ASL ♡ [PART 26]

26 2 0
                                    

AKU menoleh ke belakang tatkala nama penuhku dijerit lantang dari belakang. Badan aku pusingkan sedikit,tangan kiri memegang tali beg sandang yang aku sangkut di bahu kiri.

Siapakah gerangan yang panggil aku macam nak terkeluar anak tekak ni? Oh,Jessica Lee?

"Akak apa khabar?" Soal Jessica seraya memeluk lengan kananku. Aku meneruskan langkah ke arah lif.

"Okey je. Kau nak apa?" Soalku seraya menekan butang lif. Aku mengerling ke atas pintu lif. Lif tengah naik ke aras tiga. Sudahnya,aku menekan butang ketiga-tiga lif yang bersebelahan itu. Jenuh nak tunggu punya pasal!

"Jalan sama pun,tak boleh?" Tukas Jessica. Aku menjungkit bibir.

"Kelas kau bukan blok A3 ke?" Perliku. Jessica tersengih macam kerang busuk. Blok A2 ini hanya kelas untuk tingkatan lima dan enam sahaja. Manakala,blok A3 untuk tingkatan tiga dan empat. Blok seterusnya untuk tingkatan satu dan dua. Blok A1 pula terletaknya pejabat pentadbiran sekolah.

"Jessi saje je nak lepak kelas akak. Akak kan tak ada kawan." Aku menjeling wajah bujur sirih milik Jessica. Sengihan nakal tersungging di bibirnya.

"Sedapnya mulut kau,kata aku tak ada kawan. Aku pijak juga batang leher kau,ni!" Aku acah-acah marah. Sebaliknya,sedikit pun aku tidak makan hati. Budak ni kan biul sikit.

Jessica ketawa mengekek. Tangannya menampar lembut bahu milik aku. Aku sekadar mengangkat kening kanan ala Ziana Zain. Sah,budak ni dah tak betul.

Lif tengah akhirnya terbuka jua. Pantas aku masuk diikuti Jessica yang masih bersisa tawa halusnya. Pantas aku menekam butang angka lif sebelum ada orang nak masuk. Pintu lif tertutup. Hohoho,ini lif ana yang punya!

"Gurau,je lah! Ganas betul! Sikit-sikit nak wacha orang." Jessica menjelirkan lidah ke arahku. Oh,terlupa pula budak terencat ni!

Aku menayang wajah meluat dan dalam sekejap masa tanganku naik menjentik dahi licin budak tak berapa nak betul,itu.

"Akak,sakitlah!" Adu Jessica dengan wajah cemberutnya. Aku senyum puas.

"Geram betullah aku dengan kau,ni. Kenapa kau nak ikut aku masuk kelas ni? Apa niat kau sebenarnya?" Aku menyoal dengan rasa musykil yang terbuku di dada.

Tak masuk akal lah kalau Jessica Lee,anak pengetua sekolah ini nak lepak dengan aku. Pasti ada niat tersembunyi. Aku bukan nak bersangka buruk. Tapi,dalam ramai-ramai orang kat sekolah elit ini,aku juga yang dipilihnya untuk jalan sama-sama.

Mana kawan dia? Tak akanlah tak ada kawan budak ni. Aku perasan juga orang yang lalu-lalang tadi senyum manis kat dia. Mesti semua orang dalam sekolah ini kenal siapa Jessica Lee.

Bila difiirkan semula,agaklah mencurigakan bila orang yang agak terkenal macam Jessica Lee nak berkawan dengan aku. Pasti ada sebab.

"Tak ada apa-apalah. Betullah aku nak jalan sama dengan kau." Aku diam sejenak. Tiada lagi panggilan kakak. Tiada lagi penggunaan kata ganti nama saya-awak.

Aku mengangkat kening kanan tinggi. Senyum sinis terukir di bibir.

"Apa kau nak dari aku?" Soalku dengan nada serius. Jessica menoleh ke arahku. Bibirnya merekah dengan senyuman manis.

"Nak berkawan dengan Wiyah."

"Tak ada kawan ke?" Wajah Jessica bertukar ketat. Koyak lah tu.

"Tak ada. Semua datang nak nama je." Dia memeluk tubuh. Aku mengangguk kecil. Kisahnya..

"Habis tu,kau fikir aku kawan dengan kau ikhlas?" Soalku spontan. Pintu lif terbuka dan aku keluar dari perut lif. Sempat aku mengerling Jessica yang seperti terkedu dengan soalanku sebentar tadi.

Aku senyum nipis. Tak boleh,Jessi. Aku samseng. Kau anak pengetua. Takut nanti bila aku ada masalah,kau pun kena tempiasnya.

Sampai di kelas,aku segera duduk di meja aku yang terletak di tepi tingkap. Kelas yang asalnya riuh-rendah bertukar sepi apabila aku menunjukkan muka di dalam kelas 5A-5 itu.

Tanpa menghiraukan pandangan dan bisikan mereka,aku menyumbat telinga dengan earpod. Mata aku pejam. Nak tidur kejaplah.

Lagu Be Alright dendangan Justin Bieber lebih menenangkan hati dan perasaan. Apa lagilah agaknya bala aku akan dapat nanti?

Cepatlah habis sekolah. Aku tak kuasa nak stay dalam sekolah ni lama-lama. Buat semak kepala otak sahaja!

TERASA meja aku bergegar hebat dan dihentak oleh sesuatu yang berat. Aku mengerutkan dahi dalam keadaan mata tertutup. Namun,aku masih statik tidak bergerak.

Meja aku dihentak lagi.

Amboi,ni dah lebih! Nak buat meja aku terpatah dua ke apa? Menggangu ketenteraman betullah! Aduh,berat pula rasanya nak mencelikkan mata. Lagu Love Story nyanyian Taylor Swift macam lagu dodoi pula aku dengar.

Romeo,take me..

Somewhere we can be alone..

I'll be waiting..

Tiba-tiba terasa suatu cecair sejuk direnjis tepat ke wajahku. Aku mencelikkan mata dek kerana terkejut. Pantas kepala aku angkat dan tangan meraba-raba tudung. Fuh,lega.

Nasib baik,tak basah. Siapa lah pula main renjis-renjis ni? Ingat ni upacara renjis-merenjis air mawar ke? Aku mengangkat wajah melihat gerangannya.

Oh,bala dah datang. Tanganku menyelit ke dalam tudung untuk membuka earpod.  Wajah bengis Madame Liu Xi aku pandang tanpa riak.

"Nak apa?" Soalku tanpa nada. Semakin menghelang mata sepet itu memanah wajahku. Heh,ingat aku takut? Senyum sinis terukir di bibir.

"Kau,keluar dari kelas aku. Aku tak nak tengok muka kau setiap kali masa aku." Benci sangat cikgu sains ini kat aku. Sampai guna kata ganti nama kau-aku.

"Kau lah yang keluar. Aku nak tidur. Pergi mengajar kat makmal lah. Jangan bising kat sini." Santai aku menjawab seraya meletakkan kepala ke atas lengan semula.

"KURANG AJAR!! KAU,PEMBUNUH!! Kau ingat kau layak nak bercakap macam tu dengan aku? Hei,kau sepatutnya habiskan masa aje dalam Henry Gurney tu. Itu tempat kau,bukan kat sini!!" Aku memejamkan mata. Tangan aku kepal,bibir bawah aku gigit.

Pedih. Bisa. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata,menyesal tidak ada gunanya.

Beginikah etika seorang guru? Dari hari pertama aku bersua muka dengan guru sains ini. Jelas dia menunjukkan kebencian terhadap aku.

Jadi,jangan harap aku pun nak hormat dia kalau dia sendiri tak pernah nak menghormati aku.

"Hoi,aku bercakap dengan kau ni! Kau jangan buat pekak! Pembunuh!!" Aku statik memalingkan muka ke tingkap. Kedengaran,tumit kasut milik guru itu berdenting ke hadapan kelas.

"Kelas,jom ke makmal. Bencilah nak sekelas dengan pembunuh! Let's go."

Aku mencelikkan mata tatkala kelas mulai sepi. Tinggal aku seorang dalam kelas yang besar ini.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now