ASL ♡ [PART 31]

36 2 0
                                    

BARU sahaja aku berniat ingin melangkah turun ke tangga,kelihatan figura Kevin Lee di bawah. Wajahnya tenang namun kepalanya didongak angkuh ke atas. Melihat ke arahku. Aku terhenti seketika.

Dia berpeluk tubuh melihat tepat ke arahku. Aku mengangkat kening kanan. Ada yang tak puas hati ke? Tengok orang macam aku ada terpijak kasut dia!

Wajah cuba aku tenangkan. Tubuh aku pusing. Langkah aku bawa ke pintu kecemasan tingkat dua. Nak lari!

Namun,belum sempat aku nak memulas tombol pintu kecemasan tersebut. Ada tangan lain yang menolak dari sebelah dinding sana. Aku terkedu lagi. Qwinz Selena dan Jessica Lee melepasi pintu kecemasan itu.

Oh,God! What the hell they are doing in here?!

Mata aku melilau ke tangga atas. Itu sahaja jalan yang ada. Tapi,Hazeeq berdiri kat tengah-tengah alam semesta tu macam mana nak lalu?

Yang aku gelabah sangat ni,kenapa? Sejak bila pula aku takut dengan lelaki kurang waras itu?

Wajah cuba aku ketatkan. Aku jalan mendabik dada menuju ke tangga menuju ke tingkat atas. Namun,belum sempat aku menghampiri. Muncul pula Adam Muhammad dari atas.

Now,aku rasa nak terbongkang kat sini! Kenapa semua TA ada kat sini?!

Aku,

Terkepung.

Sudahnya,aku kejung di situ. Tidak ke kanan. Tidak ke kiri. Tidak juga ke belakang. Tidak pula ke hadapan.

Kelihatan dari ekor mata Kevin menaiki anak tangga dengan tangan yang masih berpeluk tubuh. Jessica dan Selena menutup daun pintu dan bersandar di dinding. Adam dengan wajah,

Merah?

Matanya tajam tearah kepadaku. Terasa tembus terus ke belakang. Raut wajahnya tegang. Seperti menahan rasa amarah yang kian memuncak.

Nampak macam nak telan aku hidup-hidup pun ada. Tangan kirinya naik melonggarkan tali leher.

Perlahan langkah kakinya menuruni anak tangga. Berdenting tapak kasut milik lelaki itu tatkala berjumpa dengan lantai.

Langkahnya kemas dan setiap kali bunyi langkah kaki itu sampai ke deriaku,seakan-akan menyentak hatiku. Matanya masih melekat ke arahku.

Aku,seakan-akan terpaku dengan renungan itu. Akal dan ego puas memberontak untuk alihkan pandangan. Namun,hati berdegil untuk terus hanyut dengan renungan itu.

Apa yang jadi dengan aku,ni?

Tap! Tap! Tap!

Aku mendongak. Dia berdiri tegak di hadapanku. Nafasnya tenang. Namun matanya tajam. Aku berdecit.

"Nak apa?" Soalku tanpa nada. Cuba untuk menahan rasa gemuruh di hati. Aku memang dah gila!

"Nak kau."

Nafasku terhenti. Anak mataku membulat melihat wajah nerdy di hadapanku ini. What?! Aku silap dengar ke?

Sejenak,dia mengukir senyum senget. Aku tersedar. Tak guna,terkena aku! 

"Minion,okey?"  Aku memasang wajah ketat. Ada juga aku pecahkan kaca mata orang ni,kang! Tiang sesat betul!

"Nak mati ke?" Ugutku. Adam tergelak. Aku menjungkit bibir. Aku ada buat lawak ke?

Dengan tawa yang bersisa,Adam berpusing dan menghampiri Hazeeq. Tangannya menepuk bahu Hazeeq. Serta-merta leher Faris dilepas. Automatik Faris jatuh menyembah Bumi.

Dia tercungap-cungap dan wajahnya bermandikan peluh. Takut sangat ke?

Aku senyum sinis.

Tadi bukan main berlagak!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now