AKU memekakkan telinga sambil mata aku tegak ke dada telefon pintar. Depan,belakang,kanan dan kiri duk mengata aku. Eh,kiri aku dinding. Oh,lupakan kiri.
Mereka mengerling aku lalu ketawa mengekek. Bukan sorang,dua. Tapi semua orang kat dalam kelas ni sibuk mengata aku yang jatuh macam nangka busuk kat atas pentas tadi.
Aku menjeling. Sejak dari aku masuk kelas lagi mereka semua pandang-pandang aku lepastu bisik-bisik. Ketawa macam orang gila.
"Eh,Raa. Sakit tak jatuh?" Afina,kawan sekelasku menegur. Aku menghantar pandangan kosong ke arahnya yang berdiri di hadapan mejaku. Seisi kelas memandang ke arah kami berdua. Gelak sinis masih meniti di bibir mereka.
Aku menjeling seraya membuka buku nota. Soalan atau mungkin perlian dari Afina aku abaikan.
"Amboi,jeling! Jangan lepas ni kau jadi juling pula lepas jatuh macam nangka busuk macam tadi!" Balas Afina dan percakapan Afina disambut dengan gelak tawa murid-murid sekelas aku.
"Aku geli hati betullah! Boleh pula dia terpijak skirt masa tu!"
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH
"Aku Raa. Timbalan headprefect korang mulai hari ni." Rizki mengajuk percakapanku sewaktu di dewan tadi. Aku sekadar mengeraskan mata ke dada buku.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
"Tolong bagi kerjasama." Suara lain menyambung. Terasa darah naik menyerbu ke muka. Rasa marah dan malu bercampur-baur. Aku sedaya upaya cuba untuk bertenang. Helaian buku nota aku selak. Riak wajah tidak berperasaan aku tayang.
"Jangan sampai aku tangkap perbuatan taik korang kat sekolah ni."
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH
"Siap!"
HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH
Aku memejamkan mata. Nafas dalam aku tarik. Afina yang berdiri di hadapan aku ketawa dah macam pontianak. Bingit telinga aku! Ada juga yang makan buku nota ni!
Sabar,Wiyah. Sabar.....
"Haih,Raa. Raa. Kau ni boleh tahan berlagak juga kan." Afina bersuara setelah puas gelak macam nak terkoyak mulut. Aku sekadar diam lalu helaian buku nota aku selak lagi.
"Aku tak faham kenapa Sir William lantik kau jadi timbalan ketua pengawas."
Aku selak buku lagi.
"Kau hanya budak baru. Bekaa HG pula tu. Pembunuh pula tu. No?"
Aku selak buku lagi. Namun tanganku mula menggigil. Nafas cuba kuatur. Bila-bila masa sahaja boleh meletup.
Suasana kelas yang asalnya riuh mulai bertukar tegang. Masing-masing senyap memerhati aku dan Afina. Aku cuba untuk berlagak tenang.
"Aku tak tahu apa je yang Sir William nampak kat diri kau ni. Hanya budak pendek yang pernah masuk penjara sebab membunuh." Afina bercakap dengan wajah yang jelik merenungku.
Aku menyelak buku lagi namun kali ni selakanku kasar. Tangan aku menggigil hebat. Jantungku berdegup kencang.
Bunuh. Pembunuh. Membunuh.
Dah lama aku tak dengar perkataan itu dilontarkan kepadaku.
"Kau tak layak nak berdiri dekat Adam tahu." Aku mengangkat kening. Ah,I see! Nada suara Afina berunsurkan riak cemburu.
"Kau pegang sapu tangan Adam. Kau fikir kau layak? Kau riba kepala Adam masa dia pengsan. Kau fikir kau layak?! Kau berbual dengan Adam. Kau fikir kau layak?! Kau hanya budak pendek yang tak sedar diri!!" Afina menengkingku.
Aku mengangkat wajah dan bibir aku mengukir senyum senget.
"Weyh,Fina. Apa kau cakap ni?"
"Kenapa tiba-tiba Adam pula yang jadi topik?"
"Raa riba kepala Adam? Seriously?!"
"Oh,suck! Terdesak sangat ke nak jawatan timbalan ketua pengawas itu?"
"Menjijikkan!"
Setiap kata-kata itu aku biarkan berlalu. Mataku tegak merenung Afina yang turut merenungku dengan pandangan menghelang.
"Kau,pembunuh! Tak layak nak sebut nama Adam pun lah!!" Afina menjerit histeria di hadapan wajahku. Tangannya naik menolak buku notaku dari tanganku
PAK!
Jatuh ke atas lantai. Pandanganku bertukar gelap. Dia serang aku dulu. Aku bangun dari kerusi dan meja aku angkat lalu aku hentak semula ke atas lantai bersimen.
"Arghhh!!" Afina menjerit tatkala kaki meja aku terhentak di kakinya. Memang itu niat asal aku. Meja aku tolak kuat ke tubuh Afina dan Afina tersepit antara meja aku dan kepala kerusi orang di hadapan aku.
Seisi kelas terkejut namun tidak ada seorang yang berniat untuk masuk campur. Sekadar melihat.
"Kau,cemburu dengan aku kan?" Soalku tenang. Afina meronta-ronta. Tangannya cuba menolak meja. Namun,aku tolak lagi ke pinggangnya sehingga Afina menyeringai kesakitan.
"Tak gun.." Tangan kananku naik ke atas. Sekaligus menghentikan percakapan Afina
PANG!!
Wajah Afina terteleng ke kanan. Tubuhnya turut sama berdampak tergerak ke kana. Tangan kiri naik menyentuh pipi. Terasa pijar tapak tangan aku dek kerana tamparan padu yang aku layangkan pipi Afina. Tangan aku dah sakit. Agaknya bagaimana sakitnya pipi Afina?
"Wrong answer." Kataku lembut. Afina memalingkan muka semula ke arahku dalam keadaan tangan masih di pipi. Bibirnya pecah. Riak wajahnya terkejut besar.
"Kau cemburu eh,aku dekat dengan Adam?" Soalku lagi.
"Lepaskan aku!" Aku menggeleng. Riak wajah aku kecewa. Pantas tangan kiri aku layangkan lagi ke pipi Afina.
Tubuh Afina tergerak ke kiri pula. Kedua tapak tangan aku merah. Bayangkan sahaja macam mana keadaan pipi Afina selepas mendapat lempangan percuma aku.
Afina memegang kedua belah pipinya. Matanya berair dan dia menundukkan kepala di hadapanku. Aku senyum sinis. Kalau bukan disebabkan dia tersepit antara meja dan kerusi,mungkin dah jatuh terjelopok kat lantai sebab tamparan aku. Lembik!
"Aku tanya lain. Kau jawab lain. Faham bahasa ke tak?" Soalku dengan riak wajah bosan. Tubuh aku peluk seraya menggelengkan kepala.
"Aku,minta maaf." Perlahan sahaja suara Afina yang masih tetap menundukkan kepalanya lemah. Aku mengangkat bahu. Meja aku betulkan semula kedudukannya.
Punggung aku labuh ke atas kerusiku semula.
"Ambil balik buku nota tu." Arahku sambil mengerling ke arah buku nota aku yang berada di atas lantai kerana ditolak jatuh oleh Afina tadi. Afina bergerak mengutip semula buku nota aku dan meletakkannya di atas mejaku.
"Selama seminggu kau perlu bersihkan kelas ini. Semua tugas,menyapu,lap tingkap,bersihkan papan putih,susun meja,buang sampah dan bersihkan setiap ceruk kelas ini. Tak ada siapa dibenarkan untuk membantu Afina. Faham?!" Suara aku lantang berlegar-legar di atmosfera kelas 5A-5.
Afina terkedu. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Aku menyengetkan kepala.
"Ada bantahan?"
"Ttakk.. Tak ada." Balas Afina laju kemudian berlalu ke tempatnya semula.
"Good."
Seisi kelas juga membuat kerja mereka masing-masing. Yang pasti tidak ada lagi yang membahaskan tentang aku yang jatuh kat pentas. Ada yang suka sebab tak perlu bertugas selama seminggu. Ada yang bertanyakan keadaan Afina.
Ada juga yang senyum dan mengangkat ibu jari ke arahku. Waivern. Dia lah orang tetap yang selalu membersihkan papan putih.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...