ASL ♡ [PART 36]

27 3 0
                                    

PISAU pemotong kek disuakan kepada aku. Aku mengerutkan dahi. Wajah Hazeeq yang tidak berperasaan aku pandang pelik.

Nak buat apa dengan pisau ini? Tak kan nak ajak aku gaduh guna pisau kek? Aku ada pisau lipat lah!

"Apa ni?" Aku menyoal dengan wajah yang blur. Hulurannya aku biarkan sepi.

Sejak bila pula dia pegang pisau ni? Tak perasan pun bila dia keluar tadi.

PAK!

"Aduh,apa kau buat ni monster!!" Kedua-dua tangan naik mengusap kepala. Boleh pula dia ketuk kepala aku guna pisau kek itu?! Ingat plastik ke? Besi lah tu!

Aku merengus kasar. Mata tajam menikam wajah slamber mamat tu. Tak guna!

"Dah kau bodoh sangat soal benda yang kau dah tahu apa benda! Lain kali otak tu jangan tinggalkan kat rumah! Pendek!" Balas Hazeeq kemudian tersenyum sinis.

Aku terlopong. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi tiga kali! Dia kata aku bodoh,otak tertinggal kat rumah,dan pendek?!

Wah,ada lagi gelaran baru aku dapat nampaknya.

Darah meruap naik ke roman wajah. Senyumam sinis itu jelas menunjukkan yang dia meremehkan aku.

Oh,senyum ya?

Aku pantas menghentak kaki Hazeeq menggunakan tumit kasut aku dengan sekuat hati.

"Auuuuwww!!!" Hazeeq terus tertunduk ke bawah mencapai kakinya. Nasib aku baik dia pakai selipar. Aku melakar senyum senget.

"Urgh! Shit,you girl! Fuck!!" Segala carutan keluar dari bibirnya. Wajahnya kelihatan merah. Pastinya menahan sakit dan marah.

Huh! Baru kau kenal siapa aku!

"Alolololo,kesian dia. Sakit yeah? Baru kena pijak kaki,dah merengek macam budak kecil nak gula-gula. Huh,useless!" Laju sahaja mulut aku memerlinya. Hazeeq yang asalnya masih terlompat-lompat kembali berdiri tegak.

Dia berdehem.

Eleh,terasa lah tu aku cakap macam budak-budak. Huh!

"Useless?" Dia bersuara dengan nada suara yang mencabar. Aku mengangkat kening kanan setajam yang mungkin.

Pisau kek yang masih digenggamnya ditolak ke arah bahu kiriku. Aku terundur beberapa tapak ke belakang. Sedikit pedih di bahu aku biarkan.

Mata aku kecilkan. Menyedari yang dia merancang sesuatu. Hazeeq tersenyum senget seraya tangan kanannya mengarahkan pisau kek ke hadapan wajah aku. Tangan kirinya di bawa ke belakang.

Ah,I see.

"Fight me." Dia mencabar aku. Aku mengeluarkan pisau lipat dari poket yang berada di bahagian dalam vase yang aku pakai.

Pergerakan yang sama aku lakukan. Tangan kiri ke belakang,tangan kanan aku memegang pisau.

"Macam yang aku jangka,kau selalu bawa benda tu dengan kau." Hazeeq maksudkan pisau lipat aku.

Aku tersenyum nipis memandang ke arah pisau yang aku genggam.

"Ini pemberian mak aku,dan kalau boleh aku tak nak dia 'hisap' darah hari ini." Aku membalas dengan penuh makna.

"We'll see who's gonna bleed."

Serentak dengan itu aku melancarkan serangan. Tepat ke dadanya. Namun,dengan cekap Hazeeq menangkis.

"To slow." Spontan dia memberikan komen. Aku berdecit.

"How about this?" Aku menghunus bilah pisau lagi ke lehernya. Seperti sebelum ini,dia lebih pantas!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now