Bab 28

14.1K 722 15
                                    

Syafirah POV

"Abang ni.......... bukan ke artis dari kumpulan 'AboutUs' kan?" *kumpulan 'AboutUs' ni hanya rekaan semata-mata*

Aku ni takde lah minat sangat kumpulan 'AboutUs' ni, nama ahli dia pun aku tak tahu, but aku suka gila lagu-lagu dia! Terujanya aku tak terkata! Mana taknya, jumpa artis weyh! Artis dari luar negara lagu. Cumanya, muka dia ni tak macam mak salleh pun. And dia ni orang Malaysia ke? Kejap, dia kenal abang? What!? Banyak soalan yang nak ditujukan sekarang ni.

"Aah, betul la tu. Mana awak kenal saya?" ujar artis itu sambil tersenyum. Ahh~ I'm melting...

"Oii Wan! Tak payah la nak ber'saya-awak' dengan Syaf ni. Haa, Syaf. Takkan dah tak kenal?" tegur abang. Huh? Aku kenal dia ke?

"Siapa?" abang dan artis itu membuat muka. Apa kena?

"Tak kenal abang Syazwan dah? Haihh sampai hati" erk? Sekarang memang memeningkan kepala aku. Dahi aku dah berkerut seribu garisan dah agaknya.

"Abang Syazwan mana nih? Syaf kenal abang Syazwan yang montel-montel tu je" ujarku sambil menggaru-garu kepalaku.

"Abang Syazwan yang Syaf kenal tu, ni lah dia sekarang!" aku terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut abang. Tiba-tiba je kepalaku semakin pening dan berpusing. Segera aku memegang kepalaku.

"Aduh..."

"Syaf, okey tak? Syaf! Syaf" penglihatanku semakin kabur dan....gelap....

***

Mataku buka perlahan-lahan. Macam pelik je tempat ni. Dah sah-sah ni bukan bilik tidur aku. Dah tu, aku dekat mana ni? Sekejap, aku ingat balik....

Tadi tu mimpi je kan? Rasa macam kelakar pun ada. Yelah, takkan la abang Syazwan yang dulunya bulat, sekarang jadi... tough gila. Handsome pulak tu. Tambahan lagi, orang tu artis terkenal. Ish pelik, pelik.

Aku bangun dari baringanku dan.....

"Arhhh!!" nampaknya.....tu bukan mimpi!

"Syaf! Anak mama!" mama berlari ke arahku dan pelukku. Aku memandang mama pelik. Dramatik betul mama ni.

"Syaf okey tak? Ada rasa sakit lagi tak dekat kepala? Ada luka tak?" tanya mama dengan risau. Aku tersenyum sambil membalas.

"Syaf okey, ma. Jangan risau. Anak mama ni kan kuat" kataku sambil menunjukkan otot dilenganku. Tak ada otot pun sebenarnya. Itu tulang je.

"Thank God you're fine" suara tu.....!

"Abang ni.... betul ke abang Syazwan?" tanyaku acuh tak acuh.

"Yup! That's me. Kenapa tak percaya?" Woah! Ini memang gila!

"Caya la bang! Macam mana abang boleh kurus macam ni? Abang pergi 'London Weight Management' ke apa?" soalan bertubi-tubi keluar dari mulutku.

"Aikk, perli ke apa? Yelah, abang tahu la dulu abang gemuk, tapi tak payah la hina abang sampai macam tu sekali. Abang tahu abang siapa" kata abang Syazwan dengan nada yang sedih. Merajuk ke bang?

"Mana ada abang gemuk, abang bulat je dulu. Comel apa? By the way, Syaf tak hina abang la but seriously! Macam mana abang boleh berubah mendadak cenggini?" ujarku. Menjaga hati je sebenarnya.

"Comel? Yey! Syaf kata abang comel! Wuhuu!" kata abang Syazwan dengan riang. Dah biasa sangat dengan perangai kebudak-budakan abang Syazwan ni.

"Dah lah korang berdua ni. Tahu la lama tak jumpa. Abang ni hah, nak letak mana?" tegur abang. Nak jugak menyempet.

"Abang pergi la dekat kak Jannah tu. Eh kak Jannah mana eh? Syafiq pun dah lesap ke mana?" aku segera menutup mulutku. Kenapa tiba-tiba aku tanya pasal mamat tu?

"Kak Jannah ada dekat dewan. Tengah layan tetamu. Budak Syafiq tu-"

"Eh Syaf! Kau dah sedar. Bagus lah. Nah, ambil ni. Air ni penat tau aku ambil tadi" Syafiq muncul dengan sebotol air sirap di tangannya. Baik hati pulak dia ni, atau.....

"Woi kau ada letak apa-apa ke dalam air ni?" tuduhku. Mana la tahu kan? Tiba-tiba je baik.

"Kau ni pun agak-agak la nak tuduh aku macam tu! Aku ikhlas ni" marah Syafiq. Aku tersengih seperti kerang busuk. Aku mencapai botol air di tangan Syafiq dan meneguknya.

"Abang, kita ada dekat mana ni?" tanyaku.

"Dalam bilik dekat sebelah dewan" jawab abang. Pelik punya tempat. Ada eh, dewan yang ada bilik. Mataku beralih ke abang Syazwan. Banyak soalan nak yang bermain di kepala ni.

"Abang, Syaf nak temu bual sikit nih. Boleh?" ujarku. Cehh...dah macam wartawan dari 'Melodi' dah.

"Boleh" balas abang Syazwan sambil tersenyum. Belum sempat aku hendak memulakan temu bual bersama abang Syazwan, abang mencelah.

"Syaf dah okey kan? Dah sekarang kita keluar jom. Ni bukannya bilik kita" aku mencebik. Sibuk je abang ni.

"Syaf, tadi Syaf nak bercakap dengan abang kan?" tegur abang Syazwan. Aku mengangguk laju.

"Kita cakap dekat luar tu la. Dalam ni ramai sangat la orang" kataku.

"Okey then" abang Syazwan berjalan mendahuluiku dan aku hanya mengekor dari belakang.

'Arhh! Apa aku nak cakap bila dengan abang Syazwan? Takkan la aku nak cakap dengan dia macam aku cakap dulu? Sekarang dia kan dah jadi artis. Mesti la dia tak duka perangai aku yang sangat kebudak-budakan, kegila-gilaan ni. Eikk? Ada ke??' bebelku di dalam hati. Sedang aku membebel seorang-seorang, tiba-tiba tanganku ditarik kuat oleh seseorang. Kerana terlampau terkejut, aku tak sempat nak menjerit.

"Shhh!" terbeliak mataku. Apahal sampai nak tutup mulut aku ni? Aku tak boleh nak cakap apa-apa selain....'mmm mmmmmm!'

Aha! Lampu mentop bernyala!

Aku menyepak kakinya sekuat hatiku! Hiarghh!

"Aduhh!" terlompat-lompat dibuatnya kerana menahan sakit disepak.

"Haa! Sekarang, kau dah tahu kan kekuatan aku macam mana!? Kalau nak rasa lagi, boleh je-" ujarku.

"Duh duhh, kau ni! Perempuan ke lelaki!?" bentak Syafiq. Aku menyilangkan tanganku. Salah aku ke? Aku pertahankan diri je.

"Hello!? It's not me who start first. It's you! Apahal kau main tarik je tangan aku? Lepas tu tutup pulak mulut aku. Kau tahu tak yang kita ni dah bersentuhan? Ya Allah! Berdosa la woi! Astaghfirullahalazim" balasku. Ini lah aku kalau marah. Orang tu kena la tadah telinga mendengar ceramah free dariku.

"Ye ye aku tahu la berdosa" jawab Syafiq dengan selamba. Gaya macam tak takut dosa je dia ni! Nak je aku hempuk kepala mamat sengal nih.

"Explain now! Kenapa kau tarik aku and tutup mulut aku? Buat seram aku je lah! Ingatkan penculik tadi" kataku. Syafiq ketawa sebentar. Aku buat kelakar ke?

"Kau ingat ada ke orang nak culik kau? Haha... agaknya penculik tu bila tengok kau terus tak jadi culik. Dia pun pelik yang kau ni lelaki ke perempuan " kata Syafiq yang masih lagi tersisa tawanya. Ba......ik punya ayat! Banyak betul Syaitonnirojim dalam badan dia ni.

"Amboi kau, gurau kasar nampak. Kau memang nak rasa ke kasar yang betul punya?" aku buat-buat hendak menumbuk bahunya.

"Erk okey okey! Aku tak gelak dah" penakut rupanya.

"Dah kau tak payah nak tukar topik pulak. Karang ada jugak yang kena penampar bersos dengan aku " kataku mendatar.

"Yeah right . Sebenarnya.............. aku........"

********************************

Maybe part ni membosankan? Right? Err sorry? Idea tu ada cuma....agak malas nak buat sebab homework membukit.

So, untuk menaikkan lagi semangat saya, rajin-rajin lah meng'comment'. Atau nak senang lagi, VOTE je. Hehehe....


Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now