MEJA di bahagian sudut restoran menjadi pilihan kami. Jauh sedikit dari orang. Aku menolak sedikit kaca mata hitam ke atas.
"Ane,order!" Farah menjerit dan ya kami menjadi perhatian. Namun,sikit pun kami tak layan.
"Wiyah,kau amacam kat Ambergold? Ada cerita menarik,tak?" Erika menyoalku. Aku menongkat dagu.
"Dah nak dua bulan aku sekolah situ,dua kali masuk ward."
"Serious,ah?" Shila terkejut seraya menutup mulut menahan tawa dari meletus. Aku tersengih.
"Yalah. Ni pun baru keluar hospital."
"Aih,tak kan Raa dah hilang taring?" Sinis Erika memerli. Aku tergelak kecil.
"Kat sekolah tu,tak kira laki ke perempuan ada je menyempat nak pukul aku. Tak fahamlah,aku!" Aku membuat muka bosan. Wajah Adam,Ramona,Kevin,Selena dan Hazeeq terlayar di benakku.
"Bagi nama penuh orang yang berani angkat tangan kat kau. Biar kitaorang settle." Aulia yang dari tadi menghadap telefon,mula memberikan perhatian. Baru habis kalah game lah tu! AHAHAHAH!
"Hm,aku boleh urus sendiri lagi." Egoku menghalang. Raut wajah tenang aku pamerkan.
"Berapa orang pukul kau sampai masuk hospital?" Shila bernada serius. Asap vape berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
"Sembilan orang? Ke sepuluh? Aku tak ingatlah. Kes satu tu pulak,sebab ada orang pukul curik guna pasu bunga. Korang rase?"
"Jadi,dah settle?"
"Tu dah. Tapi yang kes baru-baru ni,aku belum settle lagi. Aku baru sihat ni." Aku menjawab soalan Farah.
"Siapa ketua diaorang?" Aulia membuka plastik gula-gula getah dan plastik itu dimasukkan ke poket seluar Erika. Akibatnya,kepala Aulia selamat kena lepuk oleh tangan Erika.
"Ada poket sendiri,kan? Letak dalam poket sendirilah!" Plastik gula-gula itu dibuang di atas meja.
"Aku bagi kau buat kenangan. Apalah tak tahu hargai pemberian orang lah kau,ni!" Aulia membela diri dengan alasan tidak munasabah.
"Kenangan acik kau! Tak kuasa aku nak simpan plastik gula-gula. Orang gila aje nak terima plastik gula-gula buat kenangan!"
"Kaulah,orang gila tu!" Farah mencelah seraya ketawa mengekek. Ketawa kami bersatu. Otak kartun,betullah!
"Eleh,kalau aku orang gila. Korang pun orang gila. Orang gila je nak berkawan dengan orang gila!" Sekali lagi ketawa kami terletus. Erika turut sama ketawa mendengar kata-katanya sendiri. Berapa banyak 'orang gila' dah...
"Kau belum jawab lagi soalan aku." Aulia bersuara setelah tawa kami reda. Aku dan yang lain mula serius.
"Hazeeq Nazrul bin Dato' Zulfaqar." Aku membalas. Aulia,Shila,dan Farah terus menatap skrin telefon pintar mereka. Aku menyandar di kepala kerusi. Topi aku buka dan aku letakkan di atas meja. Kemudian,tangan aku masukkan ke dalam poket kanan dan kiri baju.
"Hazeeq Nazrul bin Dato' Zulfaqar. 18 tahun. Kelas 6A-1 di Ambergold Highschool." Farah bersuara sambil menatap skrin. Tidak lama kemudian,Shila pula bersuara.
"Ayah dia merupakan ahli korporat yang mempunyai syarikat perkilangan kayu dan perabot. Merupakan penyumbang terbesar di Ambergold Highschool. Oh,mungkin sebab tu dia berlagak jadi taiko kat sekolah."
"Mak dia pula Datin Hanisah cuma tahu menghabiskan duit laki dia. Ke sana,ke sini dengan kawan-kawan datin dia. Masing-masing berlagak dengan harta yang ada. Aku target mak dialah. Senang aje ni." Aulia tersenyum senget.
"Jap,biar aku hack akaun sosial media dia. Senang nak tahu dia bergerak ke mana-mana." Kata Erika turut menghadap skrin telefon pintarnya. Aku hanya memerhati mereka satu per satu.
"Kan aku dah cakap biar aku urus sendiri." Aku bercakap dengan nada yang mendatar. Riak wajah tidak berperasaan aku tayang. Automatik pergerakan Erika dan yang lain terhenti. Mata mereka terarah kepadaku.
"Hm. Okeylah kalau macam tu." Telefon diletakkan di atas meja.
Aku berdiri dan mula untuk melangkah. Namun Shila menarik lenganku. Aku menoleh.
"Kau ke mana?"
"Tak kan merajuk,kot?"
"Ha'ah chill lah."
Aku tayang muka blur.
"Aku nak ke tandaslah. Nak cuci muka. Ingat aku budak-budak ke nak merajuk-merajuk bagai ni?" Aku menjungkitkan bibir. Erika,Aulia dan Shila terdengih. Farah menongkat kepala dan mata dikatup rapat.
Lenganku dilepaskan. Aku mula membuka langkah. Pada masa dan ketika yang sama,amende aku merepek ni??
Orang yang duduk di belakang aku pun turut berdiri. Tangan kanannya terdapat segelas air panas berasap. Tanpa sempat aku bertindak,air Nescafe O itu dicurahkan kepadaku.
Jeritanku bergema di tengah-tengah kedai mamak itu.
"Sakit! Sakit! Sakit!!!! Arghhhhh!!!" Aku menjerit sambil terlompat-lompat menahan pedih di bahagian depan tubuhku. Mata mula berkaca-kaca.
Melecur! Parutlah nanti badan aku!! Siapa kah yang terlalu sial menjirus aku nescafe o panas ni??!!!
Shila dan yang lain pantas berdiri dan mendapatkanku. Farah maju ke hadapanku. Aku mengangkat wajah untuk melihat gerangan manusia yang berotak udang itu!
"Kau ni tak ada mata ke hah?!!" Farah mencekak baju lelaki bertubuh tinggi lampai itu. Aku terkedu seketika.
Dia..
Mata itu. Senyuman tajam itu. Mataku bertukar gelap.
"Aku tak sukalah bila korang nak babitkan mak aku." Suara tenangnya menerobos masuk ke telinga kami. Suasana kedai makan itu sunyi dan semua mata menyaksikan adegan ini.
Farah mengangkat kening tajam. Erika dan Shila maju ke hadapan. Aulia menarik aku ke tandas. Aku menurut.
"Jadi dialah Hazeeq Nazrul." Aulia bersuara dari luar. Aku di dalam tandas terjerit-jerit menahan pedih apabila badan aku yang melecur terkena air paip.
"Ye. Auch! Sakit,sial!" Carutku tatkala tanpa sengaja kuku aku terkena bahagian yang melecur teruk. Tangan aku bergetar.
Aku memejamkan mata menahan pedih. Tangan aku kepal. Dua kali. Dua kali dia kenakan aku.
"Dia memang cari gaduhlah. Aku tak sabar nak pijak-pijak muka dia! Kau boleh cepat sikit,tak?!" Jerit Aulia dari luar lagi. Pintu ditendang. Berdentum bunyinya.
"Aku tahulah,kau tengah marah. Tapi janganlah tendang pintu ni. Kalau tercabut macam mana?!" Aku menengking dari dalam. Panas hati dia,panas lagi hati aku! Luar dan dalam panas ni! Rasa nak membunuh orang dah ni!
"Cepatlah sikit!" Aku membiarkan amukan Aulia itu. Tak guna punya kawan! Aku pula yang dimarahnya!
Selesai menyapu ubat yang diberikan oleh acik clener,aku menyarung jacket milik Erika yang dia ikat di pinggangnya sebentar tadi. Baju aku yang basah aku masukkan dalam beg kertas.
Pintu aku buka dan Aulia yang duduk bersila bersebelahan sinki terus turun ke lantai.
"Kau okey tak?" Soalnya mengambil beg kertas di tangan aku.
"Belum nak mati lagilah."
"Bagus. Jom." Kami keluar dari tandas. Sempat aku menilik wajah aku di cermin. Nasib tak kena muka!
YOU ARE READING
A Silent Love
Подростковая литератураWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...