SEPERTI sebelum ini,aku masuk hospital dan tambah lagi cuti mereput kat rumah. Cuma,kali ini lebih lama. Sebab kecederaan aku boleh tahan teruk. Terlantar di hospital selama dua minggu dan cuti kat rumah seminggu. Hehe,tak lama sangat kan dari yang sebelum ni. Saje je nak acah.
Alhamdulillah,aku tidak hilang memori aku. Walau kena sepak oleh kaki besar Hazeeq aku masih boleh bertahan. Alah,sikit aje. Lol! Sikit konon bila sampai tahap boleh pening-pening lalat. Tenaga lelaki beb,rasa macam nak tercabut kepala aku rasa!
Hari ini,hari terakhir aku bercuti. Huhuhu. Sedih pula rasanya hati ini. Jadi,dengan suka citanya aku membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan memandangkan aku ini dah lama terperuk kat dalam rumah.
Dengan mengenakan topi hitam,jaket hitam,seluar hitam,kasut hitam,dan kunci kereta juga warna hitam aku pegang. Tangan kanan mendarat di atas tombol besar pada penghujung pemegang tangga sambil mata,aku liarkan ke segenap tingkat satu rumah.
Senyum nakal terukir di bibir. Line clear. Ayah kerja. Kak Leya entah melepak kat mana. Ariana kat atas tengah mandi sambil melalak kat dalam tandas. Aku berjalan berlenggang ke pintu hadapan. Pintu aku tutup dengan cermat dan kakiku bawa ke garaj kereta.
Punat kunci aku tekan dan aku masuk ke dalam perut kereta. Start engine dan kereta aku mulai mengaum di garaj yang sunyi ini. Berdengung dan pintu garaj aku buka lebih luas menggunakan alat kawalan jauh yang sedia ada di dalam dashboard kereta aku.
Kaca mata hitam aku pakai,dan kereta aku memecut keluar dari garaj membelah jalan raya di hadapan rumah. Radio aku pasang lagu rancak. Sambil mulut aku bernyanyi kecil,badan aku gerakkan perlahan mengikut rentak lagu.
Sampai ke destinasi yang dituju,kereta aku berhenti di bawah pokok besar berdekatan pagar utama. Radio aku perlahankan dan telefon aku capai. Nombor seseorang aku dail.
"Hm,aku dah sampai ni." Tanpa kata penghadapan atau salam aku bercakap di corong telefon.
"Oh,dah sampai? Tunggu jap kitaorang keluar." Jawab seorang gadis di corong telefon sebelah sana. Sejurus berkata demikian,panggilan diputuskan. Aku menyandar santai sambil mata aku melilau ke kawasan pagar utama. Menantikan kehadiran orang-orang yang aku tunggu.
Lebih kurang dua minit,kelihatan empat orang gadis bertudung berpakaian serba hitam berjalan mendekati pagar utama yang tertutup rapat. Aku menghidupkan enjin kereta dan pedal minyak aku tekan perlahan. Kereta aku perlahan mendekati pagar utama sekolah itu.
Sambil mata mengawasi mereka yang santai berjalan melimpasi pondok pengawal. Aku tersengih. Nampaknya pak guard tak ada. Bolehlah diaorang berlenggang.
Satu demi satu sahabat aku memanjat keluar pagar utama Henry Gurney. Kereta aku berhenti di hadapan pagar. Mereka berjalan santai ke arah kereta aku sambil gelak-gelak. Aku membunyikan hon. Ingat aku ni kak bawa teksi ke nak tunggu diaorang berlenggang?
Tiba-tiba mereka berempat berpaling ke arah belakang dengan serentak. Masing-masing pasang muka cuak sebelum mencicit lari menuju ke kereta aku. Aik? Apesal? Tadi bukan main happy!
Seorang lelaki kepala botak lengkap beruniform putih dan hitam berlari laju dan membuka pagar. Aku tergelak besar.
Pintu dibuka cemas dan dalam sekejap waktu mereka masuk. Siap kunci pintu lagi. Aku membuka cermin kereta. Uncle Harith masih tergopoh-gapah membuka kunci pagar sambil terjerit-jerit.
Aku menekan pedal minyak berkali-kali. Hon aku tekan dua kali sebelum brek aku lepas.
"Bye uncle!!"
"Kami pergi dulu,ya!!"
"Tak payah tunggu kami balik!!"
AHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!
Gelak keji kami bersatu.
"Wohoi,Raa! Apa khabar?" Farah memeluk leher aku dari belakang. Automatik tumpuanku terganggu.
"Lepaslah,bodoh! Dia tengah drive kan!" Erika menarik rambut Farah sehingga pelukannya terlerai.
"Amende siak? Nak makan penumbuk ke?!" Farah meluahkan rasa tidak puas hati. Aku tersenyum senget. Wajah Farah yang cemberut aku kerling melalui cermin pandang belakang.
"Baik je. Korang pula?" Soalku semula sekadar berbasa-basi dengan sahabat aku dari umur kami 13 tahun lagi. Satu sekolah masa aku masih dalam HG. Sama-sama gila. Sama-sama buat orang. Sama-sama kena denda. Sama-sama kena belasah. Sama-sama susah. Sama-sama senang. Farah Hayrina. Qistina Erika. Shila Afina dan Karissa Aulia.
"Macam yang kau nampak tadi. Masih sihat dan bertenaga." Sahut Aulia di bangku belakang. Shila ditepi aku sudah bersandar santai sambil kaki di letakkan di atas dashboard. Tangannya lincah menukar lagu-lagu aku yang terdapat di dalam pendrive yang aku cucuk di soket radio kereta.
"Nak ke mana ni?" Soal Farah seraya membuka tudungnya. Aulia sudah memakai headphone dan matanya tajam ke telefon pintarnya. Erika yang berada di antara Aulia dan Farah duduk bersila sambil melihat telatah Shila yang menukar lagu.
"Kita ke mall dulu makan,lepastu jalan-jalan sikit beli apa yang patut baru kita ke tempat biasa." Jawabku sambil mata melirik ke tangan Shila yang masih menekan-nekan punat radio.
"On! Asalkan kau belanja." Erika tersengih diikuti gelak halus mereka yang lain. Aku tersenyum simpul.
"No hal." Shila di sampingku tiba-tiba merengus.
"Dah kenapa?" Mata hitam pekatnya melekat ke arahku.
"Apa bendalah lagu kau ni! Semua lagu jiwang karat. Lemaslah dengar!" Rungutnya. Aku tersengih.
"Bukalah dashboard tu. Banyak lagi pendrive kat situ berjuta-juta lagu ada. Macam-macam genre. Yang ni,genre lagu klasik. Macam kau tak tahu,aku ni peminat lagu jiwang rock kapak dulu-dulu." Shila mengangguk. Kakinya yang berada di atas dashboard diturunkan. Tangannya laju membuka dashboard dan beberapa pendrive pelbagai warna kelihatan di dalam.
Beberapa minit berlalu,Shila memilih pendrive warna hijau. Aku hanya membiarkan. Rentak lagu barat kedengaran dari corong radio dan volume dikuatkan oleh tangan Aulia yang tiba-tiba muncul dari belakang.
Lagu Bad Guy nyanyian Billie Eilish mula memenuhi ruang kereta aku. Kelima-lima kami turut bernyanyi sama. Siap dengan gaya lagi!
Sampai di sebuah restoran mamak yang agak mewah,aku mematikan enjin kereta. Farah menyarung kembali tudungnya dan kami berlima keluar dari perut kereta. Aku masih mengenakan kaca mata hitam yang aku sangkut di batang hidung.
Beberapa pasang mata melirik ke arah kami. Kami? Hm sebab kami pakat pakai hitam? Atau sebab kereta aku yang hot ni? Em,aku rasa kereta aku.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...