ASL ♡ [PART 53]

17 2 0
                                    

JAM di pergelangan tangan kiri,aku renung lama. Berapa masa yang aku perlu tetapkan untuk menyelesaikannya?

"15 minutes." Wajah Aulia terpapar di layar mindaku.

"10 minutes." Suara Erika terngiang-ngiang di telingaku.

"Aku boleh tamatkan semua hanya dalam masa 5 minit." Sikap Farah yang always over bermain di mataku.

"Kau masuk sendirilah." Loyar buruk Aulia yang menerbitkan tawa halusku.

"15 minit." Shila yang always cool.

"Raa?" Suara mereka yang menyeru namaku.

"15 minutes are not so bad." Aku berbisik pada diri-sendiri. Senyum kelat terbit di bibir milikku yang sedikit lebam kerana terlalu banyak menerima gigitan daripada aku.

Perkara sama acapkali menghentam diriku. Semuanya aku perlu pendam dan simpan sendiri. Mata aku pejam seketika. Nafas berat aku lepaskan.

Rilax,Raa. You have you,remember? Hati aku berbisik halus.

This is not the end of the world. But your world is getting ruin. You is dying,Raa. Ego aku membalas.

Aku menelan air liur yang terasa payau. Berperang dengan diri sendiri memang sangat melelahkan. Nafas dalam aku tarik dan aku hembus perlahan. Sedaya-upaya aku menghalau perasaan negatif itu.

This is not the time,Raa. Focus! Akal waras menegaskan tujuan aku yang sebenarnya.

Pandangan mataku berubah tajam. Teropong aku keluarkan daripada beg.

Angin laut yang berhembus membelai anak-anak rambut milikku. Menampar-nampar wajah namun sedikit pun tidak mengganggu tumpuanku meninjau kawasan markas milik Kai.

Desiran ombak yang berhempas di gigi pantai menjadi halwa kedua belah telingaku. Jam sudah menginjak ke angka 8 malam. Sebenarnya,aku sudah sampai ke pulau ini seawal pukul 06:45 p.m. Aku dijemput oleh sebuah bot yang dihantar oleh Kai lalu dibawa ke sini.

Belum sempat bot tersebut sampai ke daratan,aku membunuh tiga orang lelaki yang turut berada di dalam bot itu dan berenang sampai ke sini. Sengaja aku menunggu hari bertukar gelap agar memudahkan lagi kerja aku nak masuk ke dalam markas itu.

Rancangan sudah disusun dengan baik. Aku hanya menunggu masa untuk menyusup masuk. Pulau ini tidak wujud di dalam peta dunia. Terletak berdekatan dengan sempadan negara Filipina. Pulau inilah tempat untuk para lanun dan ketua-ketua kumpulan mafia berkumpul. Pulau ini kepunyaan Kai.

Memang Kai bukan orang sembarangan. Dia mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam dunia mafia dan kongsi gelap.

Sangat psiko dan licik orangnya. Hebat berlawan dan tangkas menggunakan senjata. Namun,itu dulu. Sekarang,dia hanyalah seorang lelaki berumur 41 tahun yang menghidap barah. Dia sudah lemah namun aku tidak boleh sambil lewa.

Walaupun dia sedang sakit,ramai orang berbahaya yang sanggup mati untuk dia. Aku tidak boleh buat silap. Masuk dan selamatkan Kak Leya dan yang lain.

Kemudian,bawa mereka ke sini dan masuk semula untuk membunuh lelaki keparat itu. Tekad yang kuat membuatkan aku sedikit pun tidak gentar sekiranya aku akan menemui ajal sewaktu aku berada di dalam sana. Tujuan aku cuma satu. Bunuh dia dan dendam aku lunas.

Jam tangan aku lepaskan dari pergelangan tangan kiri. Aku tidak dapat untuk menetapkan masa yang sesuai.

Kaki aku mula berlari masuk ke kawasan markas Kai. Sebuah rumah kayu yang besar dan tinggi aku kerling. Di sekeliling rumah kayu itu,terdapat lebih daripada 10 buah pondok yang menempatkan ratusan lelaki bersenjata. Aku tidak tahu mereka lanun ataupun mafia.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now