ASL ♡ [PART 40]

25 2 0
                                    

SEPANJANG perjalanan menuju ke tempat yang aku sendiri tidak tahu,aku hanya diam. Berlagak tenang seolah-olah aku tidak gentar sedikit pun. Walhal dalam hati dah merancang pelbagai strategi untuk melarikan diri.

Aku tak suka macam ni. Dipaksa untuk melakukan sesuatu yang aku tidak suka. Dipaksa. Ah tidak. Aku diculik!

Aku menjeling tajam Adam yang berada di sebelah. Sedikit pun dia tidak bersuara. Sepi. Radio pun tak dipasangnya. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin dalam ruang kereta itu.

Agaknya kalau aku pecahkan cermin kereta ni dan melompat keluar dari kereta,aku boleh hidup lagi tak? Heh! Gila punya idea! Tu bunuh diri namanya.

Ego punya pasal,aku mengunci mulut serapat yang mungkin. Tak ada hal aku nak bincangkan dengan lelaki acah ketua ni. Semua benda nak kena ikut cakap dia.

Kau fikir kau siapa nak paksa aku?! Tak guna! Kau tunggu aku balas.

"Tak baik kutuk orang dalam hati." Adam tiba-tiba bersuara. Aku menoleh dengan riak wajah yang jengkel. Kening kanan aku angkat. Sebelum aku melepaskan tawa sinis.

"Kau nak perli aku? Jangan buat aku ketawa." Balasku bersama tawa yang dibuat-buat. Namun tenang sahaja riak wajah lelaki itu. Aku mengetap bibir.

Dah kenapa aku pula yang sakit hati?!

"Eh,terasa ke?"

"Kenapa? Setelah apa yang kau buat,aku tak boleh nak kutuk kau? Fikirlah sikit sebelum cakap. Ceh,bajet bagus! Kau fikir kau siapa nak buat aku macam ni?!" Terluah juga amarah yang aku pendam dari tadi. Memang aku rasa nak meletup dah ni.

"Cakap jangan ikut sedap mulut sahaja. Lagipun,aku tak culik kau. Awal-awal lagi aku dah minta izin dengan ayah kau. Jadi,bertenanglah sikit. Jangan cakap seolah-olah kau tahu semuanya." Entah kenapa setiap balasan kata yang keluar dari mulut Adam,cukup untuk menyentak tangkai hatiku.

Namun jangan haraplah aku nak mengalah. Tak akan aku biarkan lelaki mata empat ini menang!

"Oh,jadi kau nak aku diam sahaja. Ikut semua yang kau suruh. Buat semua yang kau mahu. Umpama lembu kena cucuk hidung. Macam tu?!" Suaraku naik seoktaf. Adam memejam mata seketika. Aku merengus seraya memeluk tubuh. Pandangan aku lemparkan keluar tingkap.

"Tak adalah sampai macam tu. Boleh tak duduk diam kat situ? Kau ingat aku nak buat benda tak baik ke dengan kau?" Adam cuba berlembut pula. Aku menjungkit bibir tanda menyampah.

Benci sungguh aku dengan perbuatan lelaki ini. Kerja nak menyakitkan hati aku sahaja. Sibuk dengan hal aku. Sibuk nak tayang muka depan aku. Sibuk nak paksa aku macam-macam.

Kalaulah aku boleh tikam lelaki ini 100 kali. Dah lama aku buat. Biar koyak rabak,berkecai badan terus! Kau tunggu sahaja masa kau.

Kereta Adam memasuki kawasan pedalaman. Kiri dan kanan dipenuhi hutan. Aku memandang kiri dan kanan. Ke mana ni?

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut aku. Adam mengerling aku seketika.

"Tak ingat ke jalan ni?" Soalan berbalas semula dengan soalan. Aku mengerutkan dahi.

"Buat apa aku nak ingat jalan ni? Tak pernah aku lalu sini."

Aku pelik. Biarpun kawasan hutan. Tapi jalan yang kami lalui diperbuat daripada jalan asfalt. Seakan-akan tempat ini direka oleh seseorang.

Dari jauh,aku dapat melihat pondok pengawal yang berada di sebelah kanan jalan. Pagar tinggi dan berduri tegap berdiri di hadapan. Kereta Adam berhenti.

"Tempat apa ni?" Aku keluar dari kereta.

Adam turut keluar lalu berdiri di sampingku. Kami sama-sama melihat ke arah sebuah tembok besar dan tinggi berbentuk bulat. Tembok itu dilindungi oleh pagar besi tinggi yang berduri.

Penjara ke? Besar bulatan tembok tersebut tidak terjangkau dek mata. Tinggi dan nampak gah. Kawasan ini kawasan terpencil dan jauh daripada kawasan bandar dan perkampungan.

Seorang lelaki beruniform hijau lumut keluar dari pondok pengawal. Kakinya kemas diatur ke arah kami.

"Tak ingat tempat ni?" Adam menyoal. Aku mendongak. Soalan yang aku tidak dapat menjawabnya.

Tempat ni,familiar.

Mataku melilau ke arah dalam pagar. Tembok itu dibina menggunakan bahan yang berkualiti. Gabungan warna hitam dan kelabu terang. Aku yakin sangat susah untuk dihancurkan. Kamera pengawasan cctv terdapat di segenap ruang tembok itu. Bergerak ke kiri dan ke kanan.

Bait huruf yang terpampang besar di bahagian atas tembok itu cukup mengejutkan aku. Pelbagai persoalan mula muncul.

AMBERGOLD ARMY CAMP.

Ambergold. Ambergold. Ambergold?!!

Are you fucking serious?!! Betul ke apa yang aku baca itu?!

Ambergold? Why Ambergold?! No,I mean. What is going on here?!!!

Mataku jatuh ke arah pintu masuk utama tembok itu. Tertutup rapat. Tidak ada seorang pun yang berada di luar kecuali lelaki yang baru sahaja sampai di hadapan kami ini.

"Selamat datang,Tuan Muda." Gembira sahaja wajahnya menyapa Adam. Adam turut tersenyum manis. Aku terkebil-kebil. Tak pernah aku nampak senyuman itu.

Mereka bersalaman lantas berpelukan. Aku sekadar memerhati. Nampak gaya macam dah lama tak jumpa.

"Tuan Muda apa khabar? Lama tidak bertandang. Sibuk benar gamaknya."

Ek? Aku membuat muka toya. Formalnya bahasa!

"Khabar baik. Kau pula macam mana? Biasalah,bila banyak sangat kerja nak kena diselesaikan di Ambergold tu. Tambahan pula,nak kena tunggu Cik Muda ni bersedia baru nak kena bawa dia ke sini." Aku terpinga-pinga. Mata mereka jatuh ke arahku.

"No way. She is.. Adawiyah?" Lelaki itu menutup mulut. Matanya terbeliak melihat ke arahku. Terkejut benar nampak aku kat situ.

Oh,kau baru perasan ke aku kat sini? Ingat aku ni tunggul ke apa?

Adam tersenyum nipis.

"Yeah,she is." Aku mendongak ke arah Adam.

"Wait. Wait. Aku tak faham. Apa ni? Apa semua ni?" Tangan aku terawang-awang ke udara. Aku turut menunjukkan ke arah tembok tersebut. Lebih tepatnya,bait-bait huruf tersebut.

AMBERGOLD ARMY CAMP.

Seriously? Aku tak faham satu apa pun. Kepala aku ting tong! Kem tentera? Apa? Dunia nak berperang ke apa?

"Dia.. Tak ingat apa-apa? Cik Muda? Tak ingat saya?" Lelaki itu mendekati aku. Aku mundur beberapa tapak.

"Jangan dekat." Dia berhenti. Raut wajahnya kecewa. Aku semakin blur.

"Adam,apa semua ni?" Adam tunduk melihat ke arahku. Dia mengukir senyum kelat.

Tangannya jatuh ke bahu kiriku. Aku pelik. Namun tidak pula aku menolak. Dia seperti ingin menenangkan aku.

"Aku nak tolong kau,dapatkan kembali memori kau." Dan aku,

Tergamam.

Adam senyum segaris.

Memori

Aku?

Pintu masuk utama tembok Ambergold Army Camp,aku pandang.

Tempat ini,memori aku?

A Silent LoveWhere stories live. Discover now