GAGANG telefon aku genggam erat. Nafas yang kencang cuba aku tenangkan. Suara tawa yang bergema di corong telefon itu membuatkan darah aku semakin menyirap.
"Siapa kau?" Otak cuba menyingkap sengala maklumat yang aku kumpulkan selama ini tentang pembunuh mak aku. Atau nama lelaki itu,Kai. Ya,hanya Kai. Asalnya sekadar anak buah.
Dia berusaha untuk membuatkan perhatian ketuanya teralih kepada dirinya. Akhirnya,dia dipilih sebagai pengganti untuk mengetuai kumpulan mereka.
Kai seorang lelaki bujang. Tidak mempunyai keluarga atau saudara mara. Dia hidup atas kemampuam dan kudratnya sendiri. Anak buah dia semua lelaki. Tidak pernah aku nampak malahan seorang gadis pun dalam kalangan anak buah dia.
Tidak pernah pula aku lihat dia berhubung dengan mana-mana manusia berlainan jantina selama aku memerhatikan lelaki itu.
Jadi,siapakah wanita yang gelak tak henti-henti ni? Annoying sia...
"Mana Kai?" Dia gelak lagi!
Oh,kau gelak ya...
"Ketawalah selagi kau mampu. Sebelum aku jumpa kau dan tarik keluar semua usus kau.." Sejurus sahaja aku menuturkan kata-kata itu,wanita itu senyap.
Aku mengoyak senyum sinis. I'll do what I'd said.
"Sebelum kau tarik usus aku,terlebih dahulu aku akan hancurkan badan kawan-kawan kau depan mata kau,Raa.." Dia berkata dengan nada sarkastik.
Aku tergelak kecil.
"Kau nak hancurkan badan kawan-kawan aku?" Berhenti di situ,aku mengerling Erika dan yang lain.
"Good luck,then.."
"Oh,aku rasa kau lupa tentang penembak jitu korang ni." Nafasku tersekat. Aku pantas menoleh ke sekeliling aku. Satu per satu wajah mereka aku pandang. Tidak ada Shila di sini!
"Shila mana?!" Aku menjerit kuat. Jantung aku berdegup kencang.
"Eh,aku ingat dia dah masuk!"
"Too late,little girl. Kau memang boleh tahan hebat. Tapi,kau tak cukup pandai. Kau tak tahu macam mana hidup dalam dunia gelap ini,Raa. Sekali silap,nyawa melayang..." Suaranya meleret. Serentak dengan itu tiga das tembakan dari luar rumah kedengaran.
Aku terkedu. Sekali lagi,tawa wanita itu meletus.
Shit!!
Aku pantas berlari keluar dari ruangan itu. Raut wajah Shila yang sentiasa dingin menyapa mindaku.
Turun ke tingkat bawah,satu pemandangan yang mengerikan menyapa pandanganku. Darah membasahi lantai dan dinding serta mayat yang bergelimpangan.
Ah,aku peduli apa!
Aku terus berlari keluar daripada rumah banglo itu. Anak mataku tajam mencari figura Shila. Tiba-tiba..
BOOM!!!!
Tubuh aku terlempar agak jauh dari tempat aku berdiri.
Tingggg.......
Pandanganku berpinar. Telinga aku berdesing. Dalam keadaan tertiarap aku cuba untuk bangun. Apa dah jadi? Apa yang baru sahaja meletup?
Tingggg......
Sakit. Aku tak boleh dengar apa-apa.
Dalam keadaan kepala yang pening,tubuh yang sakit,telinga yamg berdesing,mata aku yang sedikit terbuka naik memandang langit yang membiru.
Nafas yang agak berat aku lepaskan. Langit yang membiru itu dicemari dengan asap hitam yang sangat tebal. Aku bangun dan menoleh ke belakang.
Mata aku terbeliak. Nafas aku terhenti. Terasa panas yang membahang tatkala haba dari api yang marak itu menyapa tubuhku. Rumah banglo lama itu sedang terbakar!
"FARAH!! AULIA!! ERIKA!!!!" Terasa perit di tekak tatkala aku menjerit kuat memanggil nama-nama mereka. Namun tiada sahutan.
Kesal! Mereka tidak mengikuti langkahku untuk keluar dari rumah!
Mata aku mencari celah untuk masuk ke dalam rumah. Apa yang boleh aku buat?! Api terlalu marak! Mustahil untuk sesiapa pun hidup setelah letupan hebat itu terjadi.
Dalam keadaan api yang marak menjulang,aku berlari ke arah rumah itu. Nafas cuba aku tahan agar tidak menghirup asap kebakaran. Asap lebih berbahaya daripada api. Walau beberapa saat,paru-paru akan terasa sakit.
Larianku terhenti tatkala satu lagi letupan datangnya dari tingkat satu rumah banglo itu meletus. Sekaligus,melempar tubuhku jauh daripada rumah itu.
Tubuh aku dipenuhi luka dan calar. Pedih di tubuh tidak dapat dibandingkan sakit yang maha hebat mencengkam hatiku.
Jelas yang aku sudah diperangkap. Aku terperangkap! Aku telah tertipu! Bodoh!!!
Air mata mengalir jua. Pedih. Sakit. Perit. Sekelip mata sahaja aku kehilangan mereka. Depan mata aku. Aku tidak dapat melindungi mereka.
Tangan aku kepal dan menumbuk-numbuk tanah berkali-kali. Lebam terhasil dan darah segar mengalir keluar dari tangan aku. Namun apalah sangat kesakitan ini kalau hendak dibandingkan rasa sakit di hati?
Zzzz.. Zzz..
Telefon yang berada di saku seluar Jeans bergetar. Pantas tangan aku menarik keluar telefon pintar tersebut.
Tertera nama Shila di skrin telefon. Shila? Shila?!
Aku menjawab panggilan itu lalu berdiri tegak.
"So? Macam mana dengan pertunjukkan bunga api itu? Em,pastilah kurang menarik kan sebab hari masih siang. Tapi,boleh lah kan. At least,aku buktikan apa yang aku cakap." Suara yang sama menyapa telingaku.
Rasa sakit yang maha hebat mencucuk-cucuk hati kecilku. Aku menggigit bibir bawah sehingga hujung lidah aku dapat merasa cecair panas yang mengalir.
"Aku bunuh kau,perempuan.." Aku berkata dengan nada suara yang dalam. Mata aku tajam memerhati rumah yang ranap dijilat api itu tanpa berkelip.
Liur yang terasa payau aku telan dengan susah-payah.
"Kau memang cari nahas dengan aku.." Aku tunduk dan tangan aku kepal dengan kuat.
"Kau bunuh kawan-kawan aku. Aku bunuh siapa sahaja yang ada pertalian darah dengan kau. Kau yang mulakan permainan ini. Aku akan tamatkannya." Pandangan aku bertukar gelap. Tangisan aku mengering di tubir mata.
"Aku buat semua ini,bersebab. Aku tak kisah berapa nyawa yang melayang. Asalkan anak aku selamat!"
"Kau bodoh sebab ikut cakap Kai! Kau tak kenal dia. Sepatutnya kau hanya perlu biarkan dia bunuh kau dan anak kau. Bukan ikut cakap dia! Kau ingat dia akan lepaskan anak kau macam tu sahaja?" Aku meletuskan tawa seperti seorang manusia psiko.
Psiko? Mungkin aku psiko. Ingat aku nak sangat jadi macam ni? Tidak. Tidak sama sekali. Keadaan yang membuatkan aku jadi macam ni.
"Dia kata dia akan lepaskan anak aku,kalau aku bawa kau jumpa dia!! Sekarang aku ada tiga nyawa dengan aku. Aku akan serahkan mereka bertiga kepada Kai. Suka ataupun tidak kau perlu datang berjumpa dengan dia!"
Tiga? Shila ka?
"Kau ingat dia akan lepaskan anak kau macam tu sahaja? Eh,kalau dia mahu dia boleh culik aku bila-bila masa sahaja. Tapi,dia gunakan kau untuk buat aku datang kepada dia. Kau tak terfikir ke dia hanya nak mainkan kau dan nyawa anak kau?!" Wanita itu senyap.
"Bodoh! Kalau betul pun dia akan lepaskan kau. Kau fikir kau akan terlepas dari aku?" Aku tergelak sinis.
"Kau ingat senang-senang aku nak biar kau hidup bebas selepas apa yang kau buat? Kau memang cari nahas..."
Tut. Tut. Tut.
Talian terputus. Aku terus meninggalkan kawasan itu. Berbekalkan rasa amarah dan kebencian yang membuak-buak.
Apa lagi? Siapa lagi?
Sudah tiba masanya aku tamatkan semua ini. Sudah terlalu banyak penderitaan yang lelaki itu berikan kepada aku.
Aku tak nak hilang sesiapa lagi. Cukuplah. Cukuplah! Aku dah muak!
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...