KLIK!
Aku menarik nafas dalam. Anak mata bergerak memerhati kawasan sekeliling. Kerosakan di mana-mana. Darah mencemari lantai dan dinding. Peluru-peluru yang bertaburan. Mayat-mayat yang bergelimpang.
"Lebih seminit." Suara Shila kedengaran dari pintu gudang. Mata aku melingas ke arahnya yang sedang berdiri di tengah-tengah pintu gudang yang terbuka luas. Beg hitam di sangkut di bahu kanan. Kedua tangan mencekak pinggang.
"Time is money." Dia menyambung.
"Time is gold,babe. Gold!" Laju Farah membalas. Aku sekadar memandang kosong.
"Dah,blah! Dah pukul berapa ni." Aku membersihkan bilah pisau lipat yang dicemari dengan sisa darah dan cebisan daging.
"Girls,look who's here.." Aku menoleh. Erika dengan seorang gadis yang lebih kurang sebaya dengan kami. Wajahnya pucat lesi dan bibirnya bergetar.
Aku mengangkat kening kanan. Muncul dari mana pula perempuan ini?
"Aku jumpa dia kat dalam bilik belakang." Kata Erika kemudian tangannya menolak tubuh gadis itu. Gadis itu terjelopok jatuh ke lantai. Lemah. Aku menjungkit bibir.
"K..korang tak tahu.. ap..pa yang korang dah buat." Gadis itu bersuara dengan kepala yang tertunduk. Aku mengoyak senyum sinis. Aulia dan Farah tergelak. Shila bersandar di dinding dengan wajah tidak berperasaan. Erika berpeluk tubuh dengan wajah yang menyinga.
"Apa kau nak cakap sebenarnya ni?" Kaki Erika naik menyepak kepala gadis itu. Gadis itu terbaring.
"Erika! Rilax.." Aku meninggikan suara. Panas baran tak bawa bincang!
Aku maju sehingga sampai di hadapan gadis itu. Dia bangun dan kepala didongak ke arahku. Panahan matanya berbeza seperti tadi.
"Kau akan menyesal." Suaranya sedikit bergetar namun matanya tidak menunjukkan ketakutan sama sekali. Aku mengangkat kening kanan setinggi yang mungkin dan duduk bercangkung.
"Siapa kau?"
"Aku tak perlu bagitahu kau."
"Apa kau buat dekat sini?"
"Bukan urusan kau."
"Dengan umur yang masih muda. Kau bazirkan masa kat sini. Dengan lelaki-lelaki tak guna ni pula. Kenapa?"
"Kau tak perlu nak sibuk."
PANG!
"Kau buat aku hangin lah." Tenang aku menutur kata-kata itu selepas melayangkan tamparan ke pipi mulus gadis itu.
Dia terteleng dan matanya terpejam. Kelihatan air mata turun membasahi pipinya.
"Kau,kena culik?"
Dia kelihatan terkedu. Wajahnya pantas ditoleh ke arahku. Tiba-tiba matanya berkaca-kaca dan bibir bawahnya digigit.
"Bunuh sahaja aku." Air matanya jatuh bercucuran. Aku memandang tanpa riak. Penampilan gadis itu yang tidak terurus dan wajah yang cengkung menguatkan lagi tekaan aku.
"Aku dah jadi hamba nafsu mereka lebih dua tahun. Dikurung kat sini. Bilik yang gelap dan dilayan macam binatang. Bunuh aku. Tak payah tanya aku macam-macam soalan. Aku dah tak nak hidup. Hidup ini kejam!"
Keadaan hening seketika. Aku berdiri dan tangan kanan menarik pistol dari belakang pinggang. Ekzos aku acu tepat ke kepala gadis itu. Pelatuk aku tarik.
"Raa!!"
"Apa kau nak buat?"
"Berhenti!!" Aulia cuba mencapai lenganku. Namun,pantas aku mengacu mata pisau ke arah lehernya. Mata aku tajam menikam wajah Aulia. Dia terpempan. Farah menutup mata. Erika terlopong. Shila dengan riak wajah tidak berperasaan.
"Tak boleh ada saksi!" Tegas aku melontarkan kata-kata itu. Gadis itu sudah menangis dengan esakan yang ditahan.
"Kau tak kesian ke dengan dia?!" Aulia masih berkeras. Mataku semakin berapi dengan rasa amarah yang kian memuncak.
"Aku peduli apa?!!" Kuat aku mengherdik Aulia. Farah dan Erika sekadar membisu. Tidak mahu terlibat. Walaupun aku tahu mereka juga tidak bersetuju dengan tindakanku.
"Dia hidup,kita dapat masalah!"
"Tapi dia tak ada kena-mengena dengan hal ini."
"Salah dia ialah berada di sini!"
"Itu bukan kemahuan dia!"
Aku merengus. Wajah aku jatuhkan ke bawah melihat gadis itu yang tertunduk lemah. Hopeless!
Dia memang dah tak ada harapan untuk meneruskan hidup. Dia dah putus asa.
"Any last words?" Aku menyoal gadis itu. Dia mengangkat wajah. Aku terkedu. Wajahnya lecun dengan air mata. Tapi..
Bibirnya tersenyum lebar.
"Terima kasih sebab datang. Aku dah tunggu lama untuk seseorang selamatkan aku dari neraka ini. Mungkin,mati ialah jalan yang terbaik. Dah tak ada tempat untuk aku,di dunia ini."
Lidah aku kelu. Satu rasa yang kurang enak menyapa hati.
Simpati.
Perlahan Aulia mengambil pistol dari tangan kananku. Manakala tangan kiri yang memegang pisau lipat diturunkan oleh Farah.
"Dia tak salah." Aulia cuba memujukku.
"Aku masih sangsi dengan cerita dia." Erika bersuara.
"Keadaan dia yang dah tak serupa orang ni,kau masih tak percaya?" Farah menangkis sangkaan Erika. Aulia menyua pistol semula kepada aku.
"Cut the crap,Farah!" Farah langsung tersengih.
"Hoi,tak nak balik ke?!" Suara Shila memetir. Aku pantas menyisip pistol ke belakang pinggang.
Kaki aku langkah pantas ke pintu gudang. Shila menyalakan rokok. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
"Kau naik apa?" Soalnya kepada aku.
"Basikal je."
"Dah tu Aleya macam mana?" Aulia mencelah. Erika dan Farah gigih mencurahkan minyak petrol ke segenap ruang gudang. Luar dan dalam.
"Aleya siapa pula ni?"
Jari telunjuk diarahkan kepada gadis yang berdiri di sampingnya. Dia tertunduk. Aku menjeling.
"Kenapa dengan dia?" Shila menyoal kembali.
"Tak kan kita nak bawa dia masuk HG? Logiklah sikit."
"Dah tu?"
"Raa kena bawa dia sekali." Laju aku menoleh. Pandangan tidak puas hati aku lemparkan ke wajah Aulia dan Aleya. Silih-berganti.
"Apa pula yang logiknya aku nak bawa ke rumah? Ingat aku sendiri tinggal kat rumah tu? Ingat ayah dan Ariana akan senyum suka tengok aku bawa perempuan ni? Korang yang nak sangat kesian dekat dia. Buat apa nak susahkan aku?!" Laju sahaja aku menembak. Aulia mengigit bibir bawah. Aleya semakin menundukkan kepalanya ke bawah.
Heh! Agaknya kalau dia boleh masukkan kepala dia ke dalam tanah,dah lama dia buat!
"Raa,aku tahu kau bengang dekat dia ni. Kalau kau nak bunuh dia. Dah lama kau pecahkan kepala dia. Tapi,kau tak buat. Aku tak perlu nak jelaskan mengapa kot. Kau sendiri tahu sebab dia."
Aku buat pekak.
"Settle?"
"Bereh boh!" Sahut Farah.
Shila melontarkan puntung rokoknya ke dalam gudang. Percikan api dari puntung rokok itu menghasilkan tindak balas daripada minyak petrol yang sudah meliputi gudang tersebut. Letupan besar terhasil.
Kami semua tersenyum lebar. Kami? Aku terus memandang wajah Aleya. Dia kelihatan..
Lega?
YOU ARE READING
A Silent Love
Ficção AdolescenteWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...