ASL ♡ [PART 5]

42 4 0
                                    

TING!!

Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tapi itu tetap tidak dapat mencuri perhatian aku yang dari tadi lagi sibuk menelaah siling. Siling warna hitam dalam bilik aku itu aku pandang tajam.

Apa aku nak buat? Nak tangkap dia lepas tu buang kat Tasik Chini? Eh,tak boleh pakai sangat idea mengarut aku ni. Culik dia dan bawa dia mengembara dalam hutan belantara lepas itu tinggalkan dia tengah-tengah hutan itu sendiri. Eh,nanti aku yang menangis sesat mencari jalan pulang nanti! Hm..

Jari-jemari halus aku bawa ke dagu dan mula mengusap kecil dagu sambil otak masih cuba merangka idea terboek punya untuk kenakan pengawas tiang itu kembali. Mana boleh aku biarkan dia lepas apa dia dah buat pada aku. Hutang budi,boleh dibayar. Hutang nyawa,dibawa mati tahu! Eh,macam salah sahaja peribahasa aku ni? Lantak engkolah!

Tiba-tiba pintu bilik aku dikuak oleh seseorang dari luar dengan wajah tidak malunya menceroboh bilik orang dan terus duduk di atas katil orang. Siapa lagi yang berani terjah bilik aku dan buat macam bilik sendiri kalau bukan Ariana. Samseng Kak Leya,dia masih tidak berani mengganggu ruang privasi ku ini sebab dia tahu macam mana gayanya bila aku mengamuk. Tapi,adakah seketul Ariana ini akan kisah? Care,my foot!

"Apa?" Aku menyoal dengan nada suara yang sangat malas. Mata aku pejamkan dan tangan aku letakkan atas dahi. Terasa Ariana berbaring di tepiku dan turut memandang ke arah siling yang sama.

"Aku rasa,aku dah jatuh cintalah." Mataku yang asalnya kuyu bertukar segar-bugar tatkala mendengar kenyataan yang keluar dari mulut mungil Ariana.

"Pfftt! Cinta? Hei,orang jatuh cinta bukan kat sini tempatnya. Tu,kat rumah tok kadi sana. Kalau orang nak cara-cara mempertahankan diri dari segi mental dan fizikal,sekelip mata sahaja aku boleh tolong." Angkuh aku berkata sambil tersenyum tajam. Ariana mengerlingku sejenak lalu menggelengkan kepala.

"Payah nak cakap dengan orang hati kering dengan kau ni lah. Bila dah kena kat batang hidung sendiri,baru kau tahu rasanya jatuh cinta." Balas Ariana lembut namun tegas. Aku tergelak sinis.

"Cinta,my foot! Ini Adawiyah lah. Mana akan terlibat dengan perkara cinta-cinta monyet ni. Huh,nonsense!" Kataku seraya ketawa mengekek. Gelilah cakap pasal cinta ni. Dah macam budak sekolah perempuan yang tiada benda nak dibuat akhirnya bercerita tentang lelaki yang belum tentu pandang dia pun.

Eh,hello girls! Kau ingat lelaki yang kau dambakan sangat itu ada masa nak fikirkan pasal kau? Diaorang lebih ada masa talk about games,sports,and so on. Paling penting dia tak ada masa nak fikirkan pasal kau. Aku hairan betullah kenapa ramai perempuan kat luar sana boleh dengan mudah mengalirkan air mata untuk insan bergelar ajnabi yang tidak ada hubungan sah dengan dia? Berapa ramai yang sanggup berikan segalanya untuk lelaki atas dasar yang dinamakan 'cinta'?

Kalau dia cinta,dia beranikan diri salam tangan wali kau dan ambil kau secara sah. Itu baru gentlemen! Bukannya pegang tangan kau,hirit kau ke sana ke mari macam orang tak ada hala tuju. Itu bukan gentlemen,itu FAKE! Why aku macam benci sangat dengan 'cinta' ni? Bukan setakat benci tahu,aku anti sebab bukan sekali dua aku dengar kes kawan-kawan aku kena tinggal dengan boyfriend. Malah berkali-kali dan aku dah naik lali dah mendengarnta. To me,it is useless to crying over a guy. You are a girl. Act like a girl. Rule your own kingdom. Don't let your crown down. Walk like a queen or walk like you don't even care who is the queen.

"Wiyah,one day. Bila kau rasa apa yang aku rasa. Aku sure kau sendiri akan mengaku depan aku,kau dah jatuh cinta. At that time,aku akan ulang balik apa yang kau cakap ni dekat depan muka kau semula. Kau pun manusia. Allah maha membolak-balikkan hati manusia. Mungkin hati kau akan tergerak untuk menginginkan seseorang lepas ni. Who knows?" Kata Ariana seraya tersenyum tajam. Aku menjungkit bibir dan menguap bosan.

"Aku bencilah cakap pasal benda ni. Bukan style aku,tahu tak." Balasku lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa mata ku mulai memberat kerana dikuasai kantuk yang semakin merasukiku. Amboi,entah apa yang merasukiku sehingga bercakap sedemikian rupa! Serius sangat dah ni tahap mengantuk aku ni.

"Hm. Aku nak bagitahu kau. Aku ada admire kat seseorang ini. Tak tahulah bila dan macam mana. Tapi..." Aku mulai menarik sauh dan bersiap sedia untuk berlayar ke alam mimpi. Suara lembut Ariana semakin sayup-sayup di pendengaranku dan akhirnya semuanya senyap. Aku terlena bila Ariana sibuk bercerita tentang crush dia. Malam itu,bermulalah layanan Ariana terhadap aku semakin lama semakin berubah.

Walaupun pada hakikatnya,Ariana masih bersikap normal terhadapku dan prihatin seperti biasa tapi seakan-akan hati kecilku menidakkan kenyataan tersebut. Atau mungkin,hanya perasaanku sahaja?

Esok paginya.

"Morning!" Jeritku riang bersama senyuman lebar di ruang meja makan. Ayah aku dekati dan mencium pipinya dengan penuh kasih. Ayah tersenyum senang dan mengusap kepalaku yang tersarung tudung sekolah warna putih. Aku mengambil duduk dan Kak Leya sampai dari dapur dengan segelas susu. Aku menyambut.

"Kenapa tak pergi sekolah sekali dengan Ariana?" Soal ayah seraya mencicip kopi-o panas miliknya. Tegukan ku terhenti dan otak ligat berfikir.

"Mana Ariana?" Soalku semula. Ayah mengerutkan dahi.

"Dia dah pergi sekolah. Tiga minit sebelum kamu turun. Dia kata kamu yang suruh dia pergi dulu." Jawab ayah sambil merenung mataku tajam. Walaupun banyak perbezaan antara aku dan Ariana,tidak pernah sekali ayah bersikap pilih kasih. Malah,aku lebih rapat dengan ayah berbanding dengan Ariana yang lebih gemar menghabiskan masa dalam bilik untuk belajar. Ergh,kalau akulah. Dah lama jadi gila!

Kat sekolah hadap buku,kat rumah hadap buku. Sekali-sekala perlulah ada rehat sedikit. Boring betul jadi Ariana ni. Typical budak sains tulen. #jangankecam (sist memang anti dengan budak sains tulen. Why? Tak sekufu nak jadikan member.)

Aku meneguk susu semula sambil sel-sel otakku mula berhubung antara satu sama lain. Ariana gerak dulu sebelum aku? Siap jual nama aku,kata aku suruh gerak dulu. Apa semua ni? Ariana yang aku kenal bukan macam ini.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now