AKU cuba menahan kantuk yang semakin menggila. Entah dah kali berapa aku menguap. Tangan aku simpul di belakang dan kaki aku buka. Aku dalam keadaan bersenang diri. Bukan sahaja aku,malah pengawas yang lain juga dalam berdiri dalam keadaan bersenang diri macam aku.
Sir William yang sedang berucap di hadapan aku pandang dengan renungan bosan. Kalau tak mengenangkan aku ni pengawas,dah lama aku membuta kat dalam barisan. Tak pernah-pernah aku tak tidur waktu perhimpunan macam ni. Malah nak nampak muka aku masa perhimpunan pun payah.
Kat Ambergold Highschool ni aku dah macam bukan diri aku. Ini semua Adam punya pasal. Sejak dia muncul dalam hidup aku,macam-macam bala aku kena. Ini tiba-tiba jadi pengawas pula! Siap jadi timbalan ketua pengawas pula tu. Benda mengarut apa lagi akan aku hadap lepas ni?
Aku menguap lagi. Tubir mata aku automatik berair. Aku menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. Berbunyi tulang leher aku. Kemudian aku mendongak sejenak sambil memejamkan mata.
"Bilalah orang tua ni nak habis bercakap."
Aku mencelikkan mata.
"Entahlah. Ada sahaja dia nak bebelkan."
Aku menangkap tiga orang murid perempuan melepaskan keluhan masing-masing pada barisan paling belakang. Aku berdiri di belakang mereka. Seorang dari mereka berdiri dari kerusi dan meregangkan badan seraya duduk di kerusinya semula.
"Tolonglah telinga aku nak bernanah dah ni!"
Aku mengangkat kening kanan. Belum habis lagi?
"Kang ada juga yang dilempar kasut ni kang."
Mereka ketawa mengekek. Aku membuat muka. Kurang ajar betullah!
"Korang nak diam ke atau nak aku sepak mulut korang satu-satu?" Aku mencelah dengan nada suara yang keras. Mereka bertiga menoleh dan salah seorang dari mereka menjelingku.
Darahku menyirap. Ada juga kena penampar ni!
Aku maju dan laju sahaja tangan aku menarik rambut perempuan itu dengan kasar. Dia terdongak dan matanya terbuntang melihatku. Kawannya yang berada di sebelahnya cuba untuk membantu namun pantas aku memegang belakang lehernya memaksa dia untuk menunduk.
"Kau jeling aku? Kau nak aku korek biji mata kau baru kau nak ada akal?" Kataku dengan nada suara yang ditahan. Mataku mencerlung melihat tepat ke dalam matanya. Kawannya yang lagi satu tidak berani untuk masuk campur.
"Okey,okey. Aku minta maaf! Kami minta maaf." Laju perempuan itu bercakap. Aku melepaskan rambutnya kasar. Dia tertunduk.
"Dan kau. Kalau tak nak ada masalah dengan aku. Jangan masuk campur." Kataku kepada kawannya yang lagi satu. Dia mengangguk laju. Aku melepaskan belakang lehernya.
Huh! Kalau ada aku,jangan harap korang nak buat taik dekat sekolah ni. Kalau tak nak kena penyepak aku!
Aku bergerak semula ke tempatku. Berdiri dalam keadaan bersenang diri. Angkuh dan tegas. Mataku meliar memerhati para murid Ambergold yang sedang mendengar ucapan dari Sir William. Ada yang berbual tapi segera diam tatkala dimarahi oleh pengawas. Ada yang mengerling ke arahku. Namun aku jegilkan mata. Cepat-cepat gerangan itu mengalihkan mata.
"Baiklah,sebenarnya hari ini saya ada pengumuman penting untuk kesemua pelajar Ambergold. Mulai dari hari ini, jawatan timbalan ketua pengawas sekolah kita bukan lagi disandang oleh Ariana Humairah." Sir William berjeda seketika. Aku mengangkat kening kanan.
Ada beberapa orang pelajar mula menjenguk aku yang berdiri di belakang. Sepertinya mereka boleh agak. Mereka berbisik-bisik antara satu sama lain. Aku hanya mempamerkan riak beku.
"Jawatan timbalan ketua pengawas itu,kini disandang oleh Rabiatul Adawiyah dari kelas 5A-5." Aku senyum sinis. Murid-murid yang ada di Main Hall Ambergold mula kecoh. Pelbagai reaksi terpamer di wajah mereka. Yang pasti majoritinya mereka terkejut besar.
"Dipersilakan Rabiatul Adawiyah naik ke pentas untuk menyampaikan sepatah dua kata." Sambung Sir William. Aku melangkah kemas ke arah pentas yang maha besar itu. Kiri dan kanan aku merenung setiap langkahku bagai nak tembus. Aku dengan santai melangkah sambil tangan kanan aku seluk ke poket baju kurung.
Naik ke atas pentas,mikrofon diserahkan kepadaku. Aku diam sambil anak mata meliar memerhati mereka yang ada di bawah pentas. Suasana dewan mulai hangat walaupun dewan ini dilengkapi dengan 12 sistem penghawa dingin. Tidak ada tanda-tanda mereka ingin senyap.
"Eh,tu bukan bekas HG ke?!"
"Dia Raa kan? Yang tempoh hari belasah Kevin Lee?!"
"Serius arh dia jadi timbalan headprefect?! Boleh ke pembunuh tu jadi pengawas?"
"Habislah Ambergold kalau dia dah naik."
"Eh,cute juga kan budak ni?"
Erk? Budak?! Tampor jap lagi terbang ke planet Adudu kang!
Aku mengetuk-ngetuk mikrofon. Mereka mula memberikan perhatian kepadaku. Aku berdehem dan mataku berapi-rapi memerhati mereka yang berada di bawah. Automatik dewan mula sunyi. Aku mengangkat kening kanan.
"Aku,Raa. Timbalan headprefect korang mulai hari ini." Suaraku melantun di speaker yang tersangkut di setiap sudut dewan. Aku senyap seketika. Mataku menangkap sepasang hazel yang sedang merenungku dari arah belakang barisan murid lelaki. Dia berdiri sambil menyeluk tangan ke poket seluarnya.
Adam
Senyum
Kepada
Aku?!
Tiba-tiba dia mengenyit mata kepadaku. Aku tersentak. Laju aku mengalihkan mata tegak ke bawah. Aku berdehem.
Jantung aku.
Rasa macam naik gila.
Sah,
Kau memang gila,Wiyah!
"Bagi kerjasama. Jangan sampai aku tangkap perbuatan taik korang kat sekolah ni. Siap!" Tenang aku berkata namun tegas pada nada suara yang aku lantunkan. Pengetua yang berdiri di tepiku,terkedu.
What?
Aku mengangkat bahu seraya menjungkitkan bibir. Mikrofon aku serahkan semula ke arah Sir William. Kemudian,dengan langkah yang kemas serta wajah yang angkuh,aku melangkah turun dari pentas.
Tapi,entah di mana silapku aku terpijak kain skirt yang aku pakai sehingga aku hilang keseimbangan diri. Aku mulai terumbang-ambing.
Oh,no!
Aku jatuh.
Aku mulai berharap ada manusia yang sudi menyambut tubuhku dari jatuh ke atas lantai. Tiba-tiba ada tangan kekar yang merangkul tubuhku dari terjatuh macam nangka busuk. Bila buka mata rupanya Sir William yang berambut putih itu menyelamatkan maruahku di khalayak orang ramai.
Eiuw! Apa kelas Sir William yang jadi hero? Lagipun kau ingat ini cerita klise drama melayu yang tiba-tiba terlanggar. Tiba-tiba jatuh,disambut kemas oleh anak dato muka macam artis K-pop?
No. This is ain't fairytale dear. Reality is bitter.
BAM!
Aku memejamkan mata. Terasa nyeri di bahagian siku dan bahu kiri. Muka aku membahang dan telinga aku bingit dengan dekahan tawa dari orang sekeliling. Mana tidaknya,aku jatuh macam nangka busuk!
Bila semua orang serius tengok aku lepas aku bagi ucapan 'alu-aluan' tadi,boleh pula aku buat tayangan perdana kat sini.
Jatuh air muka aku!
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...