AKHIRNYA..
Setelah bingung sendiri nak pergi mana dalam masa-masa pdp macam ini,aku memutuskan untuk pergi ke bilik muzik. Well,aku bukanlah reti sangat nak main peralatan muzik ni. Tapi,bolehlah sikit-sikit. Macam gitar,drum,piano,dan violin. Eheheheheh.. Jangan kecam sis.
Aku mencucuk kunci ke dalam lubang kunci tombol pintu bilik muzik. Macam mana aku boleh dapat kunci? Senang sahaja,masuk ke dalam pondok security guard,hack cctv,ambil kunci bilik muzik dan berhati-hati jangan sampai terkantoi untuk ke bilik muzik. Boleh cuba sekiranya mampu. Wahahah!
Masuk ke dalam,aku kunci pintu dan suis aircond aku tekan. Oh,nice. Bilik muzik ni kalis bunyi. Besar pula tu. Almari besar yang terdapat pelbagai alatan muzik itu aku perhati. Hampir kesemua alatan muzik yang pernah dan tidak pernah aku nampak ada dalam bilik ini.
Aku menuju ke sofa tepi tingkap dan merebahkan badan di situ. Tudung aku buka dan aku letak elok-elok di kepala sofa. Nanti berkedut tak kuasa aku nak pakai. Anak tudung turut aku buka. Getah rambut aku leraikan dan rambut aku yang panjang hingga ke pinggang aku biarkan jatuh mengurai ke bawah
Earphone aku sumbat ke telinga dan lagu It's You dendangan Ali Gatie mulai berkumandang. Lengan aku letak di bawah kepala dan mataku mulai memberat. Tapi,fikiranku teringat akan sesuatu. Pantas tangan kanan menyeluk poket baju kurung sekolah.
Sapu tangan warna coklat dengan tompokan darah kering aku keluarkan. Telefon aku letak di atas perut. Sapu tangan itu aku aku buka seluasnya. Segi empat tepat? Empat segi tepat? Atau empat tepat segi? Eei! Lantaklah!
Di hujung sapu tangan itu bersulam huruf AM membawa maksud Adam Muhammad. There is something about this boy. Mata dia. Pupil hazel di sebalik kaca mata jernih itu kelihatan menarik di mataku. Macam pernah aku lihat sebelum ni.
Tapi di mana? Bila? Dan siapa? Siapa dia sebenarnya. Aku melepaskan keluhan. Hati aku meronta-ronta akan sesuatu. Tapi tidak dapat aku pastikan apa sebenarnya perasaan itu.
Sapu tangan itu kulipat semula dan masukkan ke dalam poket. Mata aku pejam semula. Berdiri di hadapan dia macam membawa seribu satu perasaan misteri dalam hatiku. Terasa macam aku dah kenal dia lama.
Pftt! Ko dah kenapa macam jiwang karat berabis ni? Rasa nak tampar diri sendiri. Sudahlah,Wiyah! Baik kau tidur lagi bagus.
Beberapa minit berlalu aku lena di dalam bilik muzik yang sejuk dan sepi itu. Tidur aku dijenguk oleh satu mimpi,oh tidak ianya sebuah memori. Tragedi hitam yang tidak mungkin dan tidak akan aku lupa.
Hari itu aku baru berumur 7 tahun. Seperti biasa,aku akan pergi ke taman permainan di kawasan perumahan kami untuk bermain-main dan membeli aiskrim dari abang van. Ya,aku panggil abang van sebab dia bawa van.
Sedang aku bermain buaian sambil menunggu abang van lalu,tiba-tiba langit yang asalnya cerah bertukar mendung dan angin bertiup kencang. Budak-budak sebaya aku mulai bergerak pulang dengan dijemput ibu bapa mereka satu persatu.
Aku dengan kedegilan budak-budak berkeras hendak menunggu abang van untuk makan aiskrim.
"Wiyah!" Panggil satu suara. Mataku mencari arah punca suara itu. Ibu datang sambil tangan kanannya menggenggam sebuah payung yang masih belum dibuka.
Aku turun dari buaian dan berlari ke arah ibu. Ibu tunduk dan mencium dahiku. Aku tersenyum suka.
"Jom balik. Hujan nak turun ni." Kata ibu seraya menggenggam jari halusku. Aku menarik muncung.
"Tak nak. Wiyah nak tunggu abang van." Kataku sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ibu menyengetkan kepala. Matanya redup melihatku.
"Janganlah degil,sayang. Abang van kan selalu singgah kat sini pukul 5. Sekarang baru pukul 4 lebih. Kalau nak tunggu,basah kita nanti sebab nampak macam nak ribut ni sayang." Lembut ibu memujukku. Tangannya mula membuka payung tatkala hujan gerimis mulai turun.
Muncungku semakin memanjang. Ibu tersenyum nipis dan mencium dahiku sekali lagi. Aku yang dari mulanya mudah cair dengan kucupan di dahi mulai terpujuk. Ibu menarik tanganku dan dengan berhati-hati kami berjalan di tepi jalan raya menuju ke rumah.
Dalam keadaan hujan yang mula melebat dan angin kuat,aku memegang erat baju ibu kerana ketakutan. Sampai di hadapan rumah,kami perlu melintas jalan raya yang besar terlebih dahulu.
Tapi,belum sempat kami melintas. Tiba-tiba ada satu van hitam berhenti mengejut dan keluar beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam dari dalam van. Tubuh ibu tiba-tiba direntap dan penganganku terlepas.
"Wiyah,lari!" Jerit ibu dan payung yang memayungi kami terlepas dari tangan ibu lalu terbang ditiup oleh angin yang kencang. Tubuh ibu ditarik masuk ke dalam van tetapi matanya tetap kepadaku.
"Ibu! Ibu!" Aku menjerit dan tangan kecilku cuba untuk mendapati ibu. Salah seorang lelaki mengeluarkan pisau lipat dan mendekatiku.
Ibu yang meronta-ronta terlepas lalu keluar dari van dan meluru ke arah lelaki itu. Pisau lipat ditendang dari tangan lelaki itu dan ibu berpusing lalu menendang kepala lelaki itu. Lelaki itu terjelopok jatuh. Cecair merah keluar dari kepalanya.
Ibu meluru ke arahku dan melutut untuk memelukku. Dapatku rasa degupan jantung ibu yang kuat menendang dadanya sebelum kedengaran bunyi tiga das tembakan dilepaskan. Setiap das tembakan itu,tubuh ibu seakan-akan terkejut dan darah memercik ke mukaku.
Aku tergamam. Pupil mataku menangkap si pelaku tersenyum puas dan pintu van ditutup sebelum van hitam itu memecut dari situ. Kelihatan darah merah becampur hujan mengalir di jalan raya dan semakin banyak. Sekeliling aku yang asalnya bersih dan air hujan yang jernih mengalir dicemari dengan merah darah.
"Ibu?" Panggilku. Ibu statik memelukku namun degupan jantungnya yang kuat sebentar tadi terasa semakin lemah.
Perlahan-lahan ibu melepaskan pelukan. Wajah ibu yang tersenyum manis aku pandang dengan mata yang berkaca-kaca. Tangan ibu naik menyentuh pipiku. Satu kucupan hangat dilabuhkan ke dahiku agak lama. Seolah-olah itu adalah kucupan terakhir untukku.
Mata ibu turut mengeluarkan air mata. Namun dia tetap tersenyum. Walaupun hakikatnya aku tahu,ibu sedang menahan sakit. Mulut ibu bergerak mengatakan sesuatu yang juga merupakan kata-kata terakhir ibu sebelum ibu meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.
"Ibu sayang Wiyah. Bukan salah Wiyah."
Mataku terbuka luas dan aku bangun secara mengejut. Anak mataku bergerak ke kiri dan ke kanan. Terasa jantungku bagai nak terkeluar dari dada sampai dapat aku dengari bunyi degupan jantung aku yang macam naik gila.
Dalam keadaan yang masih terkejut,aku cuba bertenang dan menarik nafas dalam. Apabila sudah bertenang,aku duduk semula dan telefon aku yang terpelanting ke lantai aku ambil. Nasib baik tak retak.
Aku menyandar lemah ke kepala sofa dan memejamkan mata. Cecair jernih keluar dari hujung mata aku yang tertutup.
Rindu yang paling sakit ialah rindu kepada orang yang sudah tiada di dunia ini. Hampir setiap malam aku akan mendapat mimpi yang sama dan setiap malam juga aku akan bangun dan menangis kerana rindukan arwah ibu.
Walaupun sudah berapa kali Ariana nasihatkan aku,apa yang berlaku masa itu bukan salah aku,tetap aku tidak boleh terima. Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan agak mengejutkan bagi budak berumur 7 tahun seperti aku untuk menyaksikan semua itu.
Selepas kejadian itu,aku berkurung di dalam bilik hampir satu bulan dan mengalami demam panas selama dua minggu. Pengebumian ibu pun tidak dapat aku hadiri. Aku mengalami trauma yang sangat teruk sampaikan ayah terpaksa memanggil pakar psikologi untuk aku.
Semua ini terlalu berat untuk budak 7 tahun seperti aku untuk lalui. Aku melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya.
Jam tangan aku lihat. Dah nak habis waktu rehat. Aku menyanggul rambut aku dan anak tudung aku pakai. Tudung aku sarung ke kepala sambil menghadap cermin besar yang ada di dalam bilik muzik itu.
Selesai memakai tudung,aku keluar dari bilik muzik dan menuju ke kafe sekolah. Perut dah lapar tahap dewa dah ni.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...