ASL ♡ [ PART 27]

24 2 0
                                    

KRINGG!!!

Yes! Akhirnya loceng rehat yang aku tunggu-tunggu telah berbunyi..

Lima orang pengawas 5A-5 termasuk aku,mula meminta diri untuk keluar kelas lebih awal dari pelajar lain. Botol air aku pegang menggunakan tangan kanan. Langkah,aku susun kemas menuju ke tangga kecemasan memandangkan aku malas nak naik lif.

Sesak! Macam-macam tinggi dan bau bila berkumpul ramai-ramai dalam lif. Dah lah kaki aku ni tak berapa nak panjang! Tenggelam tahu tak,bila berdiri dengan orang tinggi-tinggi!

Pintu tangga kecemasan aku buka,dan aku melangkah menuruni tangga. Sampai ke tingkat dua,mata aku dicemari dengan satu perbuatan kotor yang dilakukan oleh pelajar perempuan dan lelaki tingkatan enam.

Pantas aku berpusing. Tak guna! Diaorang ni datang sekolah nak belajar ke nak buat maksiat?!

Bunyi-bunyian sumbang itu semakin membuatkan darah aku menyirap.

"Korang ni,kalau nak buat maksiat jangan kat sekolah! Sekolah ni tempat belajar!" Sengaja aku kuatkan suara aku supaya orang-orang di bawah itu mendengarnya. Bunyian sumbang itu tidak kedengaran lagi.

Bagus!

Aku berpusing dan aik?

Hilang terus! Eleh! Masa buat tak ingat dunia. Bila kantoi,tahu malu. Eee.. Jijik sungguh aku dengan perbuatan dua orang manusia itu sebentar tadi. Saling berkongsi nafas dengan mata tertutup. Euiw! Tak takut dosa ke?!

Malas nak ingat benda yang menggelikan itu,aku menuruni tangga untuk ke kafe. Memang murid sekolah ni,tak suka guna tangga ke? Tak ada pula aku terserempak dengan siapa-siapa setiap kali aku menggunakan tangga. Kecuali dua orang lovebird tadi tu lah. Eeee.. jijik !

Sekali-sekala gunalah tangga. Exercise sikit. Ini guna lif aje. Tak faham betullah! Kadang,sanggup bersesak-sesak dalam lif. Eih! Aku tak suka bersesak. Aku tak suka badan aku terlanggar atau bersentuh dengan badan orang lain. Nak sentuh aku,perlu ada keizinan aku.

"Cappucino ais lebih dan nasi goreng kampung. Panggil Raa." Laju aku memesan juadah yang perut aku inginkan sewaktu sampai ke kafe.

Haaa... jangan main-main. Kantin di sekolah ini macam restauran tau. Boleh pesan apa sahaja yang kau nak. Masakan barat dan masakan kampung. Cakap sahaja. Tukang masak pun aku tengok lebih kurang 5-10 orang. Sebab itu lah,dipanggil kafe.

Sesiapa yang memesan hidangan perlu beritahu nama supaya bila makanan dan air dah siap,nama akan dijerit selepas loceng di atas meja kaunter itu dibunyikan. Alah,macam loceng untuk memanggil receptionist hotel dalam cerita Mr.Bean tu..

"Alright. Siap dalam masa lima minit lagi. Sila tunggu ya." Aku mengangguk dan bergerak ke meja yang memuatkan dua orang sahaja di sudut kafe. Earpod aku sumbat ke telinga kanan. Nanti sumbat dua-dua belah tak dengar pula nama aku dipanggil.

Seperti biasa,lagu barat sentiasa menjadi pilihan aku. Seize The Day lagu yang dihasilkan oleh Avenged Sevenfold kedengaran.

Selesai memainkan lagu,telefon aku letak di atas permukaan meja. Aku menongkat dagu menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan berada di atas meja. Jari-jemari halus aku mengetuk-ngetuk meja memainkan iramanya yang tersendiri.

Aku meliarkan pandangan ke segenap ruang kafe yang agak lengang. Memandangkan hanya pengawas sahaja yang keluar lebih awal dari pelajar biasa. Mereka ada yang berkelompok duduk di meja yang boleh memuatkan lima hingga ke sepuluh orang. Ada yang duduk di meja yang hanya memuatkan lima hingga ke enam orang.

Ada juga yang duduk di meja yang memuatkan dua orang seperti aku. Bezanya mereka berpasangan. Aku hanya duduk sendiri.

Kadang apabila mata aku bertembung dengan mereka yang lain. Senyum manis terukir untuk aku. Ya,pengawas di sekolah ini mula mesra dengan aku sejak aku memegang jawatan Co-headprefect sekolah.

Well,sekurang-kurangnya mereka profesional tak melibatkan urusan peribadi dalam melakukan tugas. Mudah sikit aku nak bertugas di sekolah ini.

Tiba-tiba pemandangan aku dicemari dengan kehadiran dua orang lelaki yang tanpa segan-silu duduk di hadapan aku. Seorang dari mereka menarik kerusi meja sebelah memandangkan meja yang aku duduk ni hanya ada dua kerusi.

Aku terpinga-pinga. Sorang ni ya ada kemungkinan boleh menyibuk depan aku sebab dia pun pengawas. Tapi yang sorang lagi ni macam mana boleh terlepas keluar dari kelas pula? Dan kenapa diaorang berdua? Kawan ke?

"Minion tak makan ke?" Soal budak nerd depan aku ni. Aku menjeling tajam. Tak guna! Tak boleh ke jangan panggil minion? Panggil Doraemon ke,Pikachu ke comel sikit! Erk?

"Buat apa menyemak kat sini? Dan kau,kenapa ada kat sini?" Aku menala jari telunjuk ke arah Kevin Lee yang duduk di tepi Adam. Nerdy.

Kevin terkebil-kebil seraya menguak rambutnya ke belakang.

"Aku nak makanlah. Soalan apa kau tanya ni?" Kevin menjulingkan mata ke atas. Aku mendengus kecil. Aku rasa soalan aku wajar,sebab dia ni bukan pengawas. Tengok uniform pun pelajar biasa je. Tapi seluar dia warna hijau lumut. Aku mulai sangsi apa jawatan budak mata kelabu ni.

"Oi,minion! Kau tak jawab soalan aku?" Adam bersuara lagi. Aku menghantar pandangan bengis ke arahnya.

"Boleh tak stop panggil aku minion? Kau ni nak apa sebenarnya? Kenapa duduk kat sini? Kenapa sorang ni pun nak menyemak kat sini? Kenapa satu hari tak nampak muka kau,tak boleh?!" Aku memeluk tubuh dan bersandar ke kepala kerusi. Keluhan kasar aku lepas dan mata aku menghelang memandang Adam dan Kevin silih-berganti.

"Hello! Aku ketua pelajar. Pangkat aku lebih tinggi dari engkorang semua. Suka hati akulah nak duduk kat mana pun. Ini kan sekolah bapa aku!" Kevin mempertahankan diri. Aku buat tak dengar. Rupanya anak cina ini ketua pelajar. Hm..

"And one more thing,smurf. Adam ni sahabat aku. Janganlah marah-marah dia macam kau ada dendam kehidupan lalu dengan dia. Cubalah bincang elok-elok." Sambung Kevin lagi. Aku terpinga-pinga.

Apa benda yang dia mengarut nak mampus ni? Dendam kehidupan lalu? Benda tak masuk akal betullah! But wait,what did he called me just now?

Smurf.

Ya Allah,kau kuatkanlah iman aku untuk tidak merebus dua orang hamba mu yang menyakitkan hati ini hidup-hidup.

Sorang panggil Minion. Sorang panggil Smurf. Sesuai sangatlah bersahabat. Dua-dua aku tendang ke kutub utara!!

Aku diam dan sekadar menjeling wajah kedua mereka. Diam lebih baik.

Orang kata,kalau berdebat dengan orang bodoh dengan kita-kita sekali jadi bodoh. So,better diam.

Mata aku terarah kepada abang yang mengambil pesanan aku tadi di kaunter kafe. Loceng dibunyikan dan nama aku dilaung kuat.

"Eh,tak apa. Biar aku ambil. Aku pun nak pesan makanan." Kata Kevin lalu beredar dari meja tanpa sempat aku berkata apa-apa.

Aku pelik. Kenapa dalam banyak-banyak meja kat dalam kafe ni,meja aku juga tempat diaorang nak makan.

"Marah ke?" Soal Adam melihat wajahku. Atau lebih tepat merenung mataku. Terasa tembus terus ke belakang. Mata dia ni,familiar. Atau mungkin just perasaan aku.

Maybe.

"Kenapa duduk kat sini? Ini meja aku!" Aku meluahkan rasa tidak puas hati.

"Meja lain dah penuh." Pfft! Dia buat lawak ke? Apanya yang penuh bila kafe ni lengang. Banyak lagi meja kosong!

"Jangan nak mengarut! Apa kau nak sebenarnya?"

"Nak makanlah. Dah datang kafe tak kan nak main kejar-kejar." Aku mengangkat kening kanan. Wajah kerek aku tayang.

"Ingat lawak lah? Dah lah. Kalau korang nak sangat kat sini. Aku boleh makan kat meja lain." Kataku dengan penuh rasa ego. Kevin baru sampai dengan nasi goreng dan cappucino di tangan. Aku mengambil pinggan dan gelas dari tangannya.

"Nak ke mana?" Soal Kevin tatkala melihat aku bangun dari kerusi. Aku mengendahkan soalannya.

Namun,belum sempat aku melangkah lengan aku dipegang oleh Kevin. Adam sekadar melihat dengan pandangan..

Redup?

Apa maksud pandangan itu?

A Silent LoveWhere stories live. Discover now