AKU berlari ke hadapan tanpa rasa gentar. Membedil setiap manusia yang cuba menghalangi langkahku. Dua langkah,aku bersembunyi di sebalik runtuhan kayu lalu dalam sekejap waktu aku melepaskan tembakan ke arah beberapa manusia di hadapan.
Mata aku tajam memanah ke arah mereka. Bagaikan seekor singa yang sedang bersembunyi sebelum menerkam mangsanya. Setelah senapang di tangan mula berhenti memuntahkan peluru,aku menggapai pistol di sisi pinggang kanan. Pisau lipat aku keluarkan dari saku seluar.
Kemudian,aku menggulingkan badan di atas permukaan pasir lalu membenamkan bilah pisau ke batang tubuh seorang lelaki bertubuh agak kurus yang cuba menghampiriku. Bagus! Kau memudahkan lagi kerja aku.
Tubuh lelaki itu aku gunakan sebagai perisai. Maju ke hadapan sambil melepaskan tembakan. Tatkala menyedari tubuh lelaki di hadapanku ini mulai memberat aku melemparkannya ke atas pasir.
Seorang lanun pula cuba menyerangku menggunakan sebilah pedang yang agak berkarat. Ekzos pistol aku fokuskan ke arahnya dan mata aku kecilkan sedikit. Mengapalah bodoh sangat nak serang aku guna pedang while aku ada pistol?!
BANG!
Dia langsung terkulai. Aku mencapai pedang tersebut lalu menebas mereka yang berada berdekatanku. Seorang wanita berlari ke arahku dengan pisau di tangan. Aku mengangkat kening tajam.
Bilah pedang aku angkat paras kepala sambil tangan kanan yang memegang pistol masih melepaskan tembakan. Namun,apabila wanita itu sudah mendekatiku aku lantas berlari dan melompat memutuskan kepala wanita itu tanpa sempat dia melakukan apa-apa.
Kemudian,suasana terasa sunyi. Tidak ada bunyi tembakan kedengaran. Hanya bunyi hempasan ombak dan percikan api menjadi halwa telingaku. Aku menoleh ke belakang dan..
TING!
Pistol terlepas dari tanganku. Mataku terbuntang tatkala sebilah pedang dihayunkan ke arahku. Namun,aku pantas menangkis serangan itu. Bilah pedangku melintang dan bilah pedang yang tiba-tiba sahaja muncul itu menegak. Kekuatan yang sangat besar itu menuntun aku untuk menjatuhkan lutut kiri di atas permukaan pasir bagi menahannya.
Bilah pedang milikku berlaga dengan sebilah pedang berkilat milik seorang lelaki bertubuh tinggi lampai. Terasa kekuatan lelaki itu melebihi kekuatanku. Aku mengangkat wajah dan raut wajahku serta-merta berubah.
Mengapa dia perlu muncul waktu ini?! Aku sangka dia akan berhenti menggangguku setelah apa yang aku telah lakukan padanya. Namun,rasanya dia tidak berputus asa selagi aku tidak mati.
Sepasang hazel itu kelihatan marak dengan api kebencian. Riak wajahnya menghantar satu mesej ke arahku. Dia tekad ingin membunuhku.
"Apa yang kau ingin lakukan?!" Aku menjerit marah ke arah Adam Muhammad yang berada di hadapanku tika ini.
"Mengapa kau tidak bunuh aku? Huh?! Apa motif kau?!" Adam mengherdik aku semula. Bibir aku kertap geram. Tak kenang budi!
Aku menolak bilah pedang Adam sekuat tenaga membuatkan dia terundur ke belakang. Aku lantas berdiri dan lagaan pedang kami bertemu lagi. Dalam keadaan aku menahan serangan Adam,mataku meliar ke sekeliling kami.
Tidak ada orang lain selain kami. Ke mana mereka semua menghilang? Cepatnya!
Tiba-tiba Adam bertindak menolak bilah pedangku dengan lebih kuat. Sedikit percikan api terhasil daripada lagaan pedang kami. Fokusku terarah semula ke arah lelaki itu.
"Aku ingatkan kau dah mati. Tapi liat juga nyawa kau." Sinis aku berkata sambil tanganku masih berupaya menahan serangan Adam. Kudratnya melebihi kekuatanku membuatkan aku terundur ke belakang dan terhenti tatkala belakang tubuhku bertemu dengan sebatang pokok.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...