruangan bilik itu. Bauan kek menusuk ke hidung. Sedapnya..

Laparlah pula!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now