TOPI hitam aku tarik sehingga menutup sebahagian wajah. Kunci motor aku genggam dan mata aku menjeling jam tangan yang mencengkam pergelangan tangan kiri sebelum melingas ke seluruhan rumah.
Jam menginjak ke pukul 03:47 a.m. Pihak polis sudah beransur pergi dari rumah. Ruang tamu rumah sudah dibersihkan namun mayat tanpa kepala itu seringkali berlegar-legar di mindaku.
Terasa api dendam semakin berkobar-kobar di dalam dada. Pintu utama aku buka dan kasut kanvas warna biru gelap aku capai dari belakang pasu bunga. Sengaja aku letak di situ sebagai persediaan aku nak keluar rumah pagi-pagi buta macam ni.
Hoodie warna hitam pekat aku tarik menutupi kepala yang sudah tersarung topi yang juga hitam and also with the black slim fit jeans. Pakaian gelap senang nak menyusup.
Basikal,aku ambil dari garaj. Nak bawa motor? Satu taman perumahan ini terkejut beruk nanti!
Airpod,aku sumbat ke lubang telinga dan lagu Backyard Boy mula kedengaran. Tak lah sunyi sangat. Kaki aku mengayuh basikal dengan pantas dan cekap. Keluar dari taman perumahan dan menyusuri lebuh raya yang lengang dengan beberapa kenderaan yang lalu-lalang. Pukul 3 pagi pun masih ada juga orang berjaga.
Beberapa minit aku mengayuh,aku mengambil satu lorong ke kawasan perumahan setinggan. Serba gelap dan jalan berlubang-lubang. Namun,dengan tangkas aku mengemudi dan mengelak segala halangan.
Percaya atau tidak,aku menjuarai kejohanan lumba basikal peringkat negeri tiga musim berturut-turut. Hal ini yang telah menyebabkan aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbasikal dengan jarak yang jauh serta berjam-jam lamanya.
Melalui kawasan rumah setinggan,aku sampai ke satu-satunya lorong yang menuju ke satu tempat. Kiri dan kanan aku dikelilingi lalang yang lebih tinggi dari aku. Agaknya kalau nak dibandingkan dengan tinggi Adam Muhammad,dia perlu melompat untuk melepasi ketinggian lalang-lalang tersebut.
What the...
Aku terkedu sejenak sebelum aku merengus kecil. Tak guna! Kenapalah tiba-tiba mamat tiang tu juga yang aku ingat? Ergh! Get lost,you whore mind!
Jam tangan aku kerling lagi. Sudah dua puluh minit berlalu. Lorong yang berbengkang-bengkok ini sedikit sebanyak menghantar rasa jelak di hati.
Semakin lama aku mengayuh,semakin dalam pula aku masuk sehingga aku tersedar sekelilingku dipenuhi dengan hutan tebal. Aku berhenti dan telefon pintar aku keluarkan dari poket seluar jeans. Tidak ada isyarat langsung!
Aku menarik nafas dalam. Cuba untuk menghalau perasaan gementar yang merayap ke lubuk hati. Kabus juga terlalu tebal dan mengehadkan pemandangan. Tapi tidak semudah itu aku akan mengalah.
Aku meneruskan kayuhan dan jam sudah pun menginjak ke angka 04:37 a.m. Sedar yang aku sudah dekat ke destinasi,aku memperlahankan kayuhan. Langit yang masih lena diselimuti bintang-bintang aku pandang.
Shoulder sling bag kulit aku buka lalu mengeluarkan logam berbentuk L yang hitam berkilat. Desert Eagle 22 magnum dan memiliki daya tembakan 2000 joule. Sekali sahaja tembakan dilepaskan,seisi makhluk yang ada di dalam hutan ini akan mendengar suara ngaumannya.
Aku memeriksa peluru dan muffler aku masukkan ke dalam poket baju. Basikal,aku masukkan ke dalam semak samun bersama dengan sling bag.
Pistol aku sisip di belakang pinggang. Aku lantas berlari mendekati kawasan lapang yang terletak sebuah gudang senjata api. Pokok besar tempat aku bersembunyi.
Tajam mata aku memantau beberapa orang lelaki bersenjata yang berlegar-legar di luar gudang. Terasa embun jatuh ke atas kepala. Aku mendongak.
Pistol aku tarik dari belakang dan memasang muffler di ekzos pistol. Kemudian,aku mula menargetkan seorang lelaki yang sedang tidur di atas kerusi.
Terasa embun jatuh jatuh pula ke bahagian telinga.
"Ouch!" Aku mengusap telinga yang terasa pedih. Aku mendongak marah. Hanya rimbunan pokok yang menyapa pandangan. Tunggu sekejap..
Aku melingas pandangan ke sekeliling aku. Apahal embun terasa sakit pula? Dah kenapa embun boleh jatuh ke telinga pula?!
Kelihatan laser merah tepat ke bahagian jantung aku. Aku mengangkat kening kanan. Senyum tajam aku koyak.
Terlupa kehadiran mereka yang sudah pasti terlebih dahulu sampai ke sini.
Aku membuat isyarat. Laser merah itu hilang. Kemudian,terasa bahu kiriku disentuh. Aku membiarkan.
"Kenapa lambat?" Suara itu berbisik kepadaku.
"Ada masalah sikit tadi. Korang dah lama sampai?" Soalku semula. Raut wajah Farah dan Aulia aku kerling. Masing-masing berpakaian serba gelap dan bertopi.
"Dari pukul dua lagi,bodoh! Penat tahu,tak!" Aulia menggertakku dengan suara berbisik yang ditahan.
"Sorrylah. Betul,ada masalah tadi. Nanti aku terangkan." Tanpa nada aku menuturkan kata-kata itu.
"Dah lah. Raa,aku dah tinjau kat dalam gudang ada lebih kurang 13 orang di dalam dan 7 orang di luar. Semuanya aku boleh agak warga asing dan semuanya bersenjata. Ada pengguna pisau,parang,dan senjata api." Farah memberikan laporan. Kerja nak mengintai dan masuk ke sarang musuh,serah sahaja kepada Farah. Dia hebat menyelinap.
"Shila dah ambil tempat. Kat luar,serah sahaja kepada dia. Erika tinggal tunggu arahan sahaja." Aulia pula menyambung. Aku mengangguk.
"Bagus." Sepatah sahaja aku memuji,Farah dan Aulia tersenyum lebar. Heh,aku ni jarang nak puji orang tau! Ehek!
Jam tangan aku set ke mood jam randik. Farah dan Aulia turut melakukan hal yang sama terhadap jam tangan masing-masing.
"20 minutes." Aulia memberikan isyarat menggunakan lampu jam.
"Now!" Aku pantas berlari ke arah belakang gudang. Pisau lipat aku keluarkan dari poket. Dua orang lelaki yang sedang berbual antara satu sama lain,perlahan-lahan aku dekati. Kedengaran derap kaki mengikuti langkahku. Erika menghantar isyarat mata.
'Kau ambil kiri,aku kanan.'
Aku lantas mengangguk. Berdiri di belakang lelaki bertubuh kurus itu,aku bertindak menendang pelipat lututnya. Dia terlutut dan mulutnya lantas aku tekup. Kawannya terperanjat namun Erika lebih pantas menekup mulutnya.
Sekelip mata dua orang lelaki itu putus nafas setelah aku dan Erika mengelar leher mereka.
"Two down,five to go." Ulas Erika.
Belakang gudang kosong. Aulia dan Farah maju dan melepaskan tembakan ke arah dua lagi lelaki. Seorang rakan mereka ternampak dan kelihatan ingin menjerit. Namun,aku pantas melempar pisau tepat ke lehernya. Darah terpancut keluar. Dia rebah dengan mata yang terbeliak.
"Goodnight." Aulia melepaskan tembakan tepat ke jantung lelaki itu. Aku menepuk bahu Aulia. Pisau aku tarik dari leher lelaki itu dan bilah pisau aku bersihkan.
"Don't waste the bullets,babe!"
Aulia tersengih. Sampai ke hadapan gudang,tiga orang lelaki sudah terbaring dengan darah memenuhi tanah. Kami tergelak sinis.
Cepat Shila buat kerja. Kelihatan Shila turun dari pokok yang agak tinggi. Shila merupakan penembak tepat dalam kumpulan kami. Dia beralih ke bahagian kanan gudang. Berada di dalam semak samun untuk bersembunyi. Tepat berhadapan dengan tingkap gudang.
Aku,Erika,Aulia,dan Farah bergerak ke bahagian pintu gudang. Farah mengeluarkan bom gas pemedih mata dari sling bag Adidas miliknya.
"Ready?" Kami mengangguk menjawab soalan Erika. Topeng sudah dipakai dengan kemas. Dia menolak pintu gudang dan Aulia terus membaling bom gas pemedih mata.
Kemudian,kami terus menyerbu masuk melepaskan tembakan. Bunyi tembakan mula kedengaran bersahut-sahutan di dalam gudang itu.
Bingit.
Memekakkan telinga.
Menggerunkan.
Namun,
Kami sangat enjoy.
YOU ARE READING
A Silent Love
Подростковая литератураWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...