ASL ♡ [PART 54]

18 2 0
                                    

PINTU aku tutup rapat dan aku kunci dari dalam. Lelaki berkemeja merah manggis itu sedang merawat seseorang. Seseorang itu ialah Kak Leya yang sedang tidak sedarkan diri. Tubuhnya terbaring lemah di atas lantai dalam keadaan kaki dan tangan yang terikat. Mulutnya ditampal dengan pelekat besar warna hitam.

Rambutnya tidak terurus dan kelihatan lebam di bibir dan di bawah mata kanannya. Pada baju miliknya terdapat kesan darah yang sudah kering.

Disamping Kak Leya,seorang gadis sedang duduk bersandar di dinding dengan kepala yang tunduk ke lantai. Kaki dan tangan turut terikat namun mulutnya tidak ditampal. Dia juga kelihatan tidak sedarkan diri. Tudung sudah tidak ada di kepalanya. Kelihatan darah yang sudah kering di bahagian pelipis membawa ke bawah dagu. Aku merenung sayu. Shila,aku datang.

"Mana jarum yang aku minta? Luka dia ni boleh tahan besar." Lelaki itu masih tunduk membersihkan betis Kak Leya yang terkoyak besar. Rasa amarahku memuncak. Apa yang mereka telah lakukan?! 

Aku mendekati lelaki itu dan Desert Eagle aku tarik dari belakang pinggang. Muffler aku pasang pada ekzos pistol kemudian aku arahkan ke belakang kepalanya. Pelatuk aku tarik. Perbuatan lelaki itu serta-merta terhenti.

"Apa yang kamu dah lakukan terhadap mereka?" Aku menyoal dengan nada yang dingin. Mataku mengerling ke sekeliling bilik. Tidak ada Aleya di dalam bilik ini.

"Mana Aleya?" Aku menyoal lagi. Lelaki itu tidak menoleh ke belakang. Kedua tangannya diangkat setara dengan kepalanya.

"Siapa kau?" Dia menyoal semula. Aku mengangkat kening kanan setajam yang mungkin.

BANG!

Aku melepaskan tembakan tepat ke betis kanan milik lelaki itu. Dia meringis kesakitan. Wajah kesakitan itu diangkat ke arahku.

"Wrong answer." Aku menggeleng kepala perlahan.

"Bukan aku yang cederakan mereka. Aku hanyalah seorang doktor." Lelaki itu bercakap tegas. Aku menyengetkan kepala. Really? 

Serentak dengan itu,kedengaran tombol pintu dipulas dari luar. Aku menggerakkan kepala ke kanan. Lalu aku memandang lelaki di hadapanku itu.

Mata kami bertembung. Aku mengoyak senyum penuh makna. Jari telunjuk aku letakkan ke bibir. Seakan dapat memahami maksudku,lelaki itu mengangguk kecil.

Aku berjalan ke arah pintu dan kunci aku buka. Kemudian,aku berdiri bersebelahan pintu itu dan mataku terarah ke arah lelaki berkemeja merah manggis itu.

Pintu dikuak dari luar dan seorang gadis tinggi lampai melangkah masuk. Dia tidak perasan akan kehadiranku. Pintu ditutup dan dia berdiri membelakangi aku.

"Belum sedar lagi?" Aku mengerutkan dahi. Suara itu familiar. Langkahnya di atur mendekati Kak Leya. Berdetap-detup bunyi tapak kasut tumit tinggi itu tatkala bersentuhan dengan permukaan lantai.

"Jam dah nak masuk pukul 9 tapi bot yang sepatutnya membawa perempuan itu ke sini belum muncul-muncul lagi. Mengapa?" Dia bercakap dengan Kak Leya yang tidak sedarkan diri.

Aku menyisipkan Desert Eagle ke belakang pinggang semula. Pisau lipat aku keluarkan dari saku seluar. Aku kenal gadis itu.

"Mengapa,ya?" Kaki kanannya menendang betis Kak Leya yang terluka. Darahku menyirap. Kurang ajar!

"Tolong jangan buat macam tu,Cik Ilya. Dia sudah banyak kehilangan darah." Lelaki berkemeja itu menegah. Ilya memandangnya.

"What happened to you? Since when you're here?" Dia menyoal. Aku mendekati gadis itu seraya mata pisau aku membelah isi di pelipat  lutut kanannya. Darah segar terpercik keluar.

Ilya terkejut dan ingin menjerit. Namun,belum sempat dia menjerit terlebih dahulu aku melonjakkan tubuh dan melayangkan tendangan penuh amarah tepat ke sisi kiri kepalanya.

Ilya terbaring ke atas lantai. Darah merah memenuhi lantai datangnya dari luka besar di bahagian pelipat lututnya. Lelaki berkemeja merah manggis itu terlopong.

"Ilya.. Ilya.. Tak sangka,itu rupanya nama kau. Hm,tak lah jauh sangat dengan Aleya kan?" Aku mendekati Ilya atau sebelum ini aku kenal dengan nama Aleya.

Ilya mengangkat kepala dan menoleh ke arahku. Darah segar mengalir ke pelipisnya. Wajahnya serta-merta berubah pucat.

"Ka.. Kau?" Ilya tergagap-gagap menyebut namaku. Senyuman kecil terbit di bibirku.

"I should kill you from the first time I saw you,bitch.." Aku meleretkan suara lalu perlahan mengatur langkah ke arah gadis itu.

"Ja.. Jangan dekat!" Ilya cuba menjauhi aku dalam keadaan dia sedang duduk. Tubuhnya diundur ke belakang. Namun,aku tetap masih melangkah.

"Why? Why am I does'nt allowed to come near you?" Aku menyoal lalu kening kanan aku angkat tinggi.

"Raa,listen!" Ilya menunduk ke bawah. Lagak gayanya seperti menyerah kepada aku. Namun,aku tidak boleh lengah. Mana aku tahu apa dalam kepala otak pompuan ni!

"Listen to your lies again? Ahahah. I'm disinterested in that." Aku tergelak sinis. Tangan kiri bergerak menarik Colt M1911 yang terselit di bahagian pinggang kiri.

"Aku terpaksa!" Ruger SR9 diacu kepadaku. Wajah aku dongak angkuh sementara mata merenung tajam ke arah Ilya. Dia baru sahaja menarik pistol tersebut yang diletakkan pada peha kirinya.

"I don't need an explanation." Aku membalas tegas. Colt M1911 aku acu kepada gadis itu. Tangan kanan masih setia memegang pisau lipat.

"Wiyah,I had no choice!" Ilya masih cuba memujukku. Namun hatiku yang sudah mati tidak akan mudah terpujuk. You beg for someone that already dead inside. Useless!

Aku memejamkan mata seperti sedang berfikir. Ekzos pistol aku gerakkan untuk menggaru kepala yang tidak gatal.

"Then,aku pun tak ada pilihan." Aku mencelikkan mata. Sengaja aku membuat wajah kesal.

"Apa maksud kau?" Aku tersengih. Pantas pisau aku lemparkan tepat ke bahu kiri Ilya. Ruger terlepas dari tangannya.

Ilya mengerang kesakitan. Sekali lagi darah segar keluar dari tubuh gadis itu.

"Nama aku,Raa. Bukan Wiyah. Kau tinggal dengan aku sebelum ni. Kau sepatutnya tahu aku ni siapa." Aku melangkah ke arahnya dan kepala gadis itu aku tendang kuat.

Tubuh Ilya terbaring. Tangannya mencengkam kepala yang mengalirkan darah. Dia masih cuba untuk bangun namun aku memijak kepala gadis itu tanpa belas kasihan. Pandangan mata yang kosong tanpa sebarang emosi aku arahkan kepada gadis itu.

"Ak.. Aku minta.. Maaf." Kening aku terangkat.

"I don't wanna hear that words from you. It's annoy me!" Aku menekan kepala gadis itu ke lantai. Muffler aku pasang pada pistol. Kemudian,ekzos pistol aku acu ke kepalanya. Kelihatan mutiara jernih di tubir mata gadis itu.

"Kau sepatutnya tidak cari nahas dengan aku dan keluarga aku." Aku menarik pelatuk. 

"Aku buat semua ni untuk keluarga aku,Wiyah." Gadis itu mula teresak kecil.

"Jangan risau. Aku akan hantar mereka jumpa kau lepas ni. Any last words?" Soalan yang sama aku lontarkan pada gadis yang sama.

Namun,kali ini aku akan lepaskan tembakan tepat ke kepala gadis bermuka dua ini!

"Tolong jangan sentuh keluarga aku,Wiyah.." Ilya merayu dalam keadaan kaki aku di atas kepalanya. Aku memutarkan bebola mata.

BANG! BANG! BANG!

Darah segar mengalir memenuhi lantai. Ilya sudah tidak bernyawa setelah menerima tiga das tembakan tepat ke kepalanya.

"Kau buat aku muak!" Aku menghentak but dengan kuat pada kepala gadis itu lalu menendangnya.

Kau seharusnya yang jangan sentuh keluarga aku dulu.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now