BANG! BANG! BANG!
Tiga das tembakan dilepaskan ke arah seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke ruangan itu. Dia terbaring lemah di atas lantai.
Nafasnya kelihatan semput menunjukkan dia masih hidup.
Darah segar mula mengalir membasahi lantai berjubin itu. Seorang lelaki yang mengenakan sut hitam yang berjenama mendekati lelaki itu. Sepucuk pistol berkilat terdapat di tangan kanannya. Sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian tersarung di jari kelingking dan jari telunjuk.
Kakinya yang tersarung kasut kulit warna hitam menendang kepala lelaki yang terbaring di atas lantai dengan kuat berulang kali. Tidak cukup menendang,dia bertindak memijak kepala lelaki tersebut berkali-kali sehingga darah terpercik ke lantai dan seluar yang dipakainya.
Beberapa orang lelaki yang mengenakan sut hitam serta berkaca mata hitam berdiri di setiap sudut ruangan tersebut. Mereka hanya diam tidak berkutik. Memandang sahaja tidak malah riak wajah beku tidak berperasaan terpasang di wajah mereka.
Lelaki yang malang itu sudah tidak bernyawa. Bukan sahaja ditembak malah disiksa dalam keadaan dia masih bernafas. Lelaki psiko itu berhenti apabila berpuas hati dengan tindakan kejam itu.
Tangan kirinya naik menguak rambut yang panjang menutup mata. Jelas kelihatan satu garisan parut di bahagian pelipis memanjang hingga ke bahagian dagu yang terbelah. Pupil mata hazel itu tajam merenung ke arah mangsanya.
Dia berjalan ke arah meja panjang yang menempatkan pelbagai jenis senjata api dan alatan tajam lain seperti pisau dan pedang. Pistol diletakkan di atas meja lalu mencapai sebilah pedang yang berukir kepala naga di bilahnya.
Serentak dengan itu,seorang lagi lelaki dibawa masuk ke ruangan itu oleh dua orang lelaki yang bersut hitam.
Lelaki separuh abad itu sangat ketakutan. Bibirnya pucat tidak berdarah. Wajahnya dipenuhi lebam dan darah. Dia kelihatan tidak terurus kerana baru sahaja habis dibelasah.
"Kai,tolong. Jangan buat aku macam ni. Aku tahu,aku salah. Aku biarkan seekor tikus masuk ke kawasan kita. Maafkan aku. Tolong,bagi aku peluang. Aku akan tangkap budak tu. Aku akan bawa dia depan kau hidup-hidup." Lelaki separuh abad itu merayu-rayu sambil melutut. Dua lagi lelaki bersut hitam berdiri di belakangnya. Masing-masing memasang wajah beku.
"Mereka bukan seekor tikus,Welney. Mereka juga bukan budak biasa..." Lelaki yang dipanggil Kai itu bersuara sambil matanya melihat sekeping gambar ditangan kiri manakala tangan kanannya memegang kemas sebilah pedang yang sangat tajam. Kai kemudian menyambung semula.
"Mereka budak perempuan yang sangat mahir menggunakan senjata. Lincah dan tangkas. Lebih hebat dari anak-anak buah kau yang tak boleh harap tu." Kai tersenyum tajam melihat seraut wajah seorang gadis yang menarik perhatiannya di gambar tersebut.
Lelaki separuh abad yang dipanggil Welney itu diam tidak terkutik. Dia sendiri mengakui kehebatan gadis-gadis yang menghancurkan gudang senjata milik bosnya itu. Semuanya terakam dengan kamera CCTV tersembunyi yang terdapat di gudang itu sebelum gudang itu rentung.
"Rabiatul Adawiyah binti Hamzah..." Meleret Kai menyebut sebaris nama penuh itu. Mulutnya mengoyak senyum tajam.
"Ham..Hamzah?" Welney kelihatan terkejut. Seraut wajah seorang lelaki terlayar di mindanya.
"Yeah,Hamzah. Suami kepada Mawar. Ace aku. Tak sangka kan,Mawar mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik. Hebat macam mak dia." Kai kemudiannya berjalan mendekati Welney.
Welney mula menggigil. Dia sudah dapat mengagak nasibnya ketika itu. Anak matanya memandang gerun ke arah sebilah pedang yang terdapat di tangan Kai.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...