ASL ♡ [PART 59]

39 3 0
                                    

ADAM kelihatan terkejut dengan apa yang baru sahaja aku katakan. Bilah pedang Adam mula menembusi pertahananku dan terbenam ke perutku. Aku terkejut begitu juga dengan Adam.

Masa seakan terhenti. Kedua lututku jatuh mencium permukaan pasir. Darah membuak-buak keluar dari perut. Aku tewas?

Serentak dengan itu,kedengaran tepukan tangan dari seseorang. Dalam keadaan aku menahan sakit,aku menoleh ke arah bunyi tepukan itu.

Dia yang ku nanti sudah tiba. Sepasang hazel yang sangat mirip dengan sepasang hazel milik Adam itu terarah kepadaku.

Persisiran pulau yang asalnya hanya ada aku dan Adam mula dipenuhi dengan beberapa orang lelaki bersut hitam.

"Seperti yang aku sangkakan. Kau memang tidak akan pernah mengecewakan aku." Kai melihat ke arah Adam.

Aku mengalihkan pandangan ke arah Adam pula. Seulas senyuman terbit di bibirnya. Aku tersenyum kelat. Sekali lagi,aku dikhianati.

Bodohnya Raa. Mudah percaya dan simpati kepada orang lain

Sekali lagi. Kau jatuh ke dalam perangkap Kai.

Kai mendekati aku dan dia mencangkung di hadapanku. Tangannya memegang hulu pedang. Perlahan dia menarik pedang yang terbenam di perutku.

Aku mula memuntahkan darah dan tangan kananku naik mencengkam bahu kiri Kai. Mataku berkaca-kaca merenung sepasang hazel milik Kai dengan penuh kebencian.

"Aku akan bunuh kau." Aku berbisik keras dengan nada suara yang bergetar.

KTAK!

Ekzos pistol diarahkan kepadaku. Aku mengangkat wajah tanpa rasa gentar. Mataku mengerling Adam dengan pandangan kosong.

"Aku pun berharap kau boleh bunuh aku,Raa. Tapi lihatlah. Kau kalah dengan anak aku." Kai berkata perlahan sambil matanya masih merenungku.

Pedang yang sudah ditarik keluar dari perutku dilemparkannya ke atas pasir. Jari-jemari kiri milik seorang Kai naik menyentuh pipiku. Aku sekadar membiarkan.

Tidak mampu melawan. Rasa sakit di bahagian perutku semakin mencengkam. Aku menggigit bibir bawah yang terasa sejuk. Tidak,aku belum kalah.

Pandangan mataku menikam sepasang hazel milik lelaki itu. Aku akan buat apa sahaja untuk menghapuskan lelaki ini.

"Kau sangat menyerupai Mawar. Dulu dia lah satu-satunya pegawai polis yang berani menyiasat aku. Mengagalkan setiap rancangan aku untuk seludup dadah dan senjata api. Menghancurkan semua tempat perniagaan aku. Sangat berani." Tangan Kai mula menjalar ke belakang leher aku.

"Tapi,aku suka. Dia seorang wanita yang sangat sempurna di mata aku. I love her. Rancangan untuk memerangkap Mawar pun aku susun dengan kemas. Setiap maklumat tentang dia aku cari tanpa tertinggal satupun. Dan aku dapat tahu dia sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan terkenal waktu itu. Siapa?" Kai masih statik meletakkan telapak tangannya di belakang leherku. Wajahnya didekatkan ke arahku.

"Nama lelaki itu Hamzah."

Aku terkejut. Tidak pernah sekali aku tahu bahawa Kai pernah mencintai arwah ibu. Nampaknya setiap persoalan yang sering menjadi tanda tanya selama ini akan mula terjawab hari ini.

"Hamzah bukan lelaki biasa-biasa. Rancangan aku untuk membunuh dia gagal setelah dia mula menggunakan kuasa dia yang sebenarnya. Dia ada tentera Ambergold bersamanya."

Aku terkejut besar.

Tentera Ambergold?!

"Sejak daripada itu,aku menyimpan dendam kepada Hamzah. Hari ini,kau datang sendiri kepada aku hanya kerana dendam bodoh kau! Kau membuka peluang untuk aku balas dendam kepada Hamzah. Dia akan rasa satu lagi kehilangan." Sejurus sahaja menamatkan perbicaraannya,Kai cuba untuk mengucup bibirku.

Aku belum kalah.

Dengan kudrat yang bersisa,aku menghunuskan bilah pisau lipat tepat ke dada kiri milik Kai. Pergerakan Kai terhenti. Matanya terbuntang merenung tepat ke mataku.

"Ka.."

Bilah pisau lipat aku tarik keluar dan tubuh Kai aku peluk tatkala tubuhnya ingin jatuh ke atas permukaan pasir. Mataku jatuh ke hamparan laut yang luas.

"Tuan!!" Semua lelaki bersut hitam mula mengarahkan senjata ke arahku tatkala menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Kai.

Tangan kanan yang memegang pisau lipat tersembunyi di antara aku dan Kai. Nafasnya mula kedengaran perlahan. Adam sekadar memerhati. Ekzos pistol masih terarah kepadaku.

"Dendam ini merosakkan aku." Aku berkata perlahan. Mataku mula mengepam air mata. Rasa kesal mula memenuhi rongga-rongga hati.

"Kehilangan mereka semua ialah salah aku sendiri." Aku berkata lirih. Tangan yang memegang pisau lipat aku angkat tinggi.

BANG!

BANG!

BANG!

Tiga das tembakan serentak mengenai bahu peha dan pinggangku. Aku meringis kesakitan. Namun,itu tidak menghalang aku untuk menikam belakang Kai berulang-kali.

Pelukanku semakin erat dan setiap kali bilah pisau lipat itu membenam belakang tubuh Kai,dia bergerak seakan-akan terkejut.

"Ber..henti.." Kai berbisik perlahan. Hanya telingaku dapat mendengarnya. Pergerakanku terhenti. Kali ini,bilah pisau itu aku selit di antara leher Kai dan aku.

"BERHENTI!!!" Seorang daripada lelaki-lelaki bersut hitam itu menjerit sebelum dia jatuh menyembah Bumi. Rakannya yang lain terkejut sebelum beberapa das tembakan mula datang dari arah laut.

Kedengaran bunyi enjin bot dan helikopter mendekati pulau di deria pendengaranku. Siapa yang datang?

"Wiyah!" Adam menjerit menyaingi bunyi enjin bot dan helikopter itu. Wajahku angkat. Adam mencangkung dan menolak tubuh Kai yang berada di pelukanku. Pisau yang berada di tanganku lantas mengelar leher Kai sebelum tubuhnya jatuh ke atas permukaan pasir. Setentak dengan itu,Adam memelukku erat.

Aku terpempan.

Setiap das tembakan yang datang daripada beberapa buah bot yang baru sahaja sampai ke pulau itu langsung tidak mengenai aku dan Adam. Satu demi satu lelaki bersut hitam mula berjatuhan.

Suluhan lampu daripada tiga buah helikopter di udara bergerak menyuluhi permukaan pulau. Beberapa orang berseragam kelabu terang dan kelabu gelap turun daripada bot lalu menapak ke atas pulau. Ada juga yang turun dari helikopter.

Mereka maju lalu melepasi aku dan Adam. Aku sekadar merenung ke arah langit. Bunyi tembakan kedengaran bersahut-sahutan. Dalam pada masa yang sama,sayup-sayup suara Adam kedengaran menyapa telingaku.

"Maaf. Aku terpaksa lakukan semua ini untuk selamatkan kau. Please stay,Wiyah. Don't leave me." Tangan kanan naik menyentuh belakang Adam.

"Aku..min..ta..maaf." Aku berbisik perlahan. Sakit yang aku rasa tidak dapat dibendung lagi.

Adam. Ini kah rancangan yang Airil katakan sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya? Rancangan untuk selamatkan aku?

"Shushh! Jangan cakap apa-apa. Just stay with me." Adam mencempung tubuhku dan terasa tubuhku dibaringkan di atas sesuatu sebelum aku ditarik naik ke arah helikopter.

Dalam keadaan mata yang sedikit terbuka. Mata aku dapat menangkap beberapa wajah yang aku kenali.

Maream yang sedang mengemudi helikopter.

Hazeeq dan Kevin yang menarikku menaiki helikopter.

Selena dan Jessica yang mula memberi rawatan awal kepadaku.

Dan sempat aku mengerling ayah yang sedang merenung ke arah Kai di bawah sana. Ayah mencangkung di sisi Kai lalu mengusap wajah Kai.








A Silent LoveWhere stories live. Discover now