ASL ♡ [PART 13]

48 4 0
                                    

AKU merebahkan badan ke sofa kemudian memejamkan mata. Aircond yang terpasang sedikit terasa mendamaikan. Aku di mana? Seperti sebelum ini,aku berada di bilik muzik dengan kunci yang masih ada padaku. Aku tidak pulangkan semula. Kunci ini sudah aku jadikan hak milik aku.

Aku bukan ponteng kelas tapi aku dihalau keluar dari kelas. Madame Liu Xi nampaknya dah benci tengok muka aku. Eleh! Ingat aku heran sangat dia halau aku? Aku dengan sukacitanya melangkah keluar dari kelas. Tak hingin aku nak tengok muka dia.

Sepatutnya hari itu aku jumpa dia kan? Selepas aku bergaduh sedikit dengan Adam. Tapi,aku batalkan niat. Mungkin sebab itu kot dia dah benci tengok muka aku. Aku bukannya kisah sangat. Aku lagi suka.

Serius,lepas tahu siapa aku seisi kelas macam membenci aku. Nampaknya bukan macam kelas aku sahaja,satu sekolah ni macam benci dengan aku. Pandangan mereka sarat dengan kebencian. Tapi,aku bukannya kisah sangat. Ingat aku hadap sangat nak berkawan dengan budak-budak kat sekolah ni? Sepuluh bulan sahaja lagi sebelum aku berambus dari sekolah ini.

Tangan aku menyeluk poket baju kurung. Guest what? Fabrik lembut itu aku hidu. Senyuman manis terukir di bibirku. Boleh tahan wangi sabun cuci yang aku guna. Suka pula aku menghidunya. Sulaman AM di bucu sapu tangan itu aku sentuh menggunakan jemari tanganku.

Kenapa aku belum bagi balik? Aku belum jumpa tiang tu sampai hari ini. Ingat aku nak pergi menghadap muka tiang itu semata-mata nak bagi benda ni? Tak kuasa aku! Ya,aku ego. This is me!

Earphone aku pakai dan seperti biasa aku akan mendengar lagu sambil melelapkan mata. Tapi,dalam keadaan separa sedar telinga aku menangkap bunyi tombol kunci yang dipulas dari luar namun terkunci. Aku mencelikkan mata dan siling bilik muzik itu aku pandang. Namun,telinga aku peka dengan bunyi tombol kunci yang dicucuk.

Aku bangun. Bukan kunci dengan aku ke? Pihak sekolah dah buat kunci pendua ke? Rambut aku sanggul tinggi dan tangan aku lincah memakai anak tudung.

Budak muzik ada kelas ke?

KLIK!

Pintu ditolak dari luar dan sepantas kilat kepala aku tutup menggunakan tudung sekolah aku. Tak sempat nak sarung elok-elok. Ibu jari dan jari telunjuk aku menahan kain tudung di bawah dagu. Figura yang membuka pintu bilik muzik aku pandang. Mata aku membulat. Pupil hazel itu melihat aku dengan kening yang terangkat.

Ah,sudah! Baru sebut nama tadi dah muncul. Muncul kat sini pula tu! Aku merengus. Adam membuka sedikit pintu itu dan dia menuju ke arahku. Aku masih statik duduk di atas sofa dengan rasa menyampah. Malasnya aku nak menghadap muka tiang ni.

"Buat apa kat sini?" Adam menyoal sambil melihat aku. Kakinya berdiri tegak di hadapan aku. Tangan kanan memegang buku nota sambil tangan kanan menguak rambut ke belakang. Eleh,fikir handsome? Atuk kau lah!

"Ponteng kelas. Kenapa? Ada masalah?" Jawapan berani mati aku berikan kepada ketua pengawas itu. Ada aku kisah kalau dia nak denda aku? Aku tak kisah sama sekali!

"Ponteng ke,kena halau?" Sinis Adam membalas. Aku menjeling. Sibuk sahaja!

Tanpa menghiraukannya,aku bangun dan tangan kiri memasukkan telefon ke dalam poket baju kurung sekolah. Tangan kanan setia mengepit kain tudung di bawah dagu. Dari ekor mata aku menangkap Adam membuka buku notanya dan pen di tangan menari-nari di atas kertas buku nota warna hitam itu. Aku menjulingkan mata ke atas.

Typical prefect! Sikit-sikit tulis nama. Sikit-sikit tulis nama. Oh,pleaselah! Ingat aku akan terketar lutut bila dia tulis nama aku?

"Jom ikut aku." Aku yang baru hendak melangkah terhenti. Aku mengerutkan dahi. Aku mendongak dan wajah Adam yang berkaca mata aku lihat pelik.

Adam menutup buku notanya dan pen dia selit ke poket bajunya. Dia menunduk untuk melihatku apabila menyedari tiada sebarang balasan dariku.

"Ikut aku jumpa Madame Liu Xi." Aku memutarkan bebola mataku. Kisahnya.. 

"Tak nak." Balasku pendek dan kaki aku atur ke tandas bilik muzik yang terdapat dalam bilik muzik itu. Kat dalam tu ada cermin. If you are a girl,then you know why mirror is always important to me.

"Aku tak suka budak macam kau ni merayau kat sekolah dalam waktu pdp macam ni." Balas Adam berkeras supaya aku ikut dia untuk berjumpa dengan guru Sains kelas aku. Euw! Seumur hidup aku,aku tak pernah nak tayang muka depan cikgu yang dah halau aku dari kelas dia. Orang dah halau,buat apa nak menebal muka jumpa dia lagi? Buang masa aku sahaja!

"Jangan sibuk hal aku boleh tak? Aku menyampahlah tengok muka kau." Kataku sambil riak wajah bosan aku pamerkan.

"Tak boleh. Aku sebagai pengawas Ambergold tak akan benarkan sesiapa pun yang berada di luar kelas semasa waktu pembelajaran. Sedarlah sikit kau tu nak SPM tahun ni. Lagi buat masalah! Ilmu tak berkat baru tahu!" Aku memejamkan mata. Rasa muak yang membuak-buak di dalam hati aku tahan.

Mata aku celik kembali dan pandangan menyampah aku berikan kepadanya. Kulempang juga muka dia ni! Pecah spek mata kau tu nanti!

"Sekarang." Aku mencebik. Aku tidak membalas dan kaki aku langkah ke dalam tandas bilik muzik seraya mengunci pintu.

Pantulan figura aku di cermin aku lihat. Tudung sekolah aku sangkut di bahu. Wajah aku bilas dengan air bersih dan aku kesat menggunakan tisu. Oh,segar aku rasa!

Tudung aku sarung dan aku betulkan rapi. Pastikan tudung tidak berkedut. Tidak ada gelembung di dalam kain tudung bahagian kepala. Lipatan tudung kemas dan cantik. Aku tersenyum sendiri. Siap!

Pintu aku kuak dan aku tutup semula. Aku memusingkan badan dan bilik muzik itu sepi. Aku menghembuskan nafas lega. Adam sudah tiada. Bahagia hidup aku.

Aku bergerak ke sofa yang berada di tepi tingkap bilik muzik itu. Mataku menangkap sehelai kertas yang terselit di celah sofa. Aku menarik dan bait perkataan itu kubaca.

Rehat ni jumpa aku.

Aku mengangkat kening. Kertas itu aku lipat dan aku masukkan ke dalam poket baju kurung. Pengetua Ambergold nak jumpa aku. Ketua pengawas Ambergold ni pun nak jumpa aku.

What is going on here?

Aku mencebik. Jam tangan aku lihat. Dah habis waktu Sains. Masanya untuk masuk kelas semula. Oh,wow! Rajin pula kau masuk kelas balik kan,Wiyah.

Cut the crap!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now