ASL ♡ [PART 39]

21 2 0
                                    

PLASTIK roti Gardenia pemberian Ariana dan sandwich pemberian Adam aku buang ke dalam tong sampah. Habis satu botol mineral,aku terus membuang botol yang telah kosong itu.

Selesai makan,aku terus keluar dari klinik sekolah. Naik ke kelas dengan menggunakan lif dan terus mengambil beg. Tidak ada guru dalam kelas,aku dengan tenang keluar dari kelas tanpa mengucapkan sepatah kata.

Mereka pun bukannya nak kisah sangat dengan aku. Setakat soalan 'kau nak ke mana?' Aku biarkan sepi sahaja.

Tempat letak kereta pelajar,aku nampak satu figura lelaki yang sedang duduk di atas sebuah motor berkuasa tinggi. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan vase pengawas disangkut di bahu kiri.

Aku mengecilkan mata. Sepasang hazel itu tajam memerhatikan aku dari jauh. Aku memutarkan bola mata.

Damn it!

Dia buat apa dekat sana? Semaklah! Baru sahaja angin aku nak baik,dah rosak gara-gara Nerdy itu!

Aku memasang wajah tanpa riak. Langkahku kemas dan bersahaja menuju ke kereta milikku. Punat kunci aku tekan. Lantas kereta aku mengeluarkan bunyi.

Aku membuka pintu bahagian pemandu. Beg sandang aku lempar ke kerusi belakang. Baru sahaja aku hendak masuk,terasa nama aku diseru. Oh,bukan nama. Gelaran.

Screw you,Nerdy!

"Hey,minion!"

Aku tidak memberikan sebarang reaksi. Aku pantas melabuhkan duduk di kerusi pemandu lantas menghidupkan enjin. Tangan kanan menarik gagang pintu namun satu tangan lain menahan.

Aku merengus.

Semak!

"Nak apa?!" Aku menyoal dengan nada yang agak tinggi. Terasa darah meruap naik ke bahagian wajah.

Bengang!

Tanpa dijangka,Adam Muhammad bertindak mencempung tubuhku dan dibawa keluar dari perut kereta. Aku terkejut beruk.

"Hey,apa kau buat ni?!" Aku terjerit kecil. Raut wajah aku cuak memandang ke arah lantai. Di mana kaki aku tidak lagi berpijak pada Bumi. Tanganku spontan menarik lengan baju Adam.

"Dah kau degil sangat tak nak dengar cakap aku." Tenang Adam membalas dengan wajah yang menunduk untuk melihat ke arahku. Aku menelan air liur.

Cuak!

Wajah kami terlalu dekat. Adam mengukir senyum nipis. Aku cuba berlagak tenang.

"Kenapa kau senyum? Lepaskan aku sekarang!" Aku mengalihkan wajah ke arah lantai. Adam bergerak mendekati sebuah kereta sport warna merah menyala.

Jelas sekali yang dia buat bodoh dengan aku!

Oh,kau buat bodoh ye..

Aku lantas menarik rambut di bahagian belakang kepala Adam. Dia terdongak dan spontan menjerit kesakitan.

"Aduh! Duh! Duh! Wiyah! Sakitlah!!" Aku mengoyak senyum sinis.

"Lepaskan aku sekarang." Tanganku menarik rambutnya dengan lebih kuat. Kalau tercabut aku tak bertanggungjawab. Ini dah masuk kes culik ni! Tak akan aku nak duduk diam!

Hey,ini Raa lah. Silap besar kau nak main-main dengan aku.

"Arghh! Argh! Rambut! Rambut!" Wajah Adam terdongak ke atas. Roman wajahnya mula memerah. Aku sekadar tersenyum sinis.

"Lepaskan aku." Aku mengulang kembali patah perkataan itu. Tapi nampaknya Adam tidak terkesan langsung. Dia tergelak kecil. Aku mengangkat kening kanan setajam yang mungkin.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now