AKU mengangkat kening kanan setinggi yang mungkin. Wajah Jessica yang sedang tersenyum,muka Sir William yang sangat tenang,dan air muka Adam yang beku. Kemudian,aku meletuskan tawa sampai terkeluar air mata.
Lawak karut apakah ini? Kenapa mereka boleh terfikir sampai macam ni sekali? Aku? Pengawas? Aku? Aku? You gotta be kidding me!
"Eh,Raa! Apa yang lawak?" Jessica menyoal dengan riak muka yang polos. Gula-gula lolipop dipegang menggunakan tangan kanannya. Aku berhenti ketawa. Segan pula bila gelak sorang-sorang while everyone are looking at me. Aku berdehem dan menegakkan badan. Kaki aku silang.
"Em,tak adalah. Tak rasa ke idea Sir William ni mengarut? Saya mana boleh jadi pengawas. Saya ini bekas HG. Stop this nonsense!" Kataku selamba lalu kek coklat yang ada di atas meja di hadapanku,aku sumbat ke dalam mulut. Oh,God! Sedapnya!
Lagi sedap dari kat kafe. Tak sia-sia aku datang sini masa rehat. Agaknya lepas ni boleh tak aku lepak sini setiap kali waktu rehat? Hohoho!
"Watch your language,Adawiyah! Look who's you talking with." Adam menegurku dengan nada suara yang dingin. Aku menghantar pandangan kerek ke arahnya yang duduk di hadapanku. Bibir aku jungkit dan mata aku menjelingnya. Sibuk!
"Chil,Adam. Dia memang macam tu." Jessica menyebelahiku. Aku tersenyum kemenangan. Mata aku kenyit ke arah Jessica yang duduk di tepiku. Aku tak tahu sejak bila aku kamceng dengan budak ni.
Adam mendengus kecil. Dia berpeluk tubuh dan kaca matanya yang terlurut sedikit di batang hidung ditolak ke atas menggunakan jari telunjuk. Pupil hazel itu menikam retina mataku. Terasa tembus terus ke belakang kepala. Eleh! Fikir aku takut lah dia tenung aku macam nak telan?
Aku buat bodoh dengan renungan helang itu. Makanan di hadapan aku lahap tanpa segan. Kenapa tidak segan? Budak sebelah aku ni kawan aku nak melahap semua ni. Syurga makanan lah kat bilik pengetua ni. Kek,kuih muih,manisan dan pelbagai lagi aneka makanan dan minuman yang ada di dalam bilik ini. Seronoknya boleh lepak kat sini!
"Wiyah,bukankah ini idea bernas? Kamu boleh tahan kuat,kalau digandingkan dengan Adam sudah tentu kualiti disiplin kat sekolah ini akan lebih mantap. Macamlah uncle tak tahu kamu yang patahkan hidung Adam sampai nak kena bawa ke hospital. Selama Adam jadi ketua pengawas,tidak pernah sekali ada orang yang dapat buat macam tu kat Adam. Jentik pun tak dapat." Aku berhenti mengunyah. Setiap patah-perkataan Sir William aku cerna satu persatu.
"Kenapa saya? Kenapa bukan pembuli-pembuli tegar yang lain yang ada kat dalam sekolah ni? Uncle,saya mana pandai jadi pengawas. Buat otak saya semak je nanti." Aku membalas seraya menyedut susu kacang soya melalui straw. Em,yummy!
"Jap,jap. Adam kena dengan Raa? Bukan Adam jatuh tangga ke? Pft! Ini lawak. AHAHAHAHAH!" Jessica meledakkan tawa walaupun reaksinya agak kelewatan sedikit. Aku senyum sinis. Muka Adam memerah dan riak wajahnya semakin mengetat. Dia menjegilkan mata ke arahku. 'Puas hati kau?'
Aku melebarkan senyuman. 'Belum lagi.'
"Adam kan ada. Dia boleh ajar kamu untuk jadi pengawas yang bertanggungjawab dan berwibawa. Bukankah kamu suka kalau satu sekolah kamu boleh kawal? Lagipun,skill pertahanan diri kamu setara dengan Adam. Uncle yakin,kalau kamu berdua bersatu,semua pelajar akan gerun dengan kamu." Aku menjulingkan mata ke atas mendengar penjelasan Sir William. Aku,dengan Adam?
Euw! Geli tekak aku mendengarnya. Loya,tahu tak?!
"Apa maksud Sir sebenarnya? Saya dengan Adawiyah? Saya kurang faham." Adam bersuara setelah sekian lama membisu. Persoalan sama berlegar-legar di benakku. Pandangan aku hala ke arah Sir William yang duduk di kerusinya. Kerusi pengetua Ambergold Highschool. Kelihatan gah di deria penglihatanku. Agaknya kalau aku yang duduk,mesti hot kan? Oh,yeah! You should see me in a crown!
Eh?!
Kenapa aku macam dah sama gila dengan Jessica ni? Jessica yang sedang mengulum lolipop itu aku kerling sekilas. Badi apa budak ni bagi kat aku?
"Maksud saya,kalau Wiyah setuju untuk jadi pengawas jawatan timbalan ketua pengawas akan disandang oleh Wiyah. Dia akan berdiri di belakang kamu,Adam." Tenang Sir William menjawab. Aku terpempan. Adam kelihatan berfikir. Jessica menyedut air Coca Cola sampai habis dengan sekali sedutan. Tak senonoh betullah budak ni!
"Wait,what! Are you fucking serious?! Kalau saya jadi timbalan ketua pengawas,Ariana nak letak kat mana? Kat tepi sungai?!" Pantas aku membalas. Suaraku naik seoktaf. Jessica terkejut dengan perubahan drastikku. Adam turut berdiri.
"Aku dah cakap kan,jaga bahasa kau! Kau ni memang nak kena kan?!" Adam tiba-tiba menjerkahku. Renungan mataku semakin berapi memanah pandangan membunuh itu.
"Kena? Hah,kenakanlah aku! Meh! Meh! Kalau kau berani! Eleh,nampak darah pun pengsan! Hak,tuih!" Balasku seraya menjeling Adam yang dah serupa singa lapar. Kalau dia singa lapar,aku gajah mengamuk. Biar aku pijak-pijak muka terlebih kacak dia tu sampai hancur!
Muka macam stok imam muda,tapi perangai tak pernah nak menyenangkan hati aku. Ada sahaja nak menyibuk hal aku!
"Apa kau cakap?! Kau fikir aku tak berani nak tumbuk muka minion kau ni?! Kau jangan sampai aku hilang sabar. Aku tak pernah lagi pukul perempuan!"
"Minion! Minion! Minion! Dari hari pertama aku jumpa kau,dah banyak kali kau panggil aku dengan nama tu. Eei,aku dah lama sabar dengan kau ni!" Aku mula menyinsing lengan baju sampai paras siku. Adam membuka vase dan melonggarkan tali lehernya.
"Apa,nak gaduh?! Bagus! Aku memang dah lama nak tonyoh-tonyoh muka kau ni guna tapak kasut aku. Berlagak kuat! Bila dah kena pukul nangis!" Terasa darahku semakin menggelegak di kepala. Mulut loji punya tiang!
"Menangis? Bila aku menangis? Kau jangan sampai aku pecahkan mulut kau. Cakap tak serupa bikin. Bajet bagus! Ketua pengawas konon,tapi kes buli melambak kat dalam sekolah ni tak boleh nak handle!"
"Kalau kau bagus sangat,kau lah yang handle kes buli kat sekolah ni. Baru kau tahu macam mana rasanya nak menghadap samseng tahi kucing kat sekolah ni. Macam kau!" Tangan aku kepal dan aku layangkan tepat ke wajah Adam yang sedang menunduk. Cekap Adam menangkap penumbuk aku membuatkan ego aku tercalar.
Tak pernah seorang yang dapat tangkap penumbuk aku sebelum ni. Aku selalu terpantas dalam melancarkan serangan. Terasa tamparan angin yang kencang datang dari arah kiriku,tangan besar Adam yang hampir melekat di pipi kiri aku tangkap kemas.
Adam terkejut. Tangan kiri aku mengenggam pergelangan tangan kiri Adam,manakala tangan kanan aku digenggam kemas oleh telapak tangan besar Adam.
Oh,kedua tangan kami terkunci. Tak guna! Aku menggerutu di dalam hati. Nasib aku sedar kalau tak dah lama tangan dia melekat kat muka aku.
Pandangan aku tajam menikam matanya yang menghelang. Kami saling berpandangan dengan pandangan yang sarat dengan kebencian.
Aku rasa,aku dah jumpa lawan aku..
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...