AKU menoleh tatkala suara Ariana menyapa deriaku. Dia pantas mendapatkan aku. Tubuh kecilku tenggelam ke dalam pelukan hangatnya.
"Kau okey tak ni? Ada sakit kat mana-mana?" Aku sekadar menggeleng. Tangan aku ditarik dan aku melabuhkan duduk di atas katil.
Plastik berisi roti dan mineral diletak atas riba aku.
"Makan. Lepastu makan ubat. Kau nak balik tak? Kalau nak balik,aku boleh hantarkan." Ariana mengusap kepalaku.
"Tak apa. Aku okey. Lepas rehat ni,aku nak masuk kelas semula."
"Kau pasti?" Soal Ariana. Aku mengukir senyum.
"Ye,Rina. Aku okey."
"Baguslah. Kau tak nak cerita dengan aku apa yang dah berlaku?"
Aku diam sejenak. Berkira-kira hendak bermula dari mana.
"Rina,aku pernah jumpa Adam dengan Hazeeq ke sebelum ni?"
"Maksud kau?"
"Entahlah. Aku cuma dapat rasa yang aku dekat sangat dengan mereka. Atau mungkin aku yang over?" Perlahan sahaja aku menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati. Ariana kelihatan sedang berfikir.
"Rina?"
Dia terkejut. Aku pelik.
Sepertinya dia menyembunyikan sesuatu dari aku. Semestinya bukan Ariana sahaja,malahan Adam dan Hazeeq. Jessica,Kevin,dan Selena juga turut aku rasakan merahsiakan sesuatu dari aku.
"Kau,betul-betul tak ingat?" Aku mengangkat kening kanan.
"Ingat apa?"
"Adam dan Hazeeq dulunya siapa pada kau. Macam mana rapatnya korang dulu. Percaya ke kau bila aku cakap yang Adam dan Hazeeq dulu,berguru dengan arwah ibu. Korang sama-sama belajar seni mempertahankan diri dari arwah ibu. Kau tak ingat langsung?" Bersungguh-sungguh Ariana menerangkan kepada aku.
Dan aku,
Ternganga.
"Hey,minion!" Suara yang tidak asing lagi bagi aku. Aku dan Ariana pantas menoleh.
Vase navy blue kemas tersarung di tubuhnya. Tali leher yang terikat kemas,kaca mata yang semestinya tidak menghalang panahan tajam sepasang hazel itu menikam wajahku.
Siapa lagi yang memanggil aku dengan gelaran minta siku macam tu kalau bukan Adam Muhammad.
"Oh,Rina pun ada." Ariana terus tersenyum manis. Riak wajahnya berubah ceria serta-merta. Aku mengangkat kening kanan. Spontan.
"Aku datang nak bagi ni." Plastik berisi sandwich dan mineral diangkat. Dia mendekati kami.
Plastik itu diletakkan di atas riba aku.
"Aku nak kau makan,sekarang." Santai dia memberikan arahan seraya memeluk tubuh. Jari telunjuk kiri naik menolak kaca matanya yang terlurut di batang hidung.
"Kau tak bertugas ke? Bukankah sekarang ni masa rehat?" Aku menyerahkan plastik pemberian Adam itu kepada Ariana. Namun,belum sempat Ariana menymbut Adam suda bersuara.
"Aku bagi kau,minion. Bukan Rina." Tegas Adam bersuara. Riak wajahnya ketat. Anak mata coklat terang itu tajam merenung tepat ke wajahku. Air muka Ariana pantas berubah. Aku sudah boleh agak. Tak salah lagi!
"Kau bagi aku kan? Jadi tak salah rasanya aku nak bagi hak milik aku pada siapa yang aku nak. Kan?" Sengaja aku memerlinya. Ariana sudah berdiri. Aku mencapai lengannya.
"Kau nak ke mana?" Sempat aku mengerling wajah Adam. Langsung tidak beriak. Kelihatan ego dan bongkak.
"Aku nak balik kelas. Ada kerja sikit." Tangannya melerai genggaman tanganku. Belum sempat aku memberikan balasan,Ariana sudah pergi.
Aku melepaskan keluhan. Adam!
"Kau ni,memang jenis tak pandai nak jaga hati orang kan?"
"Apa kau cakap ni?" Adam menyoal semula. Aku berdiri.
"Kau nampak tak tu?" Jari telunjuk aku arah tepat ke plastik makanan yang Ariana berikan kepada aku sebentar tadi. Adam memandang kosong.
"Rina dah belikan aku makanan. Kau ingat kakak aku nak biarkan aku kebulur kat sini ke? Kau datang kat sini juga kenapa? Kenapa kau kisah sangat dengan aku?!" Suara aku naik seoktaf. Namun tidak pula Adam terkesan lantunan suara lantang aku.
Dia maju setapak sehingga hujung kasut kami bertemu. Tangannya naik menunjal dahiku.
What the..
Fish?!
"Apa masalah kau,hah?!" Aku mula naik berang.
Kenapa semua orang nak main kepala pula hari ni? Nak buat aku biul terus ke?!
Aku dah cukup hilang ingatan dah. Nak tambah lagi ke?!
"Kau tak ingat aku ke?" Adam mendekatkan wajahnya ke arah wajahku. Aku automatik terundur. Adam bertindak mendepakan tangan dan meletakkan kedua tangannya di atas katil di kiri dan di kananku.
Sudahnya,aku terperangkap. Bau Calvin Klein memenuhi rongga hidung. Mandi dengan minyak wangi ke?! Sesak bulu hidung aku!
"Ingat apa pula ni?" Aku menyoal dengan nada yang sedikit bergetar. Tidak pernah aku sedekat ini dengan lelaki. Bayangkan sahajalah,Adam yang tinggi macam galah ni mengunci pergerakan aku yang kecil molek ni.
Sungguh,terasa kerdil diri ini!
Uhuk! Uhuk!
"Sebab tu lah kepala kau ni,kena banyak kali kena ketuk. Supaya otak kau tu sedar sikit. Orang penting macam aku pun kau tak ingat?" Adam berbisik di hadapan wajahku. Aku mula rasa rimas.
Tangan naik menolak dadanya. Adam berundur seraya tergelak kecil. Aku berdecit. Terasa ego tercalar.
"Kau siapa aku nak ingat. Penting ke? I don't think so." Aku tergelak sinis. Macam mana agaknya hubungan aku dengan Adam dulu? Pastinya tidak sebaik yang aku sangka. Lihat sahaja seperti sekarang.
Cukup membuatkan aku rasa nak gila!
Aku rasa,ada baiknya aku lupakan tiang ni dan pony tail tu. Tenang sikit perasaan aku.
Adam berpusing menghadap tingkap. Mendekati tingkap dengan kedua tangan menyeluk poket seluar. Dia melepaskan keluhan. Kedengaran berat sahaja.
"Makan,minion. Lepas ni,aku hantar kau pulang." Aku mengerutkan dahi.
"Apa? Pulang? Aku tak nak." Laju aku membalas. Adam berpusing menghadapku.
"Kau perlukan rehat."
"Aku tak apa-apa."
"Jangan degil,Wiyah!"
"Kau siapa nak arah aku buat itu ini? Abang? Ayah? Suami?!"
"Suami!" Adam menjerit. Nafasku tersekat di kerongkong. Adam tersenyum senget.
"Aku suka gelaran tu. Mrs Adam."
"Cih! Geli aku mendengarnya!" Aku membuat muka jijik. Adam mengangkat bahu.
"Makan. Nanti aku datang semula." Adam terus pergi meninggalkan aku.
Aku duduk di birai katil. Di mana Hazeeq sekarang ya? Kenapa dia balik rumah? Badmood? Sebab apa?
Aku kah?
Budak lelaki dalam mimpi aku,Hazeeq ka?
YOU ARE READING
A Silent Love
Подростковая литератураWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...