SAMPAI di sekolah,pantas aku meluru ke kelas 5A-1 iaitu kelas Ariana. Ada benda yang hendak dibincangkan. Aku punya struggle mengingat jalan untuk ke sekolah dia boleh tinggalkan aku kat rumah. Walaupun jarak dari kawasan perumahan kami itu dengan Ambergold tidak berapa nak jauh? But,still aku masih tidak berapa ingat. At last,aku tawakkal sahaja. Nak sampai sekolah,sampailah. Kalau tidak,aku lepak je lah mana-mana. Nasib baik jumpa! How?
Perkara itu terlayar kembali di benakku.
Aku melepaskan keluhan untuk yang kesekian kalinya. Ariana ni saje je tahu! Dia tahu aku baru sekali pergi ke Ambergold,dia banyak punya baik pergi tinggalkan aku ni pasal apa?!
Apa kes dengan kakak aku ni? Semenjak ada crush,perangai dia dah lain. Hm,maybe perasaan aku je kot. Yalah kami kan nak SPM,maybe dia nak fokus. Aku ni sahaja yang tak reti-reti nak sedar. Tapi,still! Itu bukan bermakna dia boleh tinggal aku!
Aku menguatkan aircond. Yes,aku drive nak ke sekolah. Ambergold Highschool kan sekolah elit. Mana diaorang nak kisah pelajar dia macam mana. Boleh sahaja drive ke sekolah tapi pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa. Maybe kalau accident dalam kawasan sekolah,pihak sekolah hanya tolong call ambulance dan berikan bantuan awal kecemasan. Luar sekolah,lantak kau lah. Nak mati ke,merempit ke suka hati kau.
Pandangan aku jatuhkan keluar tingkap sebelah kanan. Lambat pula traffic light ni nak hijau! Serentak dengan itu,sebuah motosikal berkuasa tinggi berhenti tepat di sebelah kereta aku. Alah,kereta aku tak lah vouge mana. Hanya kereta Ferrari warna hitam dan tinted hitam gila nak mati tu sahaja. Okey,gurau! Ayah aku kerja apa kau tak payah nak kisah. Ada hari aku cerita.
Nak tertojol keluar biji mata aku dari soketnya tatkala melihat motosikal tersebut. Mak aih! Menggodanya motor ni. Motor idaman aku tu weyh! Kawasaki ninja warna hitam dan merah. Penunggang itu memalingkan wajah ke arahku dengan helmet menutup keseluruhan muka dan aku tersedar sesuatu.
Uniform dia. Uniform Ambergold. Alhamdulillah,pucuk dicita ulam mendatang!
Akhirnya,aku hanya mengekori pelajar itu dan here I am. Selamat sampai di Ambergold Highschool. Kat depan kelas 5A-1 dan tangan aku mengetuk pintu dengan riak beku.
Seisi kelas diam dan melihat figuraku di hadapan pintu. Seorang perempuan yang sedang membersihkan papan tulis mendekatiku.
"Ya,dek? Cari siapa?" Pandanganku bertukar tajam dan memanah tepat ke matanya. Dia adikkan aku? Mentang-mentang aku kecil molek dia tinggi macam pembaris. Suka hati nenek dia sahaja nak adikkan aku. Wajah perempuan itu menunjukkan reaksi 'aku salah cakap ke?' Aku menjeling wajahnya.
"Aku cari Ariana Humairah. Tolong panggil dia sekejap." Kataku tanpa nada. Riak wakah beku masih kupamerkan. Seisi kelas mula membuat kerja masing-masing. Kehadiranku di situ tidak dipedulikan oleh mereka. Apa yang pasti,diaorang sibuk menelaah buku sambil bersoal jawab tentang soalan yang ada di buku. Sumpah,kalau aku masuk kelas ni. Confirm,gila! Aku mana boleh belajar sahaja terus. Kena ada membawang sikit-sikit baru best.
"Ariana! Ada orang nak jumpa!" Jerit perempuan itu lalu berlalu pergi ke mejanya. Aku bergerak ke arah koridor di hadapan kelas 5A-1 sementara menunggu kehadiran Ariana. Aku nampak. Aku nampak dia nampak aku kat depan pintu tadi. Tapi,dia buat-buat tidak nampak. Kenapa dengan kakak aku ni,ya Allah. Apa yang tidak kena?
"Ye?" Soal satu suara. Aku menoleh. Wajahnya terhias dengan senyuman manis. Tapi,entah kenapa aku tidak rasa tenang seperti selalu. Aku sedikit berjauh hati dengannya. Masih terasa dengan insiden tadi pagi.
"Kenapa kau tinggalkan aku?" Soal aku dengan nada yang mendatar. Wajah beku aku tayangkan. Yeah,Wiyah in the house you allss. Ariana menyentuh bahuku dan berbisik di telingaku.
"Maaf,aku tak sengaja. Aku memang nak cepat tadi pagi. Lagipun,lepas ni ada perjumpaan mpp lagi. Kau balik kelas dulu lah ya. Nanti rehat jangan lupa makan. Bye." Ariana masuk ke kelas semula. Aku tergamam,terkedu,terkejut,kaget dan segala macamlah!
Ariana tidak pernah bercakap macam tu dengan aku sebelum ini. Siap berbisik pula itu. Belum sempat aku cakap apa-apa,dia terus blah! Nak cepat apa? Aku tengok tadi pagi elok dia melepak dengan kawan dia kat kafe. Lewat nak makan kat kafe ke maksud dia? Kenapa aku rasa dia bertingkah macam tak nak orang tahu yang aku ni adik kembar dia?
Hish! Cut the crap,Wiyah! You're too much in overthinking! Ariana bukan macam itu. Mungkin dia ada sebab tersendiri. Aku cuba bersangka baik. Aku beredar dan lif aku tuju. Kelas aku terletak di tingkat tiga. Kelas Ariana pula terletak di tingkat lima.
Sambil menunggu pintu lif terbuka,aku menelaah cermin membaiki lipatan tudung aku supaya kelihatan kemas. Penampilan yang sentiasa kemas dan bersih adalah keutamaan khusus bagi aku. Jadi,nak datang sekolah dalam keadaan selekeh,tudung senget atau baju berkedut. That is not my style!
Samseng,samseng aku. Aku masih mengutamakan penampilan yang sentiasa kemas dan baju serta tudung tidak sendat dan singkat. Macam haram sahaja pakai baju sendat dan tudung singkat. Baik kau tak payah pakai baju terus. Nak bagi nampak kat siapa? Kat mata-mata liar buaya darat ke,atau bakal suami kau?
Yang aku melalut sampai bakal suami ni kenapa?! What the hell is wrong with you,Wiyah?!
TING! Pintu lif terbuka dan aku menyimpan cermin dalam poket. Mata aku angkat melihat ke arah dalam lif dan aku menangkap pupil hazel itu yang juga turut memandangku.
"Oh,minion is here."
Damn it!
Langkah kakinya kemas diatur untuk keluar dari lif. Mendekati aku. Aku terpaksa mendongak dan pupil hazel itu memanah pupil mata aku. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Aku sedikit terusik. Senyuman itu,untuk apa?
Rambutnya jatuh ke dahi. Kaca matanya yang sedikit terlurut di batang hidung,ditolak menggunakan jari telunjuk kanan. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar.
Lif tertutup menarik aku kembali ke alam realiti. Oh,shit! Aku mencarut di dalam hati. Mata aku larikan ke belakangnya di mana pintu lif selamat tertutup. Hampir aku nak menjerit.
Pandangan tidak puas hati aku berikan kepada Adam yang sedang merenungku dari tadi. Aku tak faham betullah dengan mamat ni. Oh,tidak. Aku tidak faham dengan diri aku sendiri. Semenjak aku jumpa dengan pengawas tiang ni,rasa dunia aku serba tidak kena.
Buktinya,tadi nampak sahaja muka dia. Aku terus lupa di mana kaki aku berpijak. Aku memang dah gila!
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...