ASL ♡ [PART 56]

25 3 2
                                    

MATAKU tajam merenung seraut wajah tanpa kaca mata itu. Huh! Tidak sangka selama ini aku tidak kenal lelaki ini. Bodohnya!

"Wiyah,aku boleh jelaskan." Adam melangkah setapak namun pantas aku melepaskan tembakan. Adam dan Airil terpempan.

BANG!

Berasap dinding di belakang Adam setelah dihentam sebutir peluru yang baru sahaja aku lepaskan. Seinci sahaja lagi untuk mengenai kepala Adam. Hanya sebagai tanda bahawa aku serius.

"Selepas ini,aku tak akan meleset lagi." Aku berkata dingin. Sengaja memerli Adam.

"Ya. Walau apa pun yang aku akan cakap. Kau memang tidak akan mengubah pendirian,kan? Kau memang sangat berbeza dengan Rabiatul Adawiyah yang aku kenal dulu. Hati kau keras. Sekarang ni,apa yang aku lihat hanya seorang gadis yang semakin jauh tersasar."

"Diamlah! Kau menjengkelkan." Aku berkata jelik. Bebola mata aku putarkan tanda menyampah.

"Aku tahu ini bukan jalan yang kau nak!"

BANG!

Aku menarget bahu kiri Adam namun pergerakan pantas Adam membuatkan tembakan aku meleset. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan aku. Tangannya naik menggenggam muncung pistol. Mataku naik merenung sepasang hazel itu.

"Hubungan kau dengan Kai yang aku baru tahu sudah cukup menjelaskan segalanya,Adam. Kau pengkhianat." Aku mengeluarkan fakta yang aku percaya.

Kelihatan halkum Adam bergerak-gerak. Tangan kirinya yang menggenggam hujung pistol membawa ekzos pistol ke arah dada kirinya. Aku mengangkat kening kanan setajam yang mungkin. Lidah aku kelu.

Dia nak aku tembak dia tepat ke jantung? Macam tu?

"Apa yang kau tunggu lagi? Aku ada di hadapan mata kau. Bukankah ini yang kau nak selama ini? Bunuh sesiapa sahaja yang menghalang jalan kau?" Tenang Adam menuturkan kata-kata itu. Walaupun sebenarnya dia sedang memerli.

Aku sekadar merenung sepasang hazel itu sedalam yang mungkin. Kata-kata itu seperti membawa satu rasa yang asing ke dalam hatiku. Kedengaran tulus namun ego aku pantas menghapus semula rasa itu. Aku tidak boleh mempercayai lelaki ini.

"As you wish." Baru sahaja aku meletakkan jari telunjuk pada picu,terasa kepala aku diacu sesuatu yang keras. Pergerakan aku terkunci.

KTAK!

"Bawa bertenang." Suara itu berbisik keras kepada aku selepas telinga aku menangkap bunyi pelatuk pistol ditarik.

Aku mendesis geram mengenang kebodohan sendiri. Boleh pula aku lupa kehadiran lelaki itu!

Mataku memanah seraut wajah yang sedang tersenyum sinis di hadapanku tika ini. Aku dah cakap! Lelaki ini memang tidak boleh dipercayai!

Adam cuba menarik pistol dari tanganku. Namun,aku masih kukuh menggenggam pemegang pistol. Aku menelan air liur yang terasa payau.

PAK!

Airil yang sedang mengacu pistol tepat ke belakang kepala aku bertindak menolak kepala aku dari belakang menggunakan ekzos pistol.

"Aku sepatutnya bunuh kau dari awal lagi." Aku berkata dingin. Teringat semula tingkah Airil yang berlagak suci sewaktu aku berbual dengannya sebentar tadi. Keliru dan marah bercampur baur sehinggakan aku rasa nak meletup.

Awalnya berlagak jadi doktor. Rawat Kak Leya dan Shila. Siap kata nak tolong aku selamatkan mereka berdua. Namun,sekarang acu pistol pada aku.

Kedengaran tawa sinis terletus daripada Airil. Adam merampas pistol daripada tanganku tanpa sempat melakukan apa-apa. Aku menahan rasa amarah yang kian memuncak.

"Kau sepatutnya lebih bijak. Kau sedar kan yang kau sekarang berada dalam sarang musuh? Memudahkan lagi kerja aku untuk serahkan kau pada Kai."

Kali ini,aku pula yang meletuskan tawa sinis. Bagaikan seorang gadis psiko yang boleh ketawa dalam keadaan nyawa seperti telur dihujung tanduk. Aku pun tak tahu adakah aku masih waras ataupun sedang mengalami tekanan mental. Tapi,aku peduli apa?

Lelaki ini sedang buat lawak!

Serentak dengan itu,aku melompat tinggi ke udara lantas menendang perut Adam sebelum mendarat dengan sempurna di belakang Airil. Belum sempat Airil hendak menoleh,aku menikam belakang tubuh Airil menggunakan pisau lipat. Tangan kanan aku memeluk Airil dari belakang manakala tangan kiri aku menggenggam pisau lipat yang keseluruhan bilahnya sudah terbenam ke dalam tubuh Airil.

Darah memancut keluar dan aku tersenyum lebar. Terasa tangan kiri aku sudah dicemari dengan darah yang semakin membuak-buak keluar dari tubuh Airil. Airil terlutut dalam keadaan mata yang terbeliak. Pistol terlepas dari tangannya.

Tangan kananku beralih ke lehernya pula. Mulutku dekatkan ke telinga kiri Airil.

"Kau sepatutnya tidak memandang rendah pada aku." Aku berbisik halus disusuli tawa keji. Dia kata nak serahkan aku pada Kai? Bukankah itu lawak? Ahahahah!

"AIRIL!!" Jeritan Adam kedengaran terkejut. Dia yang sedang memegang perut terpempan melihat ke arah Airil. Aku mengoyak senyum tajam.

Mataku tidak berkelip merenung seraut wajah itu. Sekaligus menambah luka di hati aku yang  berdarah. Bagaimana arwah ibu boleh menganggap lelaki ini sebagai anak sendiri?

"Ad..dam. Terus..kan." Airil kelihatan mengoyak senyum manis. Aku mengangkat kening kanan. Sedikit rasa simpati pun tidak singgah di hatiku.

Aku tersengih melihat Adam yang kelihatan sangat terkejut. Bilah pisau aku tarik keluar dari belakang tubuh Airil. Mulut Airil mula mengeluarkan darah.

"ADAWIYAH!!! KAU MEMANG MELAMPAU!!!" Adam mula menyinga namun langkahnya terhenti tatkala bilah pisau aku dekatkan pula pada leher Airil.

"Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang halang jalan aku. Bukankah kau sudah sedia maklum?" Aku menyoal sinis. Adam mengertap rahang. Mukanya memerah menahan marah. Aku tersenyum sinis.

"Kau bukan dia! Kau bukan Rabiatul Adawiyah yang aku kenal! Wiyah tak akan buat macam ni! Apa yang dah merasuk kau?!"

Apa yang sudah merasuk aku? Dendam.

"Adam.." Airil bersuara lemah. Matanya berkaca-kaca merenung Adam. Aku memutarkan bebola mata. Another drama?!

"Ingat ran..cangan kita. Jaga diri." Airil tersenyum manis sebelum tubuhnya jatuh tertiarap ke lantai. Darah memenuhi lantai. Aku mengangkat bahu seraya berdiri tegak.

"Airil!" Adam berlari mendapatkan Airil yang sudah tidak bernyawa. Aku tikam tepat ke organ vital milik lelaki itu. Dia tidak akan dapat bertahan setelah mendapat luka sedalam itu.

Bilah pisau aku bersihkan menggunakan kain baju. Kemudian,pisau tersebut aku masukkan ke dalam saku seluar. Tubuh aku peluk dan wajah aku tundukkkan melihat ke arah Adam yang sedang memeluk tubuh abangnya.

Aku menjongket bibir tanda menyampah. Bukankah ini adil? Ayah kau bunuh ibu aku. Aku bunuh abang kau. Cis! Drama ini memuakkan. Revolver aku tarik dari belakang pinggang.

"Giliran kau." Kataku tanpa nada seraya mengacu ekzos revolver ke arah Adam yang mula menggendong tubuh abangnya. Wajahnya ditunduk ke arahku. Tatapan mata yang memerah itu menyapa mataku. Aku menyengetkan kepala.

BANG!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now