ADAM memetik jari di hadapan muka aku. Aku mengangkat kening kanan. Sejenak, aku menjeling wajahnya dan mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Kenapa tengok aku macam itu? Ada yang tidak puas hati? Cakaplah. Boleh kita perbaiki apa yang tidak kena. Kan,minion?" Adam berkata dengan nada yang lembut namun kedengaran sinis di pendengaranku. Aku membuang muka.
"Kura-kura dalam perahu,pura-pura tak tahu. Aku bagi kau sebijik kang baru kau tahu langit tinggi ke rendah!" Aku menayang penumbuk di hadapan wajahnya. Adam melihat penumbukku kosong. Kemudian,dia tersenyum senget.
Aku rasa darah aku semakin mendidih di kepala hotak aku. Darah naik menyerbu ke setiap roman wajah. Aku bercekak pinggang dan menarik nafas dalam.
Sabar,Wiyah. Chill.
"Tangan kecil macam tu boleh buat apa je? Sakit ke kalau kena? Eh,ulang balik. Boleh sakit ke kalau kena? Betul ke kau ni pembuli? Lelaki dan perempuan di Henry Gurney semua takut dengan kau? Apa je budak pendek macam kau ni boleh buat?" Kata Adam seraya berpeluk tubuh. Bibirnya yang tersenyum tajam aku kerling sekilas. Wajah itu. Wajah yang menghina.
Aku tidak menunggu lama. Tangan aku kepal dan aku layangkan ke perut Adam. Nak tumbuk muka macam tak sampai je. Adam tertunduk. Aku tergelak sinis.
Dalam keadaan Adam yang masih tertunduk dan tangan aku di perutnya,aku berbisik di telinganya.
"Kau tak tahu macam mana hidup kat Henry Gurney." Adam terbatuk-batuk. Tangannya naik menyentuh tanganku. Rasa hangat menjalar ke hati. Aku terkejut dan automatik lutut aku menghentak wajah Adam. Dia terlentang dan mengerang kesakitan. Yes,macam tu cara orang pendek nak serang orang tinggi. Buat diaorang tunduk dulu baru serang muka terus.
"Jangan nak cakap benda yang kau sendiri tak pernah rasa." Sambungku semula. Tapi..
Aku tergamam. Cecair merah keluar dari celah jarinya yang menutup hidung. Aku hentak kuat sangat ke?
Tiba-tiba Adam ketawa. Bukan ketawa riang,tapi ketawa sinis. Dia bangun dan berdiri di hadapan aku. Tangannya jatuh dan kali ini jelas cecair merah yang mengalir keluar dari kedua-dua lubang hidungnya. Aku menahan senyum.
Yes,aku rasa dendam aku dah terbalas.
"Aku rasa kita adil sekarang. Boleh tahan ya,minion." Kata Adam sambil senyum segaris. Aku mengangkat kening. Dia tak marah ke?
Tangan kirinya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sapu tangan warna coklat. Hidungnya ditekup dan dia tunduk melihatku. Aku terusik. Bukan ke hidung berdarah perlu mendongak? Kalau tunduk bukan ke makin banyak yang akan keluar?
Yang kau nak kisah ni kenapa,Wiyah? Rasa nak tampar muka sendiri. Kau memang dah buat aku gila,Adam.
"Aku sebenarnya nak minta maaf sebab berkasar dengan kau dua hari yang lepas. Tapi tak sangka kena penumbuk free. At least,kita adil lah kan. Aku pergi dululah ye,minion. Jumpa nanti." Kata Adam seraya mengenyit mata kepadaku. Serentak dengan itu pintu lif terbuka. Aku tergamam. Dia nak minta maaf?
Pintu lif yang hampir tertutup aku tahan. Adam yang menyandar di dinding lif aku pandang sejenak. Dia memejamkan mata sambil menekup hidungnya. Aku masuk ke dalam lif. Hanya kami berdua. Suasana sunyi sepi.
Butang tiga aku tekan. Adam masih seperti tadi. Lif bergerak. Adam sedikit bergerak. Sapu tangan yang mulai bertompok terlepas dari tangannya. Laju mata aku memandangnya. Adam kelihatan memegang pelipisnya. Perasaan tidak sedap hati menjalar ke relung hati. Kuat sangat ke aku hentak kepala dia?
Aduh,kenapa aku nak risau ni?! Aku mana pernah kisah kalau orang yang aku pukul sebelum ni nak mati ke apa. Lantak dialah!
Tiba-tiba Adam jatuh ke lantai lif. Aku terkedu.
"Adam!" Jeritku lalu mendapatkannya. Pipinya aku tampar lembut. Nadinya aku periksa sebelum aku menarik nafas lega. Alhamdulillah,hidup lagi. Aku belum puas nak gaduh dengan dia lagi ni. Sapu tangannya aku capai dan baki darah yang keluar dari hidungnya aku kesat.
Sapu tangan itu aku pandang sejenak. Kemudian,beralih ke wajahnya. Kaca matanya yang berbentuk segi empat sama sederhana besar terlurut ke hujung hidungnya. Aku tarik dan wajahnya tanpa kaca mata aku renung. Beautiful.
Bentuk wajahnya bersegi tajam dan hidungnya mancung. Kulit wajahnya cerah dan sedikit kemerah-merahan. Kelopak matanya agak kemerahan di tubirnya. Kening dan bulu matanya tumbuh dengan lebat dan melentik. Bibir itu sedikit pucat. Aku tersedar akan sesuatu. Pengawas tiang ini takut kan darah.
Aku tersenyum nipis. Kelemahan dia. Macam terlalu cepat sangat aku tahu. Kaca matanya aku masukkan ke dalam poket vase pengawas miliknya.
Ting!
Pintu lif terbuka dan beberapa orang murid lelaki yang baru masuk terkejut melihat Adam dan aku yang berada dalam lif.
"Adam!" Jerit salah seorangnya. Mereka meluru masuk. Tubuh Adam diangkat dan butang lif segera ditekan untuk ke ground floor.
Sebelum pintu tertutup,semua mereka memandang aku. Aku tersedar dan terus meluru keluar dari lif. Pintu lif tertutup.
Aku hanya melihat dan tangan aku mengenggam sesuatu. Sapu tangan Adam yang sudah bertompok dengan darahnya. Aku terlupa nak masukkan sekali ke dalam poket vasenya.
Sapu tangan itu kumasukkan ke dalam poket. Aku memusingkan badan dan menyusun langkah menuju ke kelas 5A-5. Sampai di hadapan pintu kelas,aku menolak pintu yang diperbuat dari kaca itu dengan perlahan.
"Hah,dari mana sahaja kamu ini? Masuk pun tak ketuk pintu. Kamu tahu tak,kamu dah lewat 40 minit?!" Aku terkebil-kebil. Apakah semua ni? Aku baru buka pintu dah kena jerit. Nak berdarah telinga aku mendengar suara lantang cikgu sains ini.
Madame Liu Xi berdiri di hadapan kelas sambil bercekak pinggang. Matanya mencerun melihatku seakan-akan aku ini pernah buat salah besar dekat dia. Lewat masuk kelas je pun. Rilek ahh. Kalau kat Henry Gurney jangan harap aku masuk kelas balik,dah lama aku panjat pagar keluar sekolah.
Wajah tanpa riak aku tayang. Dapat aku menangkap wajah rakan sekelas aku yang turut melihat ke arahku. Pandangan mereka. Pandangan dengan rasa benci. Aku menjeling.
"Kamu berdiri dekat luar tu. Saya tak nak tengok muka kamu dalam kelas saya. Dah,berambus!" Sekali lagi Madame Liu Xi menjerkahku. Aku mengangkat bahu dan menutup pintu kembali. Aku pun tak nak tengok muka kau. Menyemak aje!
Aku berdiri membelakangkan kelas sambil berpeluk tubuh. Nafas dalam aku tarik dan mata aku pejam. Satu idea jahat timbul di benakku. Aku mengerling ke dalam kelas melalui tingkap. Madame Liu Xi sedang menulis di papan putih.
Lengan baju aku sinsing sampai ke siku dan tali kasut aku kerling memastikan supaya ikatannya tidak terbuka. Aku mengerling Madame Liu Xi sekali lagi.
Perlahan-lahan aku berjalan tanpa ada seseorang pun perasan. Aku tersenyum segaris tatkala ruang hadapan kelas 5A-5 dapat aku tinggalkan.
"Rabiatul Adawiyah!!" Kedengaran namaku dilaung kuat oleh suara milik Madame Liu Xi. Tanpa menoleh ke belakang,aku membuka langkah seribu menuju ke tangga kecemasan. Nak tunggu lif,lambat.
Pintu tangga kecemasan aku tolak dan tangga menuju ke bawah aku lompat lima anak tangga terus. Tidak sampai seminit aku sudah sampai ke tingkat bawah.
Aku ketawa jahat di dalam hati.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...