ASL ♡ [PART 14]

37 3 0
                                    

AKU menguap kebosanan apabila dari tadi barisan ini tak gerak-gerak. Apa kes orang depan ni? Rasa macam dah 10 minit dia ambil untuk membeli makanan. Dia ni membeli ke memasak? Bingit telinga aku mendengar jeritan-jeriran nyaring budak-budak yang lain.

"Hoi,cepatlah sikit! Orang lain pun nak makan juga!"

"Kenapa tak gerak ni? Beli apa lama sangat ni?!"

Ya,antara jeritan sumbang yang telinga aku terpaksa mendengar. Ada juga makan tapak kasut ni kang! Menjerit macam nak terkeluar anak tekak. Dah lah suara macam katak!

Aku meninjau ke hadapan dalam keadaan badan aku merengkan 80º. Kalau nak menjengket memang tak lah aku nak nampak. Tengok kakilah!

"Sabarlah! Aku banyak nak kena beli ni." Jawab seorang pelajar perempuan yang berada di hadapan. Aku mengerutkan dahi. Dapat aku lihat pelbagai makanan yang ada di meja kaunter kafe. Semua tu dia nak makan ke? Air sampai enam gelas. Semua besar-besar pula tu.

"Kau nak bawa macam mana ni? Tangan kau bukan ada 10." Tegur seorang pelajar perempuan yang ada di belakangnya.

"Ulang alik lah." Laju dia menjawab. Pelajar itu keluar dari barisan dan barisan pun mulai bergerak. Aku masih setia memerhati. Dia menghantar makanan yang dia beli tadi ke meja yang berada di tengah-tengah kafe. Tingkahnya laju dan tergopoh-gapah.

Mataku mengikut langkahnya. Sampai di meja tersebut, tahulah aku bahawa pelajar perempuan itu adalah mangsa buli. Siapa pembulinya? Selena dan rakan-rakannya. Mereka siap bergelak ketawa dan sempat memarahi pelajar perempuan tadi kerana lambat.

Pada pemerhatian aku,bukan pelajar perempuan sahaja,malah pelajar lelaki juga ada yang menjadi kuli untuk membeli makanan si pembuli. Bukan seorang dua,tapi rata-rata setiap kumpulan pembuli ada kuli mereka sendiri.

Ambergold bukan macam Henry Gurney. Malah,sekolah elit ini lebih teruk. Kes buli seperti makanan mereka. Setiap hari ada sahaja mata aku menjamah beberapa orang murid dibelasah oleh sekumpulan pembuli. Murid yang lain pula hanya membiarkannya sahaja tanpa ada niat untuk membantu.

Termasuk aku. Aku malas nak tunjuk hero. Malas nak ada masalah. Jadi kalau ada yang kena buli,aku biar sahaja. Asalkan aku tidak diganggu. Aku okey.

Tiba-tiba terasa bahu aku dicuit oleh seseorang. Aku menoleh. Seorang gadis yang lebih kurang sama tinggi dengan aku tersenyum manis ke arahku. Aku senyum kekok. Apehal senyum macam tu dengan aku? Seram tho!

"Awak nama Rabiatul Adawiyah dari kelas 5A-5 kan?" Pelajar perempuan itu menyoal. Aku mengerling tag nama yang dipin pada tudung sekolahnya. Jessica Lee.

"Ya. Kenapa? Mana kau tau nama aku?" Aku menyoal kembali. Tak naklah guna 'awak-saya' ni. Macam lain je lidah aku menyebutnya.

"Siapa sahaja tak kenal Raa. Satu sekolah dah kenal kak." Jawab Jessica tersenyum segaris. Aku mengangkat bahu.

"Pengetua nak jumpa akak kat bilik dia sekarang." Ah,sudah! Sampai hantar orang nak jumpa aku? Boleh aku agak siapa perempuan ini. Kevin Lee. Jessica Lee. Nama pengetua Ambergold William Harith Lee.

"Nantilah. Sekarang aku nak makan. Sibuk ajelah!" Balasku memutarkan bebola mata tanda menyampah. Aku peduli apa kalau budak ni nak koyak.

"Kat bilik pengetua tu pun ada makanan kak. Lagi sedap dari kat kafe ni." Balas Jessica. Aku memandang mukanya. Seriously?

Jessica mengangguk seraya tersenyum manis. Aku berfikir sejenak. Jimat duit poket aku.

"Shall we?" Aku mengangkat bahu lalu keluar dari barisan. Langkah kaki aku mengikut derap kaki Jessica. Santai aku berjalan dengan Jessica di sisi sebelum langkah kami terhenti. Oh,tidak. Pembetulan,dihalang oleh beberapa orang pelajar lelaki. Aku dan Jessica mendongak.

Seorang pelajar lelaki memasang wajah ketat sambil matanya menikam wajahku dan kemudian Jessica. Aku mengangkat kening. Ada orang nak cuba buli aku lagi ke ni? Oh,please! Aku penat lah asyik-asyik masalah datang. Boleh tak biar sahaja aku seorang diri? Kenapa semua murid kat sekolah ni nak acah jadi taiko? Bila tahu aku murid bekas HG,macam aku ni jadi target di sekolah ini.

"Raa.." Aku mengerling tag namanya. Faris Helmi. Tangannya naik mencapai tag nama aku.

"Rabiatul Adawiyah. What a beautiful name you had. Same as your face. But wild and dangerous. Kau nak jadi girlfriend aku?" Aku terkebil-kebil. Rasa nak muntah pelangi berbaldi-baldi. Aku menjungkit bibir. Ketiga lagi rakan Faris gelak tak ingat dunia. Sama sepertiku yang seakan tidak percaya apa sahaja yang baru keluar dari mulut lelaki itu.

Gila!

Aku menjeling Faris dan menarik tangan Jessica untuk beredar dari situ. Namun,belum sempat aku melangkah terasa lengan kiri aku dicengkam oleh seseorang. Pantas aku mengangkat wajah melihat pelaku tersebut.

"Chill. Aku main-main sahaja. Janganlah marah." Faris bersuara lalu melepaskan lenganku. Aku menjelingnya sekali lagi lalu melangkah pergi dari situ.

Buang masa aku sahaja!

Sampai di blok Ambergold 1,aku mengikut langkah Jessica untuk bergerak ke lif. Bilik pengetua terletak di tingkat atas sekali. Tingkat tujuh. Hanya bilik pengetua yang terdapat di tingkat tersebut. Bayangkan sendiri macam mana besarnya bilik pengetua sekolah ini.

Sampai di tingkat tujuh,pintu lif terbuka dan tanpa ada lorong atau pintu,kelihatan satu meja yang berdekatan dengan pintu lif. Seorang wanita duduk di situ. Berdekatan meja wanita itu,ada sebuah pintu yang diperbuat dari kayu jati nama pengetua Ambergold itu terukir pada bahagian atas pintu itu.

"Sir William ada kak?" Soal Jessica tatkala kami sudah keluar dari perut lif. Wanita itu mendongak dan dia tersenyum manis ke arah kami berdua. Aku sekadar senyum nipis dengan wajah tidak berperasaan.

"Ada,masuklah Jessi." Jawab wanita itu. Jessica mengangguk seraya tersenyum manis. Dia melangkah ke arah pintu yang boleh tahan besar itu lalu memulas tombolnya. Tanpa sebarang ketukan atau salam dia menerobos masuk ke dalam. Aku pun tumpang sekaki.

"Hello!" Jerit Jessica seraya mengetuk pintu sejurus sahaja pintu bilik pengetua tersebut dibuka luas olehnya. Aku mengulum senyum. Mentang-mentang sekolah ni bapa dia yang punya.

"Oh,Jessi! How many times that I've told you to knock out the door before you come in?!" Kelihatan Sir William sedang berdiri di hadapan salah satu rak yang terdapat pelbagai bentuk,saiz dan warna fail. Tangannya juga menyelak fail warna coklat.

"Ops! Sorry,sir. I'm ain't  remember that. Look who's here!" Balas Jessica seraya menghalakan tangannya ke arahku dengan penuh keterujaan.

Erk,aku mula ragu-ragu dengan kewarasan budak ni. Kenapa gila semacam sahaja?

"Wiyah! Finally!" Aku terkebil-kebil. What the hell is wrong here?!

Aku memandang Sir William dan Jessica silih berganti. Rasa tidak sedap hati menjalar ke relung  hati. 

A Silent LoveWhere stories live. Discover now