ASL ♡ [PART 52]

23 3 0
                                    

AKU mengenakan sehelai baju tanpa lengan dan jaket kulit hitam pada tubuh. Rambut aku ikat ketat gaya ekor kuda lalu aku sarungkan topi yang juga warna hitam. Dessert Eagle aku sisip ke belakang pinggang. Pisau lipat aku masukkan ke saku seluar Jeans. Ankle boots hitam tersarung di kedua kaki milik aku.

Beberapa bom tangan,peluru,dan tiga lagi Glock hitam berkilat aku sisip di sekeliling pinggang. Manakala peluru aku tempatkan di bahagian punggung.

Senjata api lain yang bersaiz lebih besar aku masukkan ke dalam sebuah beg besar warna hitam. Beg tersebut aku angkat. Kaki aku bawa keluar dari ruang bilik.

Turun ke tingkat bawah,aku mengerutkan dahi. Ruang tamu yang asalnya tunggang-langgang sudah dibersihkan.

"Kau nak ke mana?" Satu suara dingin datang dari arah belakang. Badan aku kejung. Terlupa yang Hazeeq turut berada di sini. Aku menoleh.

Sepasang mata itu menikam wajahku. Aku menahan rasa getaran di dalam dada. Teringat segala kenangan aku bersama lelaki ini pada waktu dulu. Aku ingat semuanya.

Lelaki ini protective. Apa sahaja kerja gila yang aku nak lakukan dia pasti melarang aku. Dia pasti ada setiap kali aku memerlukan bantuan. Dia melindungi aku seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Dia ialah lelaki yang selalu membela aku bila Adam membuli aku. Mungkin sikap itu yang membuatkan aku menaruh perasaan terhadapnya.

Tapi itu dulu. Hazeeq Nazrul yang berdiri di hadapan aku ini,bukan Hazeeq Nazrul yang dulu. Lelaki yang beridiri di hadapan aku ini,hanyalah seorang lelaki yang dingin dan beku. Tapi,perasaan aku masih sama.

"Terima kasih selamatkan aku,Hazeeq." Aku mengucapkan perkataan itu seraya tersenyum segaris ke arahnya. Raut wajahnya sedikit berubah.

"Seperti selalunya. Kau selalu ada kan." Aku tersenyum lagi. Di lubuk hati aku yang paling dalam,terbit rindu yang sudah sekian lama terpendam. Aku rindu lelaki ini.

"Kau,dah ingat semuanya?" Dia menyoal dengan kening kanan yang terangkat sedikit. Aku menyembunyikan senyum. Kami mempunyai tabiat yang sama sejak kecil.

"Ya. Aku ingat semuanya. Sekali lagi,aku terhutang nyawa dengan kau." Aku senyum tawar. Hazeeq diam memerhatikan aku.

"Baguslah." Pendek dia membalas. Aku mengangguk kecil. Aku tunduk seketika. Awkward?

"Kau nak jumpa Kai?" Soalan itu cukup menyentak hatiku. Wajah aku angkat pantas.

"Bagaimana kau tahu nama dia?"

"Aku tak boleh lupa siapa lelaki yang bunuh arwah Aunty Mawar. Kau terlalu mudah untuk diteka." Tenang dia membalas. Aku diam merenung wajahnya.

Walaupun dia tahu pembunuh arwah ibu,tapi pada matanya tidak terselit rasa amarah walau sekelumit.

"Terlalu bahaya untuk kau pergi sendiri. Aku ikut." Anak mataku membulat. Tidak sangka Hazeeq akan melontarkan kata-kata itu.

"Dia hanya nak aku datang. Biar aku pergi sendirian. Kau tak perlu ikut." Aku mengalihkan mata ke arah lain. Ya,memang terlalu bahaya untuk masuk ke sarang musuh sendirian. Tapi akan bertambah lebih bahaya untuk aku bawa sesiapa bersama aku.

Cukuplah kematian yang aku nampak hari ini. Aku memusingkan badan lalu melangkah ke pintu hadapan rumah.

"Kau ingat aku akan biar kau pergi sendiri?!" Hazeeq masih berkeras. Aku mengendahkannya. Namun,terasa lengan aku direntap kasar dari arah belakang. Spontan,aku terus menoleh dan tangan aku naik menyentuh tangan yang menarik lenganku. Wajah aku dongak melihat ke arahnya.

"Lepaskan aku!" Suara aku meninggi. Wajah aku mula berubah riak. Lelaki ini memang suka memaksa!

"Aku ikut!"

"Tak boleh!"

"Mengapa?! Apa sebab kau halang aku ikut? Bagi aku sebab yang munasabah!" Aku mengertap gigi dek kerana rasa geram dengan sikap lelaki itu.

Lengan aku dilepaskan dengan kasar. Dia bercekak pinggang. Aku mengerling jam yang berada di pergelangan tangan kiri. Aku sudah lama membuang masa!

"Sebab aku tak nak kau ikutlah! Kau hanya akan menyusahkan aku!" Aku cuba untuk menyakitkan hatinya. Mungkin dia akan terasa lalu pergi meninggalkan aku. Namun sangkaan aku meleset,satu senyuman sinis terlukis di bibirnya.

"Aku hanya akan memudahkan lagi kerja kau. Aku tak boleh biar budak kecil macam kau ni masuk ke sarang musuh tanpa penjagaan. Nanti kau sesat!" Dia mengangkat kening kanan. Hati aku mula terbakar. Kurang ajar!

"Aku bukan budak-budaklah!"

"Bukan budak-budak ke main hujan sampai ke tengah jalan raya? Kau yang menyusahkan aku   lagi adalah!"

"Aku bukan main hujanlah!" Benang yang basah cuba aku tegakkan. Walaupun terang lagi bersuluh aku tengah main hujan. Eh tidak! Aku sedang menenangkan diri di bawah rintik hujan yang turun membasahi Bumi. Aku berusaha untuk membina semula semangat yang kian luntur setelah apa yang berlaku hari ini.

Pandangan kosong aku lemparkan ke arah wajah Hazeeq. Bagaimana aku akan biarkan kau ikut setelah aku kehilangan tiga orang sahabat aku sekaligus? Bagaimana aku akan biarkan kau ikut setelah aku tahu apa yang lelaki kejam itu mampu lakukan?

"Dah tu,kau nak cuba cakap yang kau nak bunuh diri? Macam tu?" Hazeeq menyoal sinis. Aku merenung wajah itu lama. Kalaulah aku boleh luahkan segala yang terpendam di hati. Rasa sakit yang perlahan-lahan membunuh aku.

Seandainya aku boleh jelaskan yang hari ini ialah hari yang sangat memeritkan. Tapi,semua itu aku hanya boleh simpan sendiri. Mereka tidak akan faham.

"Aku masih waras lagilah." Mendatar sahaja aku membalas. Aku keluar dari rumah dan berniat untuk menuju ke arah garaj. Namun,sekali lagi Hazeeq menarik lenganku.

"Kenapa sekarang kau dah jadi sangat degil,Wiyah? Apa yang membuatkan kau berubah sampai macam ni? Mengapa ego kau tinggi sangat nak terima bantuan orang? Huh!" Sekali nafas dia melontarkan soalan-soalan itu.

Tangan Hazeeq yang menggenggam lenganku,aku leraikan. Dia menurut.

"Aku tak ada masa nak terangkan dan kau tak perlu tahu kenapa aku jadi macam ni." Aku terus meninggalkan lelaki itu. Motor yang berada dalam garaj aku tunggang. Beg yang berisi pelbagai senjata api,aku silang ke dada.

Enjin aku hidupkan,bunyi ngaumannya bergema di ruang garaj itu. Topi aku tanggalkan. Handle aku pusing dan motor aku meluncur laju keluar dari garaj lalu meninggalkan perkarangan rumah.

Meter di hadapan bergerak dengan kadar yang laju. Rambut aku yang panjang mengurai berterbangan ditampar angin yang sangat kencang. Mata aku keras ke hadapan merenung jalan raya. Sekeras hati aku yang terlalu banyak dihimpit rasa kecewa berkali-kali.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now