TAG nama berwarna emas dan putih itu aku renung. Jari jemari aku menyentuh nama penuh aku di atas tag nama itu. Huruf warna emas dan selebihnya warna putih. Berbeza dengan tag nama murid biasa yang warna hitam dan putih. Begitu juga dengan tag nama pengawas biasa yang tidak ada jawatan yang warna merah dan hitam. Dipendekkan cerita hanya ketua dan timbalan ketua pengawas yang mempunyai tag nama seperti ini.
Tangan kiri aku menggalas kepala. Tangan kanan aku memegang tag nama yang tertera nama aku. Guess what? Aku dah terima untuk jadi pengawas . Peristiwa di bilik pengetua itu terlayar kembali di kotak fikiran aku.
"Dah?!" Suara garau Sir William menyedarkan kami berdua. Serta-merta tangan kami terlepas. Aku melepaskan dengusan seraya memeluk tubuh. Adam mengemaskan kembali tali lehernya di cekak baju kamejanya.
"You guys see that too right?" Sir William menyoal. Aku dan Adam serentak memandang empunya suara.
Kryuk! Kryuk!
Kami memandang Jessica yang sedang mengoyak plastik keropok. Dia tersengih.
"Hehe,sorry! Teruskan. Teruskan." Jessica menayang muka tidak bersalah.
Ada juga aku tendang ke planet Thanos ni, kang!"Korang sama kuat. Ariana tidak sekuat kamu,Adawiyah. Ariana lembut. Walaupun dia bijak tapi dia tak selalu turun padang untuk berdepan dengan pelanggar peraturan sekolah itu sendiri. Lagipun,Ariana sendiri yang nak lepaskan jawatan dia. Dia nak fokus dengan SPM katanya." Aku mengerutkan dahi. Serious? Kenapa pula Ariana buat benda yang macam orang tak berotak?
Dia lepaskan jawatan yang dia dah pegang bertahun-bertahun untuk SPM? Kenapa macam tak masuk akal punya alasan? Bukankah jawatan dalam sekolah juga akan menambahkan markah pelajar dalam penglibatan sistem sekolah? Akan memudahkan lagi pelajar itu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?
Kalau SPM pun apa kena mengena dengan jawatan yang hampir kesemua orang hendakkan ini dilepaskan begitu sahaja? Dan semestinya bukan aku. This is not my style!
"Kenapa? Apa kena-mengena SPM dengan jawatan ini? Kenapa pula saya yang kena jadi galang gantinya?" Aku menyuarakan ketidak puasan hati aku. Ini semua mengarut! Ini semua poyo! Erk?!
"Kau tanya kitaorang macamlah kitaorang tahu apa dalam kepala otak kakak kau yang besar itu!" Balas Adam. Pandanganku mencerlung ke arah Adam. Pantang apabila ada orang mengutuk keluarga aku.
"Kau cakap baik sikit ya!"
"Apa? Betullah apa aku cakap. Kakak kau tak matang. Tak profesional. Tak bertanggungjawab. Campur adukkan hal peribadi dengan hal sekolah. Sebab tu lah buat benda tak berfikir dulu. Adik beradik menyusahkan orang betullah!"
Aku menarik kolar baju Adam membuatkan dia tertunduk ke arahku. Mata penuh amarah aku menikam sepasang pupil hazel itu.
"Serious! Aku betul-betul nak bunuh kau Adam Muhammad!" Kataku di hadapan wajahnya. Adam tersenyum sinis.
"Oh,minion dah marah! Ingat aku takut? Eh,bulu kening aku pun tak heran lah kalau kau kata nak santau aku." Kata Adam lalu menggelengkan kepala. Aku mengangkat kening kanan. Santau? Nice idea.
"Eh,syirik Raa! Syirik!" Tiba-tiba Jessica mencelah. Aku menggelengkan kepala. Hati aku beristighfar panjang. Kolar baju Adam aku lepaskan kasar.
"Jadi,macam mana Wiyah?" Soal Sir William.
"Macam mana apa?"
"Jadi pengawas lah,minion! Budak kelas bahasa tapi tak faham bahasa melayu." Adam membalas kasar. Aku memejamkan mata. Kenapalah masa kecil-kecil dulu mak dia tak bagi makan arang supaya bisu tiang sesat ni. Kerja nak menyakitkan hati orang sahaja!
"Aku tak tanya kau lah,samdol! Blah lah! Menyemak aje!"
"Kau lah yang blah!"
"Diamlah mangkuk!" Mataku menghelang ke arah Adam.
"Asal pula aku nak kena diam? Aku ketua pengawas. Aku ada hak untuk bersuara."
"Pergi matilah dengan kau punya ketua pengawas itu! Ingat aku heran sangat?!" Aku mengipas-ngipaskan tangan ke muka. Terasa panas di dalam bilik pengetua ini walaupun ditemani dengan tiga buah penghawa dingin.
"Aku cili juga mulut kau ni,kang! Bahasa tak boleh nak cantik lagi ke?!"
"Tak adanya bahasa cantik-cantik untuk kau!"
"Eh,Adam. Nak try coklat ni tak?" Tiba-tiba Jessica menyuap gula-gula perisa coklat ke dalam mulut Adam. Adam menjegilkan mata ke arah Jessica. Aku tersenyum kemenangan.
"Uncle." Panggilku. Wajahku mula serius. Kaki aku langkah ke arah meja Sir William dan berdiri di hadapan meja tersebut menghadap Sir William yang duduk di atas kerusinya.
"Kalau saya terima jawatan ini,apa saya akan dapat?" Aku menyoal seraya mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
"Uncle akan tolong kamu cari pembunuh arwah ibu kamu." Aku terkedu. Keadaan hening seketika. Automatik lelaki dengan tatoo di tangan yang menembak arwah ibu aku,terlayar di minda. Sampai ke hari ini aku masih ingat lagi wajah lelaki itu. Senyuman lebar dia. Darah ibu aku. Degup jantung ibu aku yang melemah. Kucupan hangat ibu. Kata-kata terakhir ibu.
"Ibu sayang Wiyah. Bukan salah Wiyah.."
Api dendam yang sekian lama terpendam di lubuk hati aku semakin menyala-nyala. Senyuman lebar aku ukir. Pandanganku bertukar gelap.
"Deal."
Aku tersenyum sinis. Selama ini aku hanya menunggu peluang untuk memulakan langkah. Empat tahun dalam Henry Gurney,aku hidup bertemankan mimpi buruk dan dendam yang mendalam. Selama empat tahun aku menyiasat tentang pembunuh arwah ibu.
Sehingga satu hari,ayah mengetahui akan tindakanku. Aku terpaksa menghentikan pencarian pembunuh itu buat sementara kerana ayah mengugut untuk menghantarku ke luar negara.
Lagipun,siapa lelaki itu dan kumpulan kongsi gelap apa dia sertai aku belum dapat menjejaknya. Akan lebih mudah sekiranya ada campur tangan dari orang yang lebih tua dan arif seperti Sir William.
Namun begitu,aku masih di bawah umur. Beberapa bulan sahaja lagi. Habis SPM aku bercadang untuk bertindak kerana akan lebih mudah untuk aku bergerak kerana mulai tahun depan ayah akan tinggal berasingan dari kami atas urusan kerja.
Walaubagaimanapun,sahabat karib ayah iaitu Sir William telah membuka kembali jalan untuk aku menyambung semula perbuatan aku yang tergendala.
Sikit lagi.
Aku akan dapat kau.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Sepandai-pandai kancil melompat akan jatuh ke mulut buaya juga.
Eh?
YOU ARE READING
A Silent Love
Roman pour AdolescentsWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...