ASL ♡ [PART 21]

35 2 0
                                    

AIR kotak perisa mangga itu aku sedut sampai habis dengan sekali sedutan. Kawasan sekeliling,aku perhatikan lalu jatuh ke wajah Adam yang sedang menelaah buku nota warna hitamnya.

Rambut hitam pekat itu jatuh ke dahi. Typical sekolah elit. Kau nak rambut panjang mana,ikut suka kau. Bertudung ataupun tidak terserah.

Aku sekadar merenung Adam yang sedang duduk santai sambil tangan kanan memegang buku yang terbuka. Manakala tangan kirinya menongkat kepalanya. Meja batu menjadi pemisah antara kami. Kemudian,mataku jatuh ke sepasang hazel itu.

Pertama kali bersua mata itu terlebih dahulu menjadi daya tarikan mataku. Tajam dan..

Menenangkan.

Ah!!

Kau dah kenapa jiwang karat dekat pengawas tiang ni?!! Wake up,Wiyah!!!!

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Ekor mataku menangkap Adam yang menutup buku notanya seraya menegakkan badannya. Aku menjatuhkan pandangan semula ke arahnya sebelum aku sedikit tersentak.

Mata itu. Kenapa aku selalu terkejut kalau pandangan mataku bertembung dengan mata hazel itu??

Adam tergelak kecil. Aku mengangkat kening kanan.

"Kenapa kau gelak?" Soalku kasar. Rasa ego tercalar.

"Asal kau tengok aku tadi?"

"Bila masa aku tengok kau? Perasan je lebih!"

"Oh,minion! Kau fikir aku tak perasan kau tengok aku macam aku ni crush kau yang dah lama kau tunggu."

Aku tersedak. Bukan tersedak air kotak. Tapi tersedak air liur sendiri! Dahi aku berkerut menahan pedih. Sakit!

"Eh,kau kenapa?" Adam menghulurkan air mineral miliknya. Aku mengendahkan huluran darinya. Ego punya pasal!

"Kau cakap boleh guna otak tak? Siapa nak crush dengan kau? Eiuww,gelilah!" Aku menayang muka toya. Perih di tekak beransur hilang.

"Kaulah. Siapa lagi?" Adam tersenyum senget. Dia menongkat kepala melihatku. Aku memeluk tubuh. Wajah menyampah aku tayang. Bibir aku jungkit sedikit.

"Aku datang sekolah,bukan untuk bercinta. Apa lagi nak crush crush kat orang. Lagi-lagi dengan kau! Eee,not my style!" Aku menjeling wajahnya. Lambat lagi aku nak crush kat orang.

"Apa-apa je lah!" Adam menjulingkam mata ke atas. Aku buat muka tidak heran.

Tiba-tiba Adam berdiri dan tanpa sepatah kata dia berlalu pergi. Aku mengerutkan dahi. Eh? Marah ke?

Mataku sekadar memerhati langkahnya yang menjauh. Aku mengangkat bahu. Dia nak pergi ke vending machine maybe.

Aku menyandar di bangku batu di bawah pokok pine. Plastik roti gardenia coklat dan air kotak yang berada dalam tong sampah dekat bangku aku renung.

Dia kata aku bertugas hari ini. Tapi sebenarnya dia bawa aku ke sini,siap belikan aku roti dengan air lagi. Dia terangkan aku serba sedikit tentang tugas seorang pengawas Ambergold.

Pelik juga bila memikirkan tugas pengawas kat sini. Pengawas kat sini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi tempat-tempat tertentu.

Di mana tempat yang ada ramai murid rehat dan berkumpul,pasti akan ada sekumpulan pengawas yang mengawasi. Macam di kantin,dewan makan,perpustakaan,dataran-dataran sekolah yang di mana ada bangku dan meja untuk lepak pasti ada pengawas akan berkawal.

Waktu rehat tak perlu menjaga lif dan tangga kecemasan kerana lif dan tangga kecemasan blok kelas pelajar akan dikunci dan lif tidak akan berfungsi.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now