SAMPAI ke rumah,aku terus berlari keluar dari kereta. Pintu pagar terbuka luas begitu juga dengan pintu hadapan rumah.
Pistol yang ada di belakang pinggang aku tarik sebagai langkah berjaga-jaga. Tak sia-sia aku curi benda alah ni.
Perlahan-lahan aku menapak ke dalam rumah sebelum aku terkedu. Suasana rumah yang asalnya bersih dan kemas dah macam kena gempa bumi! Sofa dan lantai dicemari dengan peluru dan kelongsong peluru.
Namun tidak ada pula figura yang terdapat di mana-mana. Ada juga tompokan darah dan kesan pergelutan di atas lantai.
Ada aksi tembak-menembak di sini tetapi antara siapa? Kak Leya? Aleya? Aku memeriksa kawasan dapur,tingkat atas dan setiap bilik yang ada.
Tidak ada seorang pun manusia yang berada di dalam rumah ini. Aku terus menukar pakaian. Pelbagai senjata yang aku sembunyikan di dalam bilik persalinan,aku perhatikan.
Sebuah beg hitam aku ambil dan menyumbat pelbagai senjata yang aku inginkan dengan kadar segera. Aku pantas menzip beg tersebut dan membawanya turunke bawah.
Pintu rumah,aku kunci dengan rapat sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta. Beg aku masukkan ke dalam bonet kereta. Enjin aku hidupkan lalu menderum laju meninggalkan perkarangan rumah. Pagar pula tertutup secara automatik setelah aku menekan alat kawalan jauh yang turut terdapat di dalam kereta milik aku.
Dalam keadaan memandu,aku mendail Shila dan yang lainnya untuk menceritakan segalanya. Tidak menunggu lama,kami membuat keputusan untuk bertemu di alamat yang sudah aku hantar.
Mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai ke destinasi selepas mencilok dan memintas setiap kenderaan yang ada di atas jalan raya. Sengaja aku memberhentikan kereta agak jauh dari kawasan yang ingin aku tuju.
"Banglo lama dua tingkat. Tingkat satu ada lebih kurang 7-10 orang. Tingkat dua tidak diketahui. Tingkap semua tutup. Mungkin Kak Leya dan Aleya ada di tingkat dua." Erika terus memberikan maklumat.
Kami sedang berkumpul tidak jauh dari banglo lama tersebut untuk merancang strategi.
"So,what's the plan?" Aku menyoal.
"Terjah je lah." Farah berkata yakin seraya menarik senyum sinis.
"Gila? Nanti mereka buat sesuatu dengan Kak Leya dan Aleya macam mana?" Shila membalas tegas.
Kami semua mengangguk setuju. Farah tersengih malu. Shila menggelung kepala lantas mengeluarkan buah bicara.
"Macam ni.."
"SEMUA DAH DALAM POSITION?" Aku bersuara. Kedengaran balasan mereka melalui earpiece mengatakan mereka sudah bersedia.
"15 minutes." Aulia mencadangkan masa untuk kami menamatkan semua yang ada di kawasan ini.
"10 minutes." Erika membalas.
"Aku boleh tamatkan semua hanya dalam masa 5 minit." Farah mula menyombong. Aku menjulingkan mata ke atas.
"Kau masuk sendirilah." Aulia membalas sinis. Kami ketawa mengekek.
"15 minit." Shila menyokong cadangan Aulia.
"Raa?" Mereka menyoalku.
"15 minutes are not so bad." Aku menyuarakan pendapat.
Semua bersetuju.
"Alright."
Jam pada pergelangan tangan kiri aku set kepada mood pemasa.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...